Friday, 24 May 2013

Segalanya tentang B-Complex

Antara vitamin yang penting dalan diet seharian kita ialah pengambilan B Complex. Jadi entry hari ni yat ingin berkongsi bersama kawan-kawan semua tentang vitamin Beauty Shaklee yang menjadi rebutan sekarang ini dalam erti kata fungsi, kepentingan dan kesan jika kita kekurangan vitamin B ini.

Gambar piramid di atas adalah antara makanan harian kita yang mengandungi vitamin B. Tetapi adakah semua makanan seperti di atas ada di dalam pengambilan harian kita seperti gamdum, beras, buah-buahan, hati, ikan, kentang manis, susu dan yang lain-lain tu? Kalau ambil semua pun, adakah lengkap iaitu cukup dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan?

Apakah B COMPLEX?

B Complex shaklee merupakan vitamin B yang mengandungi 8 jenis vitamin B dalam 1 tablet:-

  • B1 Thiamin
  • B2 Riboflavin
  • B3 Niacin
  • B5 Panthothenic acid
  • B6 Pyridoxine
  • B7 Biotin
  • B9 Folic acid
  • B12 Cyanocobalamin
Perasan tak, B Complex ni ada B9 iaitu asid folik. Asid folik ni kan bagus untuk ibu mengandung. Kalau kita pergi check-up, mesti klinik kasi kan?? Jadi, bagi siapa yang telah ambil B Complex Shaklee dan sekiranya tak nak ambil B Complex klinik pun ok..sebabnya, B complex Shaklee ni pun da ada asid folic kan..

Melihat kepada kandungan B Complex ni, ibu mengandung boleh ambil 1 biji sehari bagi mendapat khasiat vitamin B dan juga asid folic tersebut. Dan, setelah bersalin dan dalam pantang juga, ibu-ibu boleh mengamalkan kerana ianya boleh membantu menenangkan si ibu dan memberi khasiat B complex kepada simanja dalam kadar yang berpatutan.

Fungsi B COMPLEX

Antara fungsi-fungsinya ialah:-
  • "B" is for beauty. Jadi vitamin B adalah antara elemen penting untuk kecantikan (inner beauty..heheh)
  • Bertindak sebagai pembekal tenaga - membantu pengeluaran tenaga
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  • Bertindak sebagai penenang (anti stress)
  • Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan saraf tunjang dan otak.
  • B6, B9, dan B12 membantu mengurangkan paras homosisteina dalam darah
  • B12 membantu menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak (komplikasi kecil atau biasa bagi pesakit kencing manis)

 

Punca Kemusnahan B COMPLEX

  • B Complex adalah vitamin yang larut dalam air, jadi ianya sentiasa perlu diganti.
  • Boleh musnah oleh cahaya matahari, haba, dan suhu - contoh, sayur yang dimasak terlalu lama dengan suhu yang tinggi.
  • Pengambilan gulan yang banyak juga boleh memusnahkan vitamin B Complex
  • Alkohol dan stress juga menyumbang kepada kemusnahan B Complex
  • Pil-pil seperti antibiotik, pil penenang, ubat tidur juga boleh memusnahkan B Complex.

Kesan Kekurangan B COMPLEX

  • Sekiranya badan kita kekurangan B Complex, kita akan mengalami simptom-simptom berikut:-
  • Rasa letih, lesu, hilang selera makan dan lemah badan
  • Mengalami gangguan tidur dan sentiasa gelisah
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Sembelit
  • Mengalami gangguan mental dan emosi
  • Mengalami penyakit matabolic disorder (beri-beri) - gejala; bengkak buku lali kaki, kebas tangan dan kaki 

Siapa Perlukan B COMPLEX

Siapa yang perlukan?? actually, semua orang tanpa sebab yang kukuh pun perlukan B Complex dalam diet harian kita demi kesihatan tubuh badan kan?? Apatah lagi bagi mereka yang mengalami kesihatan yang kurang baik.

  • Individu yang selalu terdedah kepada cahaya matahari
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi & migraine
  • Wanita yang mengandung dan yang mengambil pil perancang
  • Individu yang terdedah kepada tekanan dan bebanan kerja yang teruk

Adakah anda salah seorang daripada yang disebutkan??hehehe....Segera dapatkan B Complex demi kesihatan menyeluruh.

Dah banyak yat kongsi tentang B Complex ni kan?? tapi belum habis lagi ni..hehehe

Kalau anda semua nak tahu, B Complex Shaklee ni berbeza dengan jenama lain yang ada dipasaran. Kenapa???

"B Complex Shaklee dilengkapi dengan sistem penyerapan Bioaktif berpaten dan mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan dalam 1 tablet. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Jadi, Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan"

Adakah anda masih lagi ragu-ragu tentang B Complex Shaklee?? Adakah anda mengalami masalah-masalah berikut??? Adakah anda tergolong dalam individu yang perlukan B Complex??? Jika YA, hubungi saya segera untuk tawaran menarik dan SESUATU yang istimewa menanti anda.

**************************************************************

xoxo:-
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
FB Fan Page HayatiVitamiz
Facebook yat hayati
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

 

 

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...