Friday, 12 January 2018

Sijil Halal Shaklee 2018

Berita gembira buat anda semua. Sini cekyat kongsi dengan anda Sijil Halal Shaklee yang terkini untuk rujukan dan makluman anda.


Semoga perkongsian cekyat mengenai Sijil Halal Shaklee 2018 dapat membantu mengurangkan was-was dan persoalan anda berhubung status halal suplemen kegemaran ramai ini.

Wednesday, 3 January 2018

Promo Januari 2018: Omega Guard dan Vita-Lea for Kids

Apa item promo tahun baru ni ye? Sini cekyat kongsikan.

Shaklee Malaysia sediakan promo yang best sekali untuk anda sempena tahun baru dan juga musim persekolahan yang baru bermula.

Item Pertama: Omega Guard Shaklee

Spesifikasi: 90biji / botol

Tahap ketahanan penggunaan: 90 hari (sekiranya mengambil 1 biji setiap hari)

Harga runcit: RM136.25


Tapi, dengan pembelian 3 botol omega guard Shaklee pada bulan Januari 2018 ini anda layak mendapat 5% diskaun.

Berlaku penjimatan di situ dengan potongan 5%. Sudah pasti anda akan rasai perbezaan harga sekiranya anda merebut peluang keemasan ini.


Item kedua: Vita-Lea for Kids

Spesifikasi: 60biji / botol

Tahap ketahanan penggunaan: 60 hari (sekiranya mengambil 1 biji setiap hari)

Harga runcit: RM111.25


Ini lagi best. Beli 4 pada harga 3 unit. Dalam bahasa mudah, beli 3 botol percuma 1 botol. Haa, jimat tak?

Sekiranya anda ingin mendapatkan harga DN (DN Price), anda perlu mendaftar sebagai ahli atau pengedar sah Shaklee terlebih dahulu.

Untuk menjadi ahli / pengedar Shaklee, cekyat boleh bantu anda. Rujuk link ini untuk berdaftar ye.

Lets booking and make payment now!!

Cekyat Shaklee
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia 

Tuesday, 2 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Masih belum terlewat lagi kan untuk cekyat ucapkan selamat tahun baru 2018 untuk semua.


Lambat cekyat ucapkan kan?

Wishlist kawan kawan untuk tahun baru ni apa ye? Ce share kat komen kat bawab tu. 😊

Wishlist a.k.a azam tahun baru cekyat ialah:-

1) update blog / kedai online cekyat sekurang kurangnya sekali sehari.

2) cantikan blog untuk lebih rajin update

3) terus banyakan perkongsian berkaitan kesihatan, kecantikan dan resepi untuk kebaikan bersama.

Itu je yang cekyat nak untuk blog cekyat pada tahun ini.

Anda macamana??

Thursday, 14 December 2017

Shaklee Baby: Produk Rebutan Ramai

Sejak ada baby Auji ni, selalu cekyat servey produk bayi yang natural dan mesra alam. Yang sesuai untuk kulit lembut baby yang sangat-sangat comel tu.

Dan, alhamdulillah bila Shaklee sudah ada produk bayi yang dikenali sebagai Set Shaklee Baby. Ini produk baru tau. Masa zaman Darwish, produk ni belum ada lagi. Tapi 3 tahun kemudian semasa zaman baby Auji, Shaklee dah keluarkan Set Shaklee Baby ni.



Apa yang best tentang Set Shaklee Baby ini ialah, ianya mengandungi 3 item dalam 1 set:-

💟Gentle Wash
💟Soothing Lotion
💟Massage Oil


Apa kelebihan produk ini yang membuatkan ianya menjadi rebutan ramai ibu bapa?
Diantaranya ialah:-
1.Produk ini diformulasi TANPA 7 bahan yang memurdarat pada bayi kita
2. Ia telah dihasilkan dari bahan semula jadi dan organik dan diuji secara klinikal + pakar pediatrik


Jom kenali setiap satu item di dalam set Shaklee Baby ini.

Set Shaklee Baby ni telah launch pada penghujung November 2017 ye. Cuma cekyat je lambat nak update kat sini.

Harga??

Owh ye, lupa pula nak bagitau harga nya. Set Shaklee Baby ini tahan lama penggunaannya tau. Sebab ianya dalam bentuk liquid yang pekat, jadi hanya beberapa titik sahaja sudah memadai. Menjimatkan tak?

Harga Runcit 1 Set Shaklee Baby ini ialah RM381.60. Untuk masa sekarang ini, Shaklee menghargai anda dengan memberikan FREE travelling toileteries bag + FREE tuala mikrofiber yang sangat gebu bagi setiap pembelian Set Shaklee Baby.

