Monday, 3 June 2013

Penyebab dan Tips Mengatasi Masalah Anak Susah Makan

Pernah tak anda mengalami masalah susah nak bagi anak makan?? Kalau macam yat, memang risau sangat-sangat, sebabnya daripada kecil dasuki memang kuat makan. Kalau diingatkan kembali semasa dia dah umur 6bulan ke atas, jadual makan dia memang yat dan hubby jaga. Jika tidak, mengamuk laa bila lapar... hehehe

Tapi itu dulu laaa.. Masa dia masik kecil, senang nak bagi makan. Tapi sekarang, bila dah besar dan dah boleh bercakap, ada saja alasan untuk menolak makanan. Sebagai ibu bapa, yat dan hubby akan mencari punca dan sebab kenapa si manja kami menolak untuk makan sedangkan makanan sangat penting bagi sikecil yang dalam peringkat pertumbuhan.

3 fungsi penting makanan kepada simanja ialah:
  • Untuk memenuhi keperluan nutrisi dan tenaga
  • Proses pembelajaran
  • Entertainment
Terdapat dua punca yang menyebabkan masalah ini. Yang pertama ialah faktor fizikal termasuk kebarangkalian terdapatnya gangguan pada organ pencernaan mahupun terdapatnya jangkitan dalam tubuh anak seperti demam dsbnya.

Sementara itu, faktor kedua meliputi faktor psikologikal seperti keadaan rumah tangga yang bermasalah, suasana makan yang kurang menyenangkan, tidak pernah makan bersama kedua ibu bapa mahupun anak dipaksa memakan makanan yang tidak disukai.

Bila Dasuki menolak untuk menerima makanan, biasanya itu petanda yang dia tidak sihat ataupun makanan tidak memenuhi selera dia. Sebab itulah simanja kami menolak... Jadi, kepada ibubapa, yat nak kongsi bersama anda antara penyebab anak-anak menolak untuk makan.

Antara penyebab anak-anak susah makan

1. Komunikasi yang tidak bagus oleh ibubapa.
Pada saat anak susah makan, lalu sikap tidak sabar ibubapa yang tetap memaksa anaknya untuk makan, maka keadaan ini tidak menyenangkan bagi sang anak, bahkan orang tua itu sendiri. Dan mengakibatkan anak jadi lebih susah lagi untuk makan.

2. Strees Pada Anak | Cemas & Takut
Inilah masalah yang sering tidak difahami oleh para ibubapa iaitu steress atau tekanan yang dihadapi oleh anak-anak:-

Contoh Strees Pada Anak :
1. Ketika harus berpisah dengan orangtua, misalnya pada saat si ayah hendak pergi untuk bekerja, sering muncul difikiran sikecil bahwa akan terjadi sesuatu hal yang buruk pada ayahnya.

2. Saat anak berada pada lingkungan yang baru, misal saat berada disekolah atau ditempat persekitaran yang lain. Pada diri anak akan muncul rasa cemas, kerana belum tau apa yang harus dilakukan, apa yang akan terjadi padanya.

Ciri-Ciri Strees Pada Anak ( Fisiologi )
Terlihat gelisah, berpeluh, berdebar-debar, susah menumpukan perhatian terhadapa sesuatu, susah tidur, dan sebagainya.
Keadaan anak pada saat seperti ini akan mempengaruhi pertumbuhanya, termasuk membuat anak jadi susah makan.

3. Tekanan
Seperti halnya strees, anak juga akan mengalami tekanan. Dan tentunya juga mempengaruhi pola pemakanan anak-anak.

Anak yang mengalami depresi memiliki dua masalah makan.

1. Menjadi susah untuk makan.

2. Makan secara berlebihan sehingga membuatnya obesiti.

Depresi sering dialami anak usia sekolah.
Penyebabnya bermacam-macam. Ada yang disebabkan menjadi korban buli seperti diejek, digoda, mendapatkan kekerasan, dan sebagainya.

Beberapa faktor psikologi lain yang dapat mengganggu anak susah makan & pertumbuhannya ialah:-
  • Kondisi rumah tangga yang bermasalah
  • Suasana saat makan yang kurang menyenangkan
  • Tidak pernah makan bersama orangtua
  • Memaksa anak memakan makanan yang tidak disukai
  • Dll yang dapat menggangu selera makan anak 
Jadi, macamana kita sebagai ibubapa menjalankan peranan untuk mengatasi masalah penyebab susah makan anak-anak ini?

Tips atasi masalah susah makan

  1. Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
  2. Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
  3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
  4. Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
  5. Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  6. Ajak anak bermain sambil makan.
  7. Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. buat corak atau hiaskan dengan comel.
  8. Elakkan minum air sambil minum. Sebaiknya tunggu sehingga habis makan sebelum minum.
  9. Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan berhampiran dengan waktu makan.
  10. Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk. kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.
  11. Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.
  12. Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
  13. Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah. sebaiknya alas tenpat duduknya terlebih dahulu.
  14. Tanya pendapat anak menu yang diingini.
  15. Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.
Selain itu, anda juga boleh mencuba alternatif lain dengan memberi makanan tambahan atau vitamin yang memenuhi nutrisi pemakanan simanja seperti memberi Mealshake Shaklee. Selain membantu menambah selera makan, Meal Shakes juga adalah multivitamin berbentuk minuman jadi anda akan dapat khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.




*****************************************************************

Untuk dapatkan Mealshake dengan HARGA BERBALOI, anda bole hubungi yat yek.. I'am 24hrs available..haaaaa..ye ke??? hehehe

Tak de apalahhh..just SMS or Whats App me okeh.. Best Price is waiting for u dear..

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

0 comments :

Post a Comment

Menjana Pendapatan Bersama Shaklee

Pengedar Sah Shaklee (SID)

Pengedar Sah Shaklee (SID)
Saya yat, Pengedar Sah Shaklee Anda (ID: 866665) di Klang dan Shah Alam terutama di Bukit Tinggi. Sesiapa yang ingin tahu info lanjut tentang Shaklee boleh hubungi yat di talian 019-397 9157 (SMS/Whats App) atau PM di FB yat hayati.

YouTube D'hayati

Loading...

Followers