Friday, 12 July 2013

Puasa dengan Ceria Tanpa Gastrik

Salam semua....

Macamana puasa?? Hari ni dah hari kedua puasa..so da ada yang pancit ke?? pancit disebabkan kesihatan laa...hehehe..maklum laa setiap kali puasa ramai yang mengadu tidak boleh puasa penuh disebabkan gastrik.



Gastrik adalah penyakit yang menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. 
Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat.


Apakah punca gastrik?

Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan. Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.

Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.


Siapa yang berisiko kena gastrik?


Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah) 
  • Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
  • Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
  • Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Simptom-simptom gastrik

  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
  • Mual.
  • Muntah.
  • Hilang selera dan terasa sebu.
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.
  • Hilang berat badan.
  • Pedih ulu hati. 

Tips mengawal gastrik

  • Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.
  • Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut.
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan.
  • Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
  • Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
  • Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
  • Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
  • Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
  • Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
  • Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit.

Nak mengatasi gastrik dengan Shaklee?? Bole ke?? Alahaaaiii..cuba dulu baru tahu.. Di Shaklee kami ada menyediakan anda vitamin yang sesuai dengan masalah gastrik ni. 

Energizing Soy Protein (ESP) - ESP ni ibarat macam 'susu tepung' tau..tapi sebenarnya ia adalah NON-GMO soy protein yang sangat sesuai diminum oleh penghidap gastrik. Orang gastrik sebenarnye tak boleh lapar kan?? SO, ESP ni salah satu fungsinya adalah memberi rasa kenyang dan bertenaga. Dan juga bersifat susu yangmana susu adalah beralkali dan boleh mengurangkan keasidan perut.

Ostematrix - Lebih dikenali sebagai Kalsium Shaklee. Kenapa pesakit gastri disarankan minum susu??? Sebabnya kalsium adalah bersifat alkali dan membantu dalam memastikan keseimbangan pH tubuh. Jadi, sumber kalsium juga membantu memperbaiki hyperactivity perut dan gastrik.


B Complex - B complex merupakan vitamin yang mengandungi pelbagai jenis vitamin B yang membantu mengelakkan stress atau tekanan emosi ketika sakit menyerang.


Peppermint Ginger Plus - halia dan herba asli pudina merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dalam melegakan senak perut.




Anda yang ingin sihat daripada gastrik dan menikmati puasa dengan ceria..anda sangat-sangat di sarankan untuk mengambil vitamin-vitamin ini. Jangan risau pasal HARGA...just SMS / Whats App yat, pasti sesuatu menanti anda...apakah HARGA JIMAT??? hehehehe

Untuk konsltasi dan juga details pasal vits ni, jangan segan-segan nak SMS or Whats App yat ye. In Sha Allah, bagi yang di kawasan Pelabuhan Klang, Klang, Shah Alam dan Saujana Putra anda boleh dapatkan vits ni secara 'Cash On Delivery' (COD). Tapi bagi anda yang lokasinya berjauhan dengan yat, jangna bimbang yeee... Pengeposan akan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran dan in sha allah akan sampai pada anda dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja.

Okehhh!!!! So, jangan risau yeee...Pos Malaysia kan ada..penghantaran seluruh Malaysia kan???hehehe...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...