Monday, 10 December 2012

Vitamin dan Kepentingan untuk Keperluan Tubuh Badan


Duduk sorang-sorang kat rumah bila 'hubby' dan anak bujang keluar 'dating berdua. Jadi, boleh laa saya kongsi bersama anda semua pasal vitamin. Supplement ataupun vitamin ataupun makanan tambahan merupakan satu kaedah untuk mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.

Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.

Untuk memperoleh vitamin, seseorang itu dinasihatkan memakan pelbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Jom kita kongsi tentang kepentingan vitamin ini...

Kenapa kita perlukan makanan tambahan atau vitamin?


1.Penghadaman makanan yang tidak sempurna:
Hal ini boleh terjadi bila anda mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dalam kadar yang cepat.Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda.Orang yang memakai gigi palsu perlu berhati-hati dalam situasi begini.


2. Pemakanan dan peminuman:
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda.Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.


3. Pengambilan alkohol:
Alkohol yang berlebihan meroskkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin,niacin,pyridoxin, asid folik,vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.


4. Merokok:
Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat.Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.


5. Pengambilan julap:
Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan.Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan A.


6. Proses pemasakan: 
Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.


7. Sakit: 
Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya.Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.


8. Tekanan:
Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).






Mengikut Akademi Sains Amerika Syarikat, ada pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan dan mengesyorkan pengambilan vitamin dan zat makanan di buat mengikut Cadangan Keperluan Pengambilan Harian (RDA).

Melalui RDA itu keperluan harian yang disyorkan akan ditentukan mengikut kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan.

RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperoleh daripada makanan yang seimbang.


Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
  • Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan.
Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.

Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup. 

    • Tambah kalsium setiap hari.
      Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.

      Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup. 
      • Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
      Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.

        • Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
          Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.

          Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya. 
          • Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
          Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.

          Itu antara penemuan berhubung cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian. Adakah anda salah seorang dimana-mana kategori di atas??? Jika YA, makanan tambahan atau vitamin yang paling sesuai untuk anda ialah SHAKLEE kerana di Shaklee, kami menawarkan semua vitamin tersebut.

          Hubungi saya untuk free consultation berhubung pengambilan vitamin dan juga TAWARAN MENARIK... Harga??? Pasti MAMPU MILIK laaa..

          yat hayati
          Shaklee Independent Distributor | ID 866665
          Facebook yat hayati
          FB Fan Page HayatiVitaminz
          SMS / Whats App 019-397 9157
          Email: yat_1916@yahoo.com


          No comments:

          Post a Comment

          Followers

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

          YouTube D'hayati

          Loading...