Saturday, 20 April 2013

Alahan laktosa bukan halangan minum susu...

Alang-alang yat dah masuk entry pasal lactose intolerance, alangkah bagus kalau yat terus berkongsi artikel mengenai masalah ini. yat ada baca dalam satu ruangan 'Gaya Hidup' di utusan online yang berbicara mengenai alahan laktosa ni.. jadi di sini yat berkongsi dengan anda..pembaca kesayangan yat semua..

*****************************************  

Masalah alahan laktosa yang sering dihadapi oleh ramai daripada kita disebabkan kesukaran menghadam atau menghuraikan sebahagian besar laktosa di dalam makanan.

Kesukaran ini disebabkan oleh kurangnya pengeluaran laktosa di dalam usus kecil dan akan terus dihantar ke dalam usus besar dimana bakteria akan memeram laktosa berkenaan sehingga menjadi asid dan membebaskan gas menyebabkan usus bergas.

Kita akan merasa kembung, kejang dan kurang selesa dan keadaan ini bergantung kepada kadar alahan yang dialami seseorang terhadap laktosa.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Sains Kesihatan, Universiti Putera Malaysia, Prof. Madya Dr. Zaitun Yassin, laktosa adalah sejenis gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan hasil tenusu. Bahan ini adalah sejenis disakarida (disaccharide) yang terdiri daripada dua jenis gula iaitu glukosa dan galaktosa.

Laktosa mesti dihuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas di dalam usus kesil sebelum diserap ke dalam saluran darah.

Katanya lagi, ''laktase, sejenis enzim yang dikeluarkan di dalam usus kecil amat diperlukan untuk menghadam laktosa.''

Sebilangan individu mungkin dilahirkan dengan sedikit atau tanpa laktase. Tetap kebiasaannya kandungan laktosa berkurangan apabila meningkatnya usia, bermula daripada usia dua tahun.

Bagaimanapun kebanyakan orang akan hilang sebahagian daripada fungsi enzim laktase pada penghujung zaman kanak-kanak.

Bagi orang dewasa Asia, mereka lebih banyak kehilangan laktase, inilah puncanya mengapa ramai orang dewasa menghadapi masalah untuk menghadam susu atau hasil tenusu yang juga lebih dikenali sebagai 'masalah alahan laktosa' atau lactose intolerance.

Terdapat salah faham di kalangan penghidap masalah alahan laktosa, bahawa kehadiran laktosa di dalam makanan akan menyebabkan gejala usus tidak selesa. Oleh itu, mereka cuba menghindari susu dan hasil tenusu sepenuhnya.

Sebenarnya, bilangan yang menghidapi masalah alahan laktosa secara sederhana adalah lebih ramai berbanding yang mengalami alahan laktosa sepenuhnya.

Kajian terkini menurut Dr. Zaitun, menunjukkan hampir semua individu yang bermasalah alahan laktosa boleh mengambil setengah hingga satu cawan susu semasa sarapan pagi dan satu cawan lagi ketika makan malam.

Di samping itu, makanlah setengah daripada makanan yang dibuat daripada susu bersama makanan lain, cara ini tidak mendatangkan masalah kerana lemak yang terkandung di dalam makanan berkenaan memperlahankan kerja penghadaman dan memberi lebih masa untuk laktase bertindak.

Kebanyakan orang yang menghadapi masalah alahan laktosa secara sederhana boleh mengetahui sejauh mana perut mereka boleh bertolak ansur dengan laktosa dengan cara cuba menyesuaikan kadar hasil tenusu di dalam pemakanan seharian.

Mereka tidak perlu menghindari terus susu dan hasil tenusu di dalam pemakanan seharian kerana ini bukanlah satu langkah yang bijak.

Sebaliknya akan menyebabkan kekurangan pengambilan kalsium bagi menyokong fungsi di dalam badan yang menyebabkan kalsium daripada tulang diambil untuk mengimbangi kekurangannya.

Lama kelamaan kekuatan tulang akan berkurangan dan menyebabkan berlakunya osteoprosis iaitu keadaan tulang yang kurang kalsium dan menyebabkan menjadi berongga, rapuh, dan mudah patah.

Susu dan hasil tenusu adalah punca utama kalsium untuk pemakanan manusia yang menyumbang kepada 70 peratus daripada keperluan kalsium kita.

Tubuh badan kita memerlukan kalsium untuk keperluan harian. Bukan saja penting untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar, pengambilan secukupnya adalah amat penting untuk semua peringkat usia orang dewasa, lelaki, perempuan serta warga tua.

Sebahagian besar kalsium diperlukan untuk membina dan menjaga tulang serta menjamin gigi yang kuat.

Disamping membina kekuatan tulang, kalsium juga perlu untuk mengawal beberapa fungsi dalam badan manusia.

Tanpa kalsium, otot-otot badan tidak akan berfungsi dengan baik, darah sukar membeku dan saraf tidak bertindak dengan sempurna, ujurnya.

Selain daripada sumber bekalan kalsium yang baik susu dan hasil tenusu juga membekalkan protein, vitamin A, B6, vitamin D, riboflavin potassium, zinc, magnesium dan phosphorous.

Semua zat makanan ini mempunyai fungsi penting untuk pembesaran, pengembangan dan penjagaan kesihatan sepanjang hayat.

Pilihan lain bagi mereka yang menghadapi masalah alahan laktosa bagi menjamin tubuh mereka mendapat kalsium yang mencukupi dengan mengambil susu rendah laktosa.

Artikel Penuh: sumber

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...