Thursday, 25 July 2013

Dasuki Sembelit...Fruit Smoothies Alternatif Mama

Entry kali ni yat nak share pengalaman menghadapi anak sembelit. Actually, Dasuki tak pernah ada masalah penghadaman sejak kecil. Lately ni je yang timbul. Mgkin sebab die da besar dan berkawan ramai, so dia nak try something new which is tak sesuai dengan perut dia..Agaknya laaa..sebab, masa yat kerja (office hour) dia duduk dengan mama BS..so, pemakanan tu yat kasi laa BS pantau..bukan serahkan bolat2 tau..hehehe

yat pernah share di entry sebelum ni pasal sembelit..tanda-tanda atau gejala-gejal sembelit kepada kanak-kanak dan juga supplement Shaklee yang sesuai untuk mereka. 

Macam Dasuki, yat memang menjadikan Mealshake sebagai makanan tambahan wajib untuk dia selain Chewable Vit C 100mg dan Omega Guard. Sebenarnya, vitamin-vitamin ni semua bukan ubat yang mana akan tidak memungkinkan Dasuki kena sembelit or demam. Vitamin-Vitamin ini hanyalah makanan tambahan yang mengisi lompong keperluan nutrisi yang sepatutnya diterima oleh badan.

Jadi, bila teruna manja yat ni kena masalah sembelit, memang merisaukan. Perut kembung and macam membengkak. Najis cuma keluar sikit-sikit, itupun bersama dengan angin. Dan yang paling kesian, dia tak boleh tidur malam, tak nak makan, tak boleh membuang dan nampak tidak sihat. Tiap-tiap malam akan merengek. Nasib baik en.suami membantu. Di bulan puasa ni kan, yat as a mom nak jaga Dasuki lagi and nak bangun masak sahur lagi..memang meletihkan. But, yat bertuah..en.suami yang jagakan Dasuki..Sapukan minyak angin..tukar pampers..heheheh

Hari ni, yat bawa dasuki jumpa doctor kat Klinik Panel papa dia. And doctor cakap, perut die banyak angin dan memang mengeras. So doc ada kasi 2 jenis ubat.. (later yat upload gambar ye). Satu untuk angin dan satu untuk tujuan membuang (mcm julap kot..hihihi)...ANDDDDD...cuba teka?? yat nak bagi ke tak nak??? As a mom yat berbelah bagi nak kasi dia..tapi doc pesan, its ok..just bagi ikut sukatan yang diberi dan kalau dia dah ok penghadaman, STOP it.. ubat ni cuma nak membantu dia. Lagi elok kalau dia membuang naturally..kan?? Lega laa mama ni...heheheh

So, sejak pagi tadi dalam kepala dok fikir apa laaa alternatif yang yat boleh bagi kat dasuki selain Shaklee. Bukan yat kata Shaklee tak membantu tau, tapi ini alternatif dalam memberi dia diet yang seimbang. Then, I decided to make him fruit smoothies with Mealshake. Hopefully he like it. Dan acara menggodek Mr.Google pun bermula...heheheh..Finally, I got it....(credit SINI)


Manfaat Kesihatan daripada Smoothie

Membuat smoothie setiap pagi sebagai sebahagian daripada rutin harian mungkin dapat menjimatkan masa dan wang anda kerana ia hanya mengambil masa 10 minit. Smoothie memberi anda lebih banyak serat dan nutrien daripada jus yang dibeli di dalam kotak.Penuh dengan vitamin, anti-oksidan, dan fiber.


Buat Setiap Hari

Menjadikan minuman smoothie rutin harian. Sediakan 10-20 minit setiap pagi sebelum ke kelas. Apabila anda menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dicadangkan, anda akan mendapat tenaga secukupnya sehingga makan tengah hari. Seterusnya, kandungan air yang tinggi dan kandungan nutrien akan memastikan anda terhidrat dan menyediakan anda dalam keadaan segar sepanjang hari.


Lebih Baik Daripada Multi-Vitamin

Walaupun kebanyakan orang mungkin berfikir, "multi-vitamin" sudah cukup dan tidak memerlukan buah-buahan atau sayuran segar. Tetapi jika anda membaca melalui laporan yang diterbitkan oleh American College of Physicians dalam Annals Internal Medicine, apa-apa jenis tablet pelbagai vitamin masih belum ditunjukkan dan meyakinkan berkesan. Dasarnya, cara yang terbaik adalah dengan mendapatkan nutrisi daripada makanan, dan dengan meminum smoothie setiap hari anda!


Mencapai Prestasi Optimum

Memakan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran dalam smoothie setiap hari akan melakukan beberapa perkara untuk anda:
  • Jimat wang anda dan masa
  • Pastikan anda benar-benar terhidrat pada awal hari
  • Menyediakan anda dengan spektrum penuh vitamin semulajadi nutrien, bioavailable, dan antioksidan
  • Beri anda banyak serat semula jadi untuk memastikan penghadaman yang bagus
  • Membantu memperkasakan sistem imun anda untuk melindungi anda daripada penyakit
Jadi yat decide nak mulakan dengan  Smoothie vanila kurma bersama Mealshake.. sebabnya..ni kan bulan Ramadhan..banyak sangat kurma kt umah..xtahu nak buat apa..May b mama n papa boleh try  Smoothie vanila kurma with ESP... sounds menyelerakan..eheheheh
 Contoh resepi Smoothies Vanila Kurma (sumber mr.google)

Nak resepi smoothies, bole tengok kat SINI dan SINI...yat tengok gambar pon da kecur air liur..heheheh...
*************************************
Selamat mencuba kawan-kawan.. Seorang mama akan buat apa saja untuk kesihatan anak kan??? So, hargailah ibu anda selagi anda memiliki WANITA yang bergelar IBU...

notakaki: gambar smoothies yat akan kongsikan ye bila da buatnye..hehehhe

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...