Tuesday, 2 July 2013

Punca Haid @ Period Tidak Teratur

Pernahkah anda mengalami masalah period lambat dan anda excited yang anda hamil???? Kadang-kadang, itu sebenarnya bukan petanda anda menerima berita gembira tetapi masalah period anda yang telah terganggu. Kalau period tidak teratur, bagaimana kita ingin mendapatkan zuriat??

Tahukah anda apakah yang menjadi punca yang menjadikan haid anda tidak teratur?? Adakah hanya disebabkan oleh hormon?? Ataupun dipengaruhi oleh faktor-faktor lain??? yat ada sedikit info untuk dikongsi bersama anda..

Punca-punca haid tidak teratur

[✔] Penggunaan Ubat-ubatan
Sekiranya anda mengamalkan ubatan tradisional seperti jamu atau herba, berkemungkinan ubatan tersebut akan mempengaruhi kitaran haid anda.

[✔] Berlebihan Hormon Prolaktin
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat atau tidak datang selama berbulan-bulan. Masalah gangguan hormon seperti ini dapat diatasi dengan pengambilan GLA Shaklee

[✔] Menyusukan anak
Sekiranya anda menyusukan anak, kemungkinan besar haid anda tidak akan datang sehinggalah satu tempoh atau hari yang sepatutnya.

[✔] Masalah tiroid
Rasa panas, berdebar-debar dan kekurangan berat badan secara mendadak adalah tanda bahawa anda mungkin mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

[✔] Kegemukan Lebihan lemak dalam badan boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon dalam badan kerana lemak merupakan tempat simpanan hormon estrogen. Lebihan hormon estrogen akan menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Sekiranya anda mengurangkan 10% daripada berat badan anda, peluang anda untuk hamil akan meningkat.

[✔] Terlalu kurus
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadap kitaran haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak bersenam seperti atlit dan penari balet. Kitaran haid anda akan kembali teratur sekiranya anda mendapat berat badan yang ideal.

[✔] Tersilap tarikh haid yang terakhir
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Pastikan anda mencatat hari pertama haid anda pada setiap bulan sebagai rujukan.

[✔] Menopaus
Bagi mereka yang berusia lewat 40an, haid yang sedikit & kekerapan yang kurang adalah petanda bahawa anda akan mengalami menopos.. Sekiranya anda bimbang, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear bagi memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

[✔] Perancang keluarga
Sekiranya anda mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi maka kitaran haid anda akan terganggu.

[✔] Hamil
Akhir sekali, mungkin haid anda lewat kerana anda mengandung. Tahniah!

Yang terakhir tu baru betul heeehee...anda mengalami masalah di atas.. GLA Shaklee adalah antara penyelesesaiannya..DAPATKAN HARI INI DENGAN HARGA MURAH sempena promosi bulan JULAI 2013!!!! hubungi yat tauuuuuuuuuuuuuuuu.....................

************************************
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157 
Email: yat_1916@yahoo.com 

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...