Sunday, 7 July 2013

Ovarian Cyst antara Kerisauan Wanita

Entry sebelum ni yat ada kongsi pasal cyst secara general. Tapi kali ni yat nak share pula tentang cyst juga tapi OVARIAN CYST. Ovarian cyst ni kadangkala menjadi igauan buruk bagi sesetengah wanita lagi-lagi pada mereka yang telah lama berkahwin tapi tidak dikurnikan rezeki anak dan salah satu punca mungkin masalah cyst ovari ini.



Ovarian cyst biasanya dihadapi oleh wanita muda dan kebanyakan daripada mereka hanya tahu setelah menjalani pemeriksaan ultrasound abdomen dan pelvic secara rutin kerana menghadapi masalah kesuburan.

Ovarian cyst merupakan kantung yang mengandungi cecair yang berada didalam kilang telur. Cecair ini boleh menjadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian cyst bukan bersifat penyakit

Bagi wanita yang normal, organ ovari akan membentuk gelembung setiap kali kitaran haid dan dinamakan ovarian follikel. Ia mengandungi ovum dan sekiranya ovum dikeluarkan. follikel tersebut akan mengecut, tetapi ada juga sebahagian terus membesar sehingga melebihi 2cm. Dan itu la yang dinamakan Ovarian Cyst.

Ovarian cyst terdapat pada semua wanita yang mempunyai ovari terutama pada usia subur. 95% adalah ovarian benign iaitu yang tidak merbahaya yang mana bersifat semulajadi bagi fisologi wanita. Walaupun ia tidak merbahaya, tetapi kadangkala ia memberi kemudaratan kepada pesakit seperti mengalami sakit bahagian bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, rasa letih, masalah kesuburan dan sakit kepala.

Antara tanda-tanda lain kewujudan ovarian cyst ini ialah:-
  • Banyak kali ‘cyst’ dan ‘tumour’ pada kilang ovari dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai.
  • Gangguan dalam pusingan haid saperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan.
  • Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.
  • Sakit senggugut, sakit waktu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.
  • Perut membesar tanpa hamil.
  • Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)
  • Gangguan kencing atau air besar.
  • Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.

Perlukah pembedahan dilakukan????

Tidak semua ovarian cyst kena dibuang melalui pembedahan. Pembedahan hanya akan dilakukan dengan tiga tujuan:-
  1. Biopsy - jika doktor mengesyaki ianya adalah kanser, maka sedikit tisu akan diambil untuk ujian bagi menetukan ianya kanser ataupun bukan.
  2. Membuang ovarian cyst - ini jika ia mendatangkan kesakitan yang yang teruk kepada pesakit ( sakit perut, ketidaturan haid etc) ataupun jika saiznye melebihi 5cm kerana bimbang akan kesan-kesan yang tidak elok.
  3. Pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari - sekiranya ia telah disahkan sebagai kanser ovari.
Bagi ovarian cancer memang wajib untuk melakukan pembedahan tetapi bagi ovarian cyst, pihak doktor akan menimbangkan risiko dan kebaikan untuk melakukan pembedahan. Antaranya pertimbangan tersebut adalah:-
  • Ovarian cyst berlaku dikedua belah ovari
  • Ovarian cyst telah melebihi saiz 5cm atau 3inci
  • Saiz ovarian cyst tidak mengecil walaupun selepas 2-3 kali kitaran haid
  • Ultrasound bukan menunjukan ovarian cyst yang jenis biasa.
  • Pesakit mempunya ovarian cyst disamping tidak mengalami haid langsung, remaja, wanita telah menopause, serta perempuang yang mengambil pil perancang.
Walaupun sekiranya anda mengalami ovarian cyst dan memenuhi kriteria di atas, tidak semestinya anda perlu dibedah. Ini bergantung kepada doktor yang merawat anda. Berbincanglah dengan doktor dan dia akan menimbang kebaikan da keburukan untuk melakukan pembedahan tersebut.

Adakah ovarian cyst boleh berulang???

Ovarian cyst yang terbentuk boleh dibuang dengan melakukan pembedahan tanpa mencederakan ovari. Teknik ini dinamakan cystectomy, yang bermakna mengeluarkan cyst sahaja daripada ovari dan oavari dikekalkan untuk kesuburan wanita.
Namun begitu, ovarian cyst yang baru boleh muncul lagi walaupun yang lama telah dibuang. Ianya boleh tumbuh ditempat yang sama ataupun di ovari sebelah satu lagi walaupun pembedahan cystectomy telah dilakukan.

Sekiranya anda sebagai wanita yang telah lengkap keluarganya dan telah mengalami fasa menopause, kebiasaanya doktor akan mencadangkan keseluruhan ovari dibuang. (Sumber DISINI)

Kepada anda semua yang mengalami cyst, minta nasihat dan pandangan doktor anda sebelum melakukan pembedahan. Kepada yang ingin cuba supplement sebagai rawatan alternatif, anda disarankan untuk mengambil GLA Complex Shaklee.

Anda berminat untuk dapatkan Gla Complex Shaklee ini...lagi-lagi dengan HARGA PROMOSI walaupn hanya BELI 1?? boleh hubungi yat. Yang pasti HARGA BERPATUTAN dan MAMPU MILIK. Anda pasti sukakannya..nak COD pun boleh..jimat duit pos..heheh

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com 

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...