Tuesday, 12 March 2013

Fakta Tentang Jeragat dan Kulit...

Jeragat???ouchhh.. itulah respond bila berbicara pasal kulit. Semua individu especially wanita akan lebih sensitif bila kulit muka dihinggapi jeragat..ada yang mengadu mengganggu penampilan..mengurangkan keyakinan diri.. lagi2 bagi yang x suka make-up tebal2..heheehe.. yang suka natural beauty.. xpe..xpe..malam ni yat nk cerita je dlu fakta / cerita pasal jeragat..

Then, next entry kita share plak apa vitamin Shaklee yang sesuai untuk jeragat ni...heheheh

bole kan???? lets sharing...

Jeragat ni adalah salah satu jenis penyakit kulit. Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu;-
  • Seborrhoeic keratoses  - timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
  • Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
  • Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
Jeragat ni tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor..maksudnya kulit akan nampak x cantik laaa kan?? orang perempuan ni kalo bab-bab cantik, memang priority kan??? especially untuk suami and anak2..tul x???

Zaman sekarang ni, jeragat 'tumbuh' x mengira usia lagi tau.. itu dari pemerhatian yat laaa..kalau dlu, selalu kita tengok or baca2 fakta, jeragat ni berisiko ada bagi individu yang berusia 40 tahun ke atas...tapi skang ni, yang muda-muda pon da ada..early 30 pon da ada jeragat..yang early 20 da nampak tanda2 jeragat...x tipu tau..cuba pandang and tengok2 insan2 sekeliling anda kalo x percaya...heheeheh

Nak tahu x kenapa??? Sebab jeragat ni jugak boleh jadi disebabkan faktor genetik dan disamping faktor-faktor lain iaitu kesan cahaya matahari dan kesan daripada pengambilan ubat perancang keluarga yang mana potensi adalah lebih tinggi.

Menurut perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

Kata beliau lagi, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine dan lain-lain lagi. 

Apa kaitan antara jeragat dan kulit???

  • Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
  • Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
  • Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
  • Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
  • Asid lemak penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
  • Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
  • Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
  • Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
  • Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
  • Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.

Penjagaan kulit sebagai langkah awal mengawal jeragat..

  • Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
  • Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
  • Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
  • Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
  • Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

P/S : Tidak semua pencuci muka sesuai dengan kulit muka kita. Dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sesuatu jenis produk kecantikan muka.

So, setakat ni dlu perkongsian malam tentang jeragat..mau join dasuki tido dlu..hehehe

then, in shaa allah next entry yat akan kongsi plak vitamin shaklee yang di sarankan untuk masalah jeragat...dan yang istimewanya, pencuci muka shaklee yang 'best in the world'...hehehhe

Sumber lanjut | di sini dan sini...


yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com








 

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...