Friday, 7 June 2013

Sembelit Buat Anak Takut Untuk Membuang


Sembelit atau konstipasi adalah masalah yang sangat umum di kalangan anak-anak. Seorang anak dianggap konstipasi ketika dia buang air besar kurang dari tiga kali tiap minggu serta ketika tinja yang keluar keras, kering, dan besar.

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:
  • Meragam, sakit abdomen dan gastrik.
  • Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering.
  • Abdomen yang keras.
  • Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.
  • Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Tips membantu bayi atau kanak-kanak sembelit

  1. Apabila bayi masih kecil yang mengalami kesukaran membuang air besar, dengan menggunakan termometer yang telah dilumurkan dengan pelincir jeli khas untuk dubur dan masukkan ke dalam dubur dengan teliti dan keluarkan najis tersebut. Ini dalam membantu bayi mengeluarkan najis tersebut
  2. Bagi bayi yang lebih besar dan telah mula makan bermacam jenis makanan, beri banyak minum air kosong dan jus buah-buahan yang dikisar tanpa ditapis untuk membantu dan mengelakkan sembelit.
  3. Beri makanan, sayuran dan buah-buahan yang mempunyai tinggi serat dalam diet pemakanan anak anda. Contohnya, sayur bayam, lobak merah, pisang, betik, prune dan sebagainya.
Cara-cara berikut juga boleh membantu:
  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.
Walaupun sembelit dan selalunya tidak merbahaya, tetapi jika ia menunjukkan tanda-tanda lebih serius seperti berikut, segeralah bawa simanja berjumpa dengan doktor:-
  • Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu
  • Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian
  • Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus
  • Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)
  • Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya
  • Najis yang cair atau lembut keluar dari anus

Tanda-tanda simanja sembelit

  • Anak meragam kerana perut menjadi kurang selesa (sebu), biasanya perut agak membesar dan keras bila ditekan.
  • Tidak buang air besar selama beberapa hari atau jika buang air besar, najisnya keras dan kering.
  • Gejala lain, meliputi rasa sakit di anus saat buang air besar, kram perut, mual, muntah, dan berat badan menjadi turun.

Apakah vitamin Shaklee yang boleh dicadangkan?


yat paling suka mencadangkan mealshake kat ibubapa yang mempunyai anak-anak yang ada masalah semmelit. Sebab mealshake ni merupakan makanan tambahan yang berserat tinggi dan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin adalah bahan terbaik mengandungi organism protein yang sangat berkualiti dan mudah serap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa juga amat bernutrisi./ Dengan adanya unsur-unsur ini ia boleh bantu mengatasi masalah sembelit. Jadi ibu bapa mungkin tak perlukan Enema atau sebarang Laktasif lagi.

Lagipun mealshake ini dalam bentuk serbuk dan senang dibancuh bersama susu formula atau di variasikan dengan minuman kegemaran anak-anak.
*********************************************
PROMO JUN 2013: BELI 6 PERCUMA 1
ANDA JIMAT RM113.75

xoxo:-
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
FB Fan Page HayatiVitamiz
Facebook yat hayati
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...