Sunday, 20 January 2013

Apa itu Advanced Joint Health Tablet

Semalam da berkenalan secara ringkas dengan AJHT kan?? so hari ni sambil melayan si kecik tengok katun 'canimals' ni, ada laa sikit masa untuk hapdate blog ni... lagi separuh bulan lagi da nak habis promosi ni..kalo nk grab, kena cepat laaa...

Apakah yang disebut-sebut Advance Joint Health Tablet???

Merupakan vitamin / supplement daripada Shaklee yang mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukan di dalam kajian klinikal yang mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangka masa seawal 5 hari - hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka.Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti klinikal:-

  • Menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

Adakah AJHT mengandungi nutrien-nutrien yang lain???

Ya. AJHT mengandungi nutrient yang direka khas untuk kesihatan sendi:-
  • Zink (zinc), Kuprum (cooper) dan Mangan (tembaga) - merupakan mineral surih yang diperlukan untuk membina tisu penghubung. Selain itu juga ia merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.
  • Vitamin C - AJHT Shaklee membekalkan 100% Daily Value (Nilai Harian) Vitamin C iaitu satu nutrient yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain didalam tubuh.

AJHT ada kondroitin atau tidak???

 Tidak. AJHT tidak seperti kebanyakan supplement kesihatan sendi yang lain. AJHT tidak mengandungi kondroitin, iaitu satu bahan yang terbukti didalam kajian klinikal yang menghalang penyerapan glukosamin dan ekstrak jagung.

Apakah yang dikatakan Ekstrak Boswellia dalam AJHT istimewa???


Ekstrak Boswellia ni di dapati daripada resin pokok Boswellia serrata, ekstrak botanikal ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak utama Boswellia yang digunakan dalam AJHT mengandungi kepekatan yang tinggi AKBA (3-acetyl-11-keto-beta-boswellic acid) yang berfungsi sebagai anti radang semulajadi dan menyokong keselesaan sendi.

Dalam kajian klinikal terbaru, para peserta yang mengambil ekstrak Boswellia didalam AJHT melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan yang lebih mudah, dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian berbanding dengan mereka yang mengambil satu lagi jenis ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.

Apakah ekstrak jagung??? 

Ektrak jagung semulajadi yang terdapat dalam AJHT kaya dengan glukosamin, sejenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans yang merupakan komponen untuk membina struktur tulang rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran.

Glukosamin mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet???

Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

 
***Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan Buku Panduan Nutrisi Shaklee


yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID No : 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...