Sunday, 7 July 2013

Cyst ~ Kenali Jenis-jenisnya

CYST?????...dengar je nama tu semua orang akan membayangkan itu adalah satu penyakit yang bahaya. Tidak semua orang tahu apa sebenarnya cyst tapi sekarang ini ramai yang sebenarnya menghadapi masalah ini. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, zaman mak-mak kita kan... cyst ni jarang sangat dihadapi oleh mereka. Mungkin disebabkan oleh persekitaran dan cara pemakanan kita pada zaman serba canggih ini..betul x??? hehehhe



Cyst sebenarnya ada beberapa jenis. Ada yang perlu dibedah dan tidak perlu dibedah. Bila sebut je cyst semua bingung tentang jenis jenis cyst dalam kilang ovary seseorang perempuan. Mana satu yang bahaya, malignant (jenis kanser), benign (bukan kanser), yang merosakkan benih dan peranakan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst). Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari kitaaa . Kita maknanya seorang perempuan. Perempuan ade kan kilang ovari.. Lelaki mana ada kan???hihihih

Anda tahu tak kenapa ia dinamakan cyst? Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary dan  tumbuhan ini mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia bolih disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan lain-lain.

Jenis-jenis Cyst 

Disebabkan ramai lagi yang masih tidak tahu tentang cyst yang ada pelbagai jenis ni, meh sini yat kongsi dengan anda ye..Daripada anda semua dok bagi respond "muka terkejut" setiap kali dengar cerita tentang kawan atau saudara anda mengalami cyst. Jadi, jom tambah ilmu sedikit tentang cyst. Ini pun hasil google yat kat SINI.
 
Jenis-jenis cyst
  • Serous Cystadenoma of ovary - kandungan nya air - cyst ini besar , macam hamil 9 bulan.
    Banyaknya air dalam karung cyst adalah seperti gambar diatas.
  • Follicular cyst - mengandungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.
  • Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.
  • Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.  
  • Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas
  • Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim. Perlu bedah.
  • Dermoid cyst ovary atau terratoma - cyst mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah.
Ini sedikit info yang yat dapat kongsikan bersama anda di entry kali ni. Dan next entry nanti yat akan berkongsi lagi dengan anda tentang 'adik beradik' cyst iaitu FIBROID.

*****************************************
love: yat mama dasuki

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...