Friday, 19 July 2013

Khasiat Kacang Bendi

Kacang bendi ataupun kalau nak lagi international..sebutanya, Lady Fingers...heheheh..kalo kelantaness, sebutanya "kace miow"...ntah betul ke tak ejaan tu..heheheh

Itu adalah antara kekacang hijau yang menjadi peberet yat..padahal yat ni sebenarnya memilih dalam memakan sayur-sayuran. Bukan semua boleh masuk tekak..heheeh..itu sebabnya yat kena amik makanan tambahan lain dan alhamdulillah, diketemukan dengan Shaklee..so, orang yang tak makan sayur sangat macam yat ni pun tetap boleh ada cukup nutrisi..heheeh

Jom cerita pasal sayur kesukaan yat ni..tapi bukan laa kegemaran hubby..nak buat mcmana kan?? Sebab yat kan chef kat umah..so, hubby kena laa terima n telan jugak..hihihi
Bulan puasa ni da banyak kali jugak laaa masak bendi ni..singgang tongkol masuk bendi, masak asam pedas ayam pun masukkan bendi...apa lagi kalau goreng kicap bendi dengan ikan bilissss..aduhhhhh..sodaaaaappppp!!!!

Sebenarnya, disebalik kenapa yat suka bendi ni pun ada laa sebabnya. Mestilah khasiatnya yang membuatkan yat tertarik tu. 

Kenali kandungan bendi

Buah Bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium.

Dari daun hingga ke biji penuh fungsinya

  • Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. 
  • Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. 
  • Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
  • Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
  • Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. 
  • Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Lagi Khasiat Bendi

  1. Mencuci hati.
  2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  4. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
  7. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  8. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  9. Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  10. Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
Banyak kan khasiatnya..pada yang tak berapa suka bendi ni, boleh laa cuba2 makan..bukan sebab suka-suka yat suruh cuba, tapi more kepada khasiat bendi tu sendiri. tak salah kan untuk makan sesuatu yang memberi impak yang baik pada kita. Betul tak???

Kalau tak nak makan bendi, apa kata makan laa makanan tambahan a.k.a vitamins a.k.a supplements..heheheh.. 

Sesuatu yang bermanfaat pastinya menjadi kesuakaan dan rebuatan ramai..betul kan???

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...