Sunday, 6 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Sudah terlambatkah??? hehehe..

Selamat Tahun Baru 2013 semua..Cepat sungguh masa berlalu..pejam celik pejam celik sudah tahun lain daaaa..(*____^)

Macam gambar 2013 kat atas tu..bewarna warni..macam tu juga la impian dan AZAM tahun 2013 ni..terlalu banyak kenangan 2012 yang pahit dan manis yang akan di jadikan pengalaman..dan pembakar semangat untuk lebih maju dalam HIDUP pada tahun 2013 ni...which is keluarga, kerjaya, dan bisnes SHAKLEE..


"Untuk KELUARGA..nak bagi org tua (ma..ayah..mertua) kehidupan yang lebih baik..membalas jasa mereka yang telah banyak di curahkan even masa belajar, masa kerja ataupun masa da bekeluarga..terima kasih keluarga ku.."



"Untuk keluarga kecilku (hubby dan lil Dasuki), semoga kita selalu bersama menempuhi suka duka kehidupan..dan DASUKI HAFIY, mama gembira melihat dia membesar depan mata..semoga impian untuk jadi WAHM menjadi kenyataan dan membesarkan keluarga kecil ini..mungkin dengan menambah ahli baru...hehehehe"



"Kerjaya pula bersama jabatan kerajaan, semoga tahun ini diberi peluang untuk berkhidmat secara tetap..itulah doa untuk diri sendi dan juga untuk kawan-kawan yang seangkatan dengan diri ini. Setelah hampir 4 tahun berkhidmat sebagai "Contract Servant" "



"Untuk kerjaya baru ni..BISNES SHAKLEE..semoga ALLAH memberi peluang dan jalan yang lurus untuk capai impian..sentiasa di dampingi insan-insan yang positif dan mendapat cas-cas positif untuk berjuang dalam bisness ini..Kenapa saya memilih SHAKLEE..kerana saya sudah jatuh hati dengan PRODUK SHAKLEE dan juga memang saya ada minat untuk berbisnes..kerana bagi saya tanpa minat, semua tak akan menjadi..bila ada minat, pasti ada keikhlasan...bila ikhlas, semua usaha akan membuahkan hasil.. (berdasarkan pengalaman,,hehehe... nanti saya kongsikan apa pengalaman tu)"


Dan yang terbaru..baru je terbit di hati masa tulis entry ni..BLOG ini akan di beri nafas baru..hihihii


saya akan share semua berkaitan Shaklee, pengalaman saya bersama SHAKLEE dan perjalanan BISNESS saya bersama SHAKLEE..so, saya akan cuba update sekerap yang boleh....heheheh

**********************************

love; mamadasuki

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...