Saturday, 9 March 2013

Kalsium dan Ibu Hamil




Petang tadi yat dikejutkan dengan text dari schoolmate yang da lama x jumpa.. tujuan utama nk tahu pasal SHAKLEE..then die bagitahu berita gembira..rupanya die tengah preggy ank sulung..alhamdulillah..so die tnya laa apa vitamin shaklee yang bole bagi die keperluan kalsium???

Alang2 da bulan Mac ni bulan promosi OSTEMATRIX a.k.a KALSIUM, so yat ceritala serba sedikit pasal oste ni.. then terus melarat pasal perkaitan antara kasium dengan ibu hamil... so, yat ceritalaaa serba sedikit hasil dr mr.gugel..

Antara 'perjumpaan' di mr.gugel (di sini):- 

"Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium oleh ibu hamil sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. 

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. 

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. 

Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. 

Kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi dan berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi. 

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan. 

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. 

Ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid. 

Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. 

Ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi. "



Apa pula kaitan ngn OSTEMATRIX ye? laaaa..ostematrix kan kalsium..supplement yang dikeluarkan oleh SHAKLEE.. so, dalam mencukupkan keperluan kalsium harian tu, apa kata amalkan tablet OSTEMATRIX ni..sebiji oste membekalkan 250mg KALSIUM dan 100IU vitamin D...jadi, ambil laaa 4bj ostematrik sehari untuk melengkapkan 100% keperluan kalsium harian anda..

Cepat2 laaa dapatkan sekarang..bulan promosi ni... Hubungi yat untuk TAWARAN dan HARGA hebat..

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email:- yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...