Saturday, 20 April 2013

Alahan laktosa atau "lactose intolerance"

Entry kali ni yat nak kongsi bersama followers yat semua pasal alahan laktosa. yat tulis entry ni sebab yat baru sahaja berkenalan dengan seorang mummy yang anaknya menghadapi masalah ini. mummy tu sedang mencari supplement yang sesuai dengan masalah anaknya.

Apa itu alahan laktosa atau lactose intolerance?




Alahan laktosa adalah ketidakupayaan badan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.

2 jenis alahan laktosa:-

  • Alahan laktosa kekal (congenital) - ianya jarang berlaku manakala alahan laktosa lewat bagi golongan dewasa iaitu biasanya berlaku di kalangan orang asia dalam anggaran umur 20 tahun.
  • Alahan laktosa sementara - berlaku disebabkan kerosakan / kecederaan pada usus yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis),Penyakit usus seperti Coeliac Disease dan pembedahan usus.

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa.Genjala - genjala yang boleh dikenalpasti adalah bayi merengek dan menangis,Perut kembung dan memulas,Berak cair yang berbau busuk,Kentut yang berlebihan,Kulit melecet dibahagian punggung.

Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?

Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
  • Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
  • Kurang zat makanan
  • Pembesaran terencat

Bagaimanakah cara merawat masalah ini?

Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.

Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
  • Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
  • Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
  • Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.

Alahan laktosa yang sementara:
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
  • Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa.
  • Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
  • Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.

Apakah jenis makanan yang mengandungi laktosa?

  • Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
  • Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
  • Aiskrim.
  • Margerin.
  • Roti dan biskut.
  • Bijirin sarapan.
  • Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
  • Susu pekat manis.
  • Susu cair.

Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:

  • Semua jenis susu.
  • Gandum dan protein susu.
  • Susu tepung.
****************************************
Itu sedikit sebanyak perkongsian yat mengenai alahan laktosa atau bahasa omputihnya "lactose intolerance"..hasil pencarian dari mr.google..

alhamdulillah, my dasuki hafiy tiada alahan laktosa ni tp yat tetap bagi susu yang tanpa gula tambahan..pilihan yat ialah anmum honey, kegemaran si jantung hati.

****************************************

Hubungi saya untuk keterangan lanjut, TAWARAN dan HARGA yang menarik:

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
PM/Whats App: 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com


No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...