Saturday, 15 December 2012

Apakah Selulit dan Vitamin Shaklee yang Sesuai

Hari Sabtu yang sibuk.. Bersama Dasuki sepanjang hari di samping membuat kerja-kerja suri rumah..Memang tak cukup masa tapi dalam hati tetap gembira. Sambil melayan Dasuki dengan telatah 'gangnam style', masih sempat update blog tersayang ni.. heheheh


Hari ni nak cerita pasal selulit. Kenapa??? Sebab ramai kawan yang tanyakan pasal produk Shaklee yang boleh kurangkan selulit degil. So, sebelum saya menjawab & mencadangkan apa vitamin yang sesuai, jom kita study dulu pasal selulit.

Apa itu selulit?




Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen. Gabungan kolagen itulah yang memberikan selulit rupa seperti 'cottage cheese' yang tidak diingini. Biasanya laa kan, selulit terbentuk di peha, punggung, dan kadangkala pada lengan, betis dan torso atas.

Selulit adalah perubahan pada topografi kulit yang pastinya tidak menyenangkan sesiapa pun lebih-lebih lagi kaum wanita. Selulit selalunya terjadi kepada wanita yang telah menjejak kedewasaan.

85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit

Masalah selulit adalah genetically driven (85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit) dan jarang terdapat pada kaum Adam kerana sel lemak pada kulit lelaki adalah yang lebih jauh daripada lapisan atas kulit. Oleh kerana ia berpunca daripada keturunan, ia juga terdapat pada wanita yang sebenarnya kurus dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kenapa Selulit Banyak Terjadi kepada Wanita?

1. Wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan, kaki, perut dan punggung.

2. Wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembap air (fluid retention)
kredit: http://anizyn.blogspot.com/2008/06/selulit.html#ixzz2F6UaP14k

Apakah faktor penyebab selulit?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pembentukan selulit ditubuh kita:-
  • Faktor hormon

Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu penyebab timbulnya selulit. Terbentuk selulit ketika berlaku perubahan hormon pada wanita dalam masa akil baligh, hamil, dan meopause. Hal-hal lain yang menyebabkan perubahan hormon seperti mengambil pil kb juga boleh menyebabkan selulit.
  • Faktor genetik

  • Diet yang tidak sihat

  • Gaya Hidup

Gaya hidup dan stres yang tinggi akan menyebabkan peningkatan dalam tahap catecholamines, yang juga telah dikaitkan dengan evolusi selulit.
  • Faktor fizikal

Terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit. Olah raga dan diet sihat tidak selalu berhasil menghilangkan selulit, hidup tidak sihat dan kurang sumber nutrisi boleh memburukkan lagi keadaan selulit.
Sering duduk

Sering duduk juga boleh menimbulkan selulit ditambah bila dalam kedudukan yang kurang benar pada saat duduk badan agak membongkok, kurang bergerak sehingga sendi - sendi dari tulang tubuh menjadi kaku. Seperti terlalu lama duduk di depan komputer.
Sering berjalan kaki

Berjalan kaki memang menyihatkan selain membuka rongga - rongga dari seluruh rangkaian tubuh sehingga peredaran darah lancar dan mengepam jantung lebih baik lagi sehingga oksigen lancar mengalir keseluruh jaringan tubuh, yang salah adalah ketika duduk setelah berjalan kaki harus dipanjangkan (direntakan lurus) agar urat - urat pada seluruh bahagian kaki tidak menekuk dan urat - urat kaki tidak menengang.
  • Faktor penyakit

Obesiti & Diabetis
Sering mengambil makanan manis, masin dan alkohol.

Apakah cara yang bole dilakukan untuk menghilangkan selulit?

Malangnya, disebabkan oleh ciri-ciri selulit, it is almost impossible untuk menghilangkan selulit. Apa yang boleh lakukan adalah mengurangkan lemak! Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Ia tidak hilang 100% tetapi tidak begitu obvious. Bila sebut pasal kurangkan lemak, mestilah sama macam niat nak kuruskan badan kan???? heheheheh


Adakah Shaklee mempunya vitamin yang sesuai?

Di Shaklee, kami mencadangkan vitamin-vitamin berikut untuk mereka yang menghadapi masalah selulit dan juga ingin menurunkan berat badan:-

  • Langkah pertama - DETOX
Detox bermaksud proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Pembersihan dan detox meningkatkan proses alamiah pengeluaran toksin dari dalam badan.
Vitamin yang di cadangkan: ALFAFA / HERBALAX

  • Langkah kedua - PECAHKAN LEMAK 
Vitamin yang di cadangkan: LECITHIN / OMEGA (lecithin dan omega bertindak sebagai pengemulsi lemak..ayat yang paling mudah adalah 'memecahkan lemak')
  • Langkah ketiga - MEMBINA OTOT 
Membina semula otot adalah penting selepas badan kehilangan lemak bagi mengelakan badan menjadi geleber. 
Vitamin yang di cadangkan : ENERGYZING SOY PROTEIN / CHINCH (sumber protein yang membantu membina otot badan dan mengurangkan daripada jadi menggeleber)

**************************************************

So, sekarang ini anda sudah tahu kan apa itu selulit??? Dan macamana nak 'kurangkan' selulit bersama SHAKLEE...hehehe

Jom layan testimonial selulit ni..jom!!!


Sekiranya anda ingin hilangkan selulit dan kurus secara semulajadi, boleh hubungi saya segera. HARGA MENARIK dan BERBALOI-BALOI menanti anda.

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019 -397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com


    

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...