Friday, 24 May 2013

Kenali Jenis Kulit Anda

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berlainan dan saya bersyukur di berikan kulit yang jenis NORMAL..orang kata mereka yang mempunyai kulit jenis ini adalah orang bertuah..heheheh
Kenapa ye???

Entry kali ni saya berkongsi cara untuk kenali jenis kulit kita, sebab saya pasti ada yang tidak tahu jenis kulit yang mereka miliki.


Langkah 1: Basuh muka / cuci muka
  • Basuh muka dengan pencuci muka dan lapkan/keringkan dengan kain yang lembut. Ini adalah untuk membuang 'make-up' atau kotoran yang melekat pada kulit di sepanjang hari. Langkah ini juga akan memberi kulit muka permulaan yang baru dan berasa segar.
Langkah 2: Biarkan / tunggu sekejap
  • Untuk sementara, biarkan air basuhan muka tadi mengering dengan sendiri. Pada masa ini, kulit akan kembali kepada keadaan asal yang mana ciri-ciri yang akan menentukan jenis kulit akan dapat diperolehi. Yang penting, JANGAN sentuh muka anda.
Langkah 3: Dab muka dengan tisu
  • Dab muka dengan tisu muka secara lembut dan beri lebih perhatian kepada T Zone iaitu dahi dan hidung.
Langkah 4: Tentukan jenis kulit anda
  • Kulit dikategorikan kepada empat jenis iaitu NORMAL, KERING, BERMINYAK dan KOMBINASI

Kulit NORMAL 

Kulit normal adalah kulit biasa (macam bayi) iaitu lembut, bersih dan halus tanpa mempunyai minyak atau pori yang terbuka luas.

Kulit KERING

Kulit kering adalah kulit yang kurang berminyak / lembab atau kedua-duanya sekali. Biasanya ini terjadi disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah kepada penghawa dingin, penuci muka yang beralkali tinggi, kurang minum air kosong dan mengambil ubat secara berlebihan.

Masalah yang biasa dihadapi oleh individu berkulit kering:
  • Kedut / garis-garis halus
  • bintik-bintik hitam
  • white head
  • hitam disekeliling mata
  • jeraga (pigmentasi)
  • keseluruhan muka kering dan kusam
p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!! 

Kulit BERMINYAK

Kulit jenis ini kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Ia berkemungkinan boleh menyebabkan masalah jerawat kerana kalenjar minyak yang terlalu aktif menghasilkan minyak dipermukaan kulit muka. Selain itu, faktor hormon atau cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi jugak menjdai punca kulit berminyak. Dan yang paling BEST, kulit jenis ini melambatkan proses penuaan.

Masalah yang biasa dihadapi oleh individu kulit berminyak:
  • Black head
  • Jerawat
  • Pori-pori terbuka
  • parut
  • keseluruhan muka berminyak

Kulit KOMBINASI

Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah yang biasa dihadapi oleh individu yang mempunyai kulit kombinasi:
  • Muka kering
  • Kalenjar minyak tidak sekata
  • Jeragat
  • White head
Kesimpulannya, yang manakah kategori kulit anda?? Mengenali kulit memudahkan proses perawatan dan juga pemilihan produk penjagaan kulit. Sebaiknya, pilihlah produk penjagaan kulit yang berasaskan semulajadi tanpa bahan kimia untuk kesihatan dan keserian jangka panjang.

*****************************************************************
xoxo:
Yat Hayati 
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
FB Fan Page HayatiVitaminz
Facebook yat hayati
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...