Wednesday, 17 July 2013

Dhuha : Rahsia Rezeki Melimpah, Halal dan Berkat

Selamat tengahari.... hari ke lapan berpuasa di tahun 1434H.. sesungguhnya Ramadhan kali ini rasa lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. Berpuasa bersama en. suami dan 2 years old son yang makin petah bercakap..terasa nikmatnye berpuasa sebagai isteri dan mama..hehehe

Sebenarnya, yat nk kongsi satu habit ataupun amalan yang yat rasa makin melekat dan in sha allah akan terus melekat bersama yat sehingga bila-bila. Amalan yang semua orang tahu tetapi jarang sekali yang memilih untuk melaksanakannya walaupun hanya 2 rakaat.

Alahamdulillah, yat berjaya..dalam erti kata lain setelah berdoa dan memohon semoga Allah tunjukan jalan yang lurus. Dan yat telah rasa nikmatnya. itu sebabnye yat nk kongsi dengan anda semua.. dengan kawan-kawan.. ilmu yang baik, tidak rugi kalau dihebahkan. Sebenarnya, yat ambil masa juga untuk berkongsi ni..takut orang fikir riak..tp niat yat ikhlas..hanya ingin berkongsi...


Dhuha..Solat Dhuha..itu yag yat cuba kongsikan sebenarnya. Solat dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan saat matahari terbit hingga terasa panas sebelum solat Dzuhur atau solat sunat yang di kerjakan di waktu pagi hari dari sekitar pukul tujuh sampai dengan pukul sebelas.

Kenali Dhuha

Sebagai umat islam tentu kita harus tahu cara melaksanakan solat dhuha, cara mengerjakan solat dhuha ini kami ambilkan dari berbagai sumber yang mungkin bermanfaat untuk tatapan anda yang belum mengetahui atau yang belum lengkap mengenai  pelaksanaan solat dhuha, tata cara dibawah ini mungkin boleh membantu anda untuk beristiqomah dalam melaksanakan solat sunnah dhuha :
  • Solat Dhuha waktunya : sejak terbit matahari sampai dengan akan masuknya matahari di titik atau sekitar pukul 07.00 s/d 11.00 bbwi.
  • Solat Dhuha pelaksanaannya : dilaksanakan dua raka’at sekali salam
  • jumlah roka’at Solat Dhuha : paling sedikit 2 raka’at dan paling banyak 12 raka’at
  • niat Solat Dhuha : baca dalam hati usholli sunnatadh dhuha rok’ataini lil laahi ta’aalaa
  • bacaan surat Solat Dhuha : s.asy - syamsu dan. s.adl - dhuha atau surat apapun yang kita pahami
  • hikmah Solat Dhuha : diampuni kesalahan & dosanya, dilapangakan usaha - rezekinya, dimantapkan iman dan takwanya.
(sumber: DI SINI)

Antara rahsia jutawan Islam adalah solat Dhuha. Dalam sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:

"Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha"

(Riwayat Abu Dzar) 
Antara nikmat solat sunat Dhuha pula:

1. Tidak termasuk golongan yang lalai.

2. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan.

3. Diperkenankan doa selepas solat sunat Dhuha.

4. Dimurahkan rezeki.

5. Dipelihara oleh Allah S.W.T

6. Dihapuskan dosa.
p/s: Simpan kalau perlu untuk dijadikan wallpaper laptop anda...hehehe..mcm yat, copy 1 then letak dalam surau ofis dan bilik sembahyang kt rumah..dakwah kecil secara halus kot..heehhe. Semoga Tuhan senantiasa menjaga niat kita semua untuk mendirikan solat dhuha. aamiin... dan, hanya yang mengamalkannya sahaja yang mengetahui NIKMAT dan IMPAKNYA terhadap kehidupan kita..

*******************************************
yat mama dasuki..mencari keredhaan Illahi


No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...