 

Sekiranya, anda nak Set Shaklee Baby dengan harga lagi murah dan menjimatkan wang anda, Cekyat boleh bantu anda dengan hanya register sebagai ahli shaklee sahaja. Penjimatan bagi setiap produk antara 10-15%. Belum masuk lagi cash rebate atau dikenali sebagai bonus.

Baca di sini untuk info lebih lanjut:-
  1. Harga Murah & Jimat dengan menjadi Ahli Shaklee
Lets booking and make payment now!!

Cekyat Shaklee
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia 

Wednesday, 6 December 2017

Durian Crepe Sebagai Pemanis Mulut

Hai semua.. Dah makan tengahari ke?

Cekyat baru sahaja selesai makan nasi lemak sejemput dengan pemanis mulut durian crepe. Waa, bukan main lagi kan pemanis mulut cekyat.

Alkisahnya, hari ini cekyat chair meeting untuk department dan ada la makanan dari pagi sehingga tengahari iaitu nasi lemak. Diea 'eat clean' cekyat sejak minggu lepas dah kelaut dek kerana bau nasi lemak yang sedap dan ikan bilis goreng bersama tempe yang rangup itu.

Tapi, cekyat kena cover balik la. Jangan makan bersenduk-senduk nasi lemak tu. Cukup untuk satu senduk atau satu genggam nasi sahaja bersama sebiji telur mata. Eat clean kan maksudnya diet yang makan, bukan diet SKIP makan. (nak tutup rasa bersalah dihati tau..hehe)

Selesai makan nasi lemak, sampai la pula durian crepe yang di order semalam. Sebenarnya untuk kakak cekyat yang nak datang rumah, tapi last minute cancel kedatangannya maka jadi la hak milik kami anak beranak.

Bila tengok kawan-kawan ofis dok 'ngap', uihhh tak tahan tau. Teruslah potong suku untuk dimakan bersama kawan-kawan. Allah, sedap sungguh rasanya.

Komen cekyat:
  1. Rasa durian yang cukup. Sendawa pun boleh rasa tau durian tu.
  2. Crepe / kulitnya yang lembut.
  3. Cream didalam yang cair dimulut
  4. Harga yang munasabah. Murah dan berbaloi tau. Cuma RM25.00 sahaja sebekas.
  5. Hanya manis-manis buah dan sangat sesuai untuk kekanak riang (feverret anak-anak cekyat tau)
Anda nak rasa ke? Hubungi no fon yang tertera tau, tapi ini cuma untuk orang di sekitar KLANG dan SHAH ALAM sahaja. Cuba tanya ada tak servis COD dari pembuat durian crepe ni. Sebab cekyat punya ni beli ramai-ramai dan ada kawan yang pergi ambil dengan ownernya.

Lepas makan nasi lemak dan durian crepe ni, sudah pasti cekyat akan telan Alfafa Complex Shaklee dan Garlic Complex Shaklee untuk proses detox. Makan yang high callory kan. Kena la buang terus. Alfafa Complex Shaklee bukan sahaja ejen detox tapi juga sebagai "milk booster" cekyat yang sedang menyusukan anak perempuan berusia 3 bulan.

Tuesday, 5 December 2017

Promo Disember 2017: Beli 6 Percuma 1

Baru-baru ini ada pertanyaan daripada pengguna tegar Shaklee berhubung promo beli 6 percuma 1. Katanya, dah lama tak dengar Shaklee buat promo macam tu.

Ni cekyat nak khabarkan la ye.

Sempena bulan ini, Shaklee sediakan promo beli 6 percuma 1 tu tau. Murah ya amat yee. Tapi bukan semua produk, cuma untuk produk hebat kegilaan ramai ni sahaja.

Ya betul. Promo beli 6 percuma 1 ini hanya untuk Vivix Shaklee sahaja untuk Disember ini.

 
Katakan anda nak 2 botol sahaja, pun boleh. Masih lagi dapat diskaun tau.
Beli 2 botol Vivix Shaklee, anda layak dapat 5 % potongan harga. Masih menjimatkan tau.
Apa lagi, rebutlah peluang keemasan ini sekarang sementara harga promo ini.

Sekiranya, anda nak Vivix Shaklee dengan harga lagi murah dan menjimatkan wang anda, Cekyat boleh bantu anda dengan hanya register sebagai ahli shaklee sahaja. Penjimatan bagi setiap produk antara 10-15%. Belum masuk lagi cash rebate atau dikenali sebagai bonus.
Lets booking and make payment now!!

Cekyat Shaklee
Pengedar Shaklee Berdaftar sejak 2012
019.397.9157
COD Kapar.Klang.Shah Alam
Pengeposan Seluruh Malaysia

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...