Tuesