Tuesday, 4 June 2013

Underweight: Saya Nak Gemuk

Entry ni yat nk share pasal kawan yat..semalam jumpa dia kt surau masa nk sembahyang zohor dan die ada mengadu pasal berat badan dia da turun almost 3kg walaupun baru 3hari puasa..sedih yat tengok badan dia yang makin mengecil..

So, untuk membantu kawan, yat google mencari punca atau penyebab kurus dan mcmn nk menaikkan semula berat badan pada BMI yang ideal..meskipun di MALAYSIA, rata-rata penduduk menghadapi masalah OBESITI namun ada segelintir daripada kita menghadapi masalah INGIN GEMUK dek kerana badan yang "kurus kering"...

Menurut satu sumber yang didapati di Amerika Syarikat, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu kurus adalah:-
  • memiliki tahap metabolisme yang cepat /tinggi
  • pengaruh faktor genetik / keturunan
  • keperibadian dan lingkungan sekitarnya
  • tekanan hidup
  • masalah pemakanan

Sebenarnya, seseorang yang memiliki BMI kurang dari 18 bererti memiliki berat badan dibawah paras normal, BMI 18.5 - 24.9 adalah berat yang normal, manakala BMI 25 - 29.9 bererti memiliki berat badan berlebihan dan BMI lebih dari 30 beerti mengalami masalah kegemukan.

Bagi yang memiliki tubuh kurus atau BMI di bawah normal, ada beberapa cara sihat yang boleh dilakukan untuk menaikkan berat badan, seperti dikutip dari MedicineNet.com,iaitu:-


1. Makan makanan yang mengandung kalori, vitamin dan mineral tinggi.

2. Makan dengan keseimbangan yang tepat, nisbah yang disarankan adalah 60-70 peratus karbohidrat, 10-15 peratus protein dan sejumlah kecil lemak.

3. Membatasi pengambilan air atau cairan setengah jam sebelum dan sesudah makan, kerana kalau banyak minum sebelum makan akan membuat perut kenyang sehingga nafsu makan berkurang.

4. Minum jus seperti epal, peach, jeruk atau pisang untuk meningkatkan kalori

5.Mengambil beberapa sumber lemak baik yang berasal dari makanan seperti kacang, alpukat, minyak zaitun dan lemak ikan (salmon dan mackerel)

6. Mengambil beberapa makanan ringan diantara waktu makan seperti yogurt atau buah-buah kering

7. Minum susu secara teratur, kerana tidak mengandungi kalori tapi juga nutrisi penting lainnya seperti protein, vitamin dan mineral, serta mengandung bakteria sehat yang boleh membantu sistem pencernaan.

8. Berolahraga secara teratur kerana akan membuat tubuh sentiasa sihat.Keadaan ini boleh membantu mengembangkan otot-otot tubuh yang ramping menjadi lebih berbentuk, serta meningkatkan nafsu makan.

9. Selalu berpikiran positif, kerana pikiran boleh mempengaruhi pola makan dan juga proses pencernaan yang terjadi.

10. Mendapatkan waktu istirehat dan tidur yang cukup 7-8 jam secara teratur.


Jom kita kongsi bersama info yang yat dapat ni:-

Apa itu vitamin dan mineral yang tinggi?

Vitamin adalah sebatian organik (dihasilkan oleh haiwan dan sayur-sayuran) yang berfungsi untuk meningkatkan tindakan protein yang menyebabkan reaksi kimia seperti membina otot, membakar lemak dan pengeluaran tenaga. Ada dua jenis vitamin, vitamin larut lemak, boleh disimpan di dalam lemak dan kerana itu jika diambil berlebihan akan menjadi racun seperti A,D,E dan K. Satu lagi adalah vitamin larut air, ia tidak disimpan di dalam badan iaitu vitamin B dan C.

Mineral adalah sebatian tak organik (tidak dihasilkan oleh haiwan atau sayur-sayuran). Fungsi utama mereka adalah untuk memastikan bahawa otak anda menerima isyarat yang benar daripada tubuh, kesimbangan cecair, kotraksi otot dan pengeluaran tenaga serta untuk membina otot dan tulang. Ada dua jenis mineral:

1. Bulk mineral – Kenapa disebut banyak? Kerana badan kita memerlukannya dalam jumlah yang besar, antaranya seperti Calcium, magnesium, potassium, sodium dan phosphorus.

2. Trace mineral – Diperlukan badan dalam jumlah yang sedikit seperti kromium, tembaga, kobalt, silikon, selenium, besi dan zink.

Apa yang dimaksudkan dengan protein?





Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat sebahagian protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging, kekacang (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein. Protein dapat membina tisu badan, enzim dan hormon.

Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

Protein boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu protein fibrous yang banyak bergantung kepada struktur sekunder dinama bentuk protein ini boleh diulang. Manakala bentuk kedua ialah protein globular (enzim dan antibodi) yang banyak bergantung kepada interaksi struktur tertiar. Terdapat 20 jenis Asid Amino yang digunakan untuk membentuk rantaian polipeptida (protein) Fungsi, bentuk, saiz dan jenis protein akan ditentukan oleh jenis, bilangan dan taburan asid amino yang terdapat di dalam struktur tersebut.

Percantuman beberapa Asid Amino dinamakan tindakbalas kondensasi dengan dicirikan berlakunya pembentukan ikatan peptida dan pembentukan molekul air. Percantuman ini akan menghasilkan rantaian peptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dengan mempunyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.

Antara lain fungsi protein ialah sumber tenaga yang penting , juga merupakan komponen utama tulang, jaringan dan cairan tubuh termasuk darah. Selain itu berperanan dalam fungsi biologi tubuh spt membentuk struktur protein, memindah atau mengubah protein, membuat molekul enzim dan menjadi reseptor hormon.

Memandangkan badan kita memerlukan protein, vitamin, mineral, dan kalori dalam membantu menambahkan berat badan, dicadangkan produk SHAKLEE berikut dijadikan makanan tambahan sebagai alternatif untuk berat ideal...insya allah..


1. MEAL SHAKES



  • Merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia juga menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shake Shaklee ini mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang perlu atau tidak perlu.

2. SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP)





ESP Merupakan Protein Bukan GMO Yang Lengkap Dengan Semua Asid Amino Perlu

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein yang terbaik dan menyediakan 14g protein soya bukan GMO yang berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.Berbanding protein dari sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.

Shaklee ESP:-
  • menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana sumber tenaga yang konsisten.
  • membantu mengurangkan kolestrol.
  • mengandungi 5 vitamin B yang penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid. 

3. VITA-LEA


Multi Vitamin & Multi Mineral

Multi yang HEBAT - suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu di beli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral yang penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:-
  • membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel merah.
**Produk ini menganndungi alfafa (Medicago Sativa) yang mana pengidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

4. B-COMPLEX

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Bertindak mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan

*********************************************

Sempena bulan promosi Mealshake, anda boleh dapatkan vitamin yang diperlukan untuk tambah berat badan dengan HARGA MENJUNAM. Hanya dapatkan bersama Mealshake sahaja.

xoxo:-
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
FB Fan Page HayatiVitamiz
Facebook yat hayati
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...