Sunday, 14 July 2013

Keperluan Protein oleh Tubuh Badan dan Kenapa ESP tidak digalakkan Melebihi 3 Sudu

Protein merupakan salah satu makro-nutrient yang penting sebagai binaan asas tubuh badan selain lemak dan karbohidrat. Antara makanan yang mengandungi protein ialah ikan, telur, daging, ayam, tenusu, kekacang dan banyak lagi.

Sebenarnya, sumber protein adalah keperluan harian yang sangat penting untu tubuh badan kita. Walaupun dalam proses untuk turunkan berat badan. Jika kekurangan sumber protein dalam badan, kemungkinan akibat yang diterima badan adalah teruk.

Kesan kekurangan protein

Berikut antara penyakit yang akan menjengah sekiranya keperluan protein adalah sangat rendah:-
  • anemia
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati
  • ulser peptik
  • penglihatan kurang baik
  • kolestrol yang tinggi
  • gula dalam darah rendah(hipoglisemia)
  • tekanan darah rendah
  • saraf tidak stabil
  • kurang daya penyembuhan luka
  • kurang rintangan terhadap penyakit
  • kelesuan
  • kelemahan
  • retensi air
  • kerencatan akal dalam kanak-kanak
Jadi, kita perlu cukupkan keperluan protein untuk tubuh badan kita bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini menjengah tubuh kita.

Keperluan harian protein

Secara asasnya, keperluan harian protein adalah berlainan bagi setiap individu kerana ianya dipengaruhi oleh faktor umur.
  • Bayi memerlukan kira-kira 10 gram sehari.
  • Remaja lelaki memerlukan sehingga 52 gram sehari.
  • Remaja perempuan memerlukan 46 gram sehari.
  • Lelaki dewasa memerlukan kira-kira 56 gram sehari.
  • Wanita dewasa memerlukan kira-kira 46 gram sehari.
Lain pula pengesyoran bagi wanita hamil atau menyusu. Pengambilan yang disyorkan untuk mereka meningkat kepada 71 gram protein sehari.

Satu lagi cara untuk melihat keperluan protein adalah sebagai peratusan daripada kalori. Institute of Medicine mengesyorkan kita mendapatkan sekurang-kurangnya 10% dan tidak lebih daripada 35% kalori daripada protein.

Kebanyakan orang mendapat protein yang mencukupi daripada makanan harian, tetapi sesetengah mungkin melakukan dengan lebih baik apabila menambah sumber protein daripada pemakanan sampingan yang diambil.

Data daripada National Health and Nutrition Examination Survey menunjukkan bahawa 7.7% daripada remaja perempuan dan kira-kira 8% daripada wanita dewasa yang lebih tua tidak mendapat jumlah minimum protein yang disyorkan.

Sebagai sebahagian daripada jumlah kalori, pengambilan median protein pada kanak-kanak adalah 13.4%, di bawah julat yang ideal. Lelaki berumur 51 sehingga 70 mengambil 16% daripada kalori mereka dalam protein, juga sedikit di bawah jumlah yang disarankan. (sumber SINI)

Kenapa protein penting?

Ini kerana protein terlampau banyak fungsinya dalam tubuh kita. Antaranya:-
  • Tubuh kita terdiri dari protin
  • Tulang, kulit, rambut, otot, oran diperbuat dari protin
  • Plasma, anti bodi, enzim, hormon terbentuk dengannya
  • Hemoglobin yang mengangkut oksigen ke sel, sebahagian darinya adalah protein.
  • Berbilion sel bergantung pada protein untuk menjalankan fungsinya.
Kajian terbaru menunjukkan bahawa protein membuat hidangan yang lebih memuaskan, yang seterusnya boleh membantu orang ramai mengekalkan berat badan yang sihat. Malah, kajian 2005 yang disiarkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa meningkatkan protein dari 15% kepada 30% daripada jumlah kalori - dan mengurangkan lemak daripada 35% kepada 20% daripada kalori - mengakibatkan penurunan berat badan yang berterusan.

Apa kaitan pula dengan ESP yang tidak di galakkan melebihi 3 sudu?

Keperluan protein untuk tubuh adalah bergantung kepada umur dan setiap peringkat umur telah ada pengambilan yang disyorkan dan ESP pula merupakan sumber protein daripada soya yang tidak diubah secara genetik (NON-GMO soy protein). Jadi pengambilan ESP perlu dihubungkait dengan keperluan protein oleh badan. Walaubagaimanapun, keperluan protein adalah lebih untuk orang yang bekerja keras, ibu menyusu, tekanan persekitaran, trauma kecederaan dan sebagainya.


Selain itu, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa soya mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun pro-soya mengeluarkan kenyataan bahawa isoflavones (estrogen yang terdapat dalam soya) adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah, menurut pro-soya, isoflavones bila bertindakbalas dengan estradiol, ia menjadi sejenis bahan yang boleh mencegah kanser.

Kajian juga menunjukkan bahawa di dalam soya terkandung phytochemical yang boleh menurunkan paras kolesterol, membantutkan pembesaran sel kanser dan mencegah osteoporosis. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa elemen di dalam soya yang masih belum dapat dipastikan kesannya terhadap hormon, maka pengambilan soya seharusnya dibataskan kepada amaun tertentu.

Setiap penyediaan ESP mengandungi hanya 14.0g protein sahaja. Berdasarkan Nutritionist, protein ESP adalah sangat bagus penyerapannya, cuma pengesyoran 3 sudu maximum adalah untuk tidak membebankan buah pinggang dalam memproses protein tersebut dan risiko pada masa hadapan.

**************************************************

Anda yang ingin kulit cantik, gebu dan flawless masa raya nanti, boleh cuba dan amalkan secara konsisten...in sha allah, hasil menjelang raya nanti akan superb...hehhehe...yat cakap berdasarkan pengalaman tau...selepas 6 bulan secara konsisten, pergi kerja very natural beauty..tiada lagi make up n compact powder..cuma pelembab, blusher dan lipstick..then..lets go to work....heheehh

Yang peting, hubungi yat..xkisah laaa untuk poskan atau untuk COD...sekitar Klang, Shah Alam, dan Putra Height je tau..dan harga..pasti anda TIDAK MENYESAL..malah TAK PERCAYA!!!!!!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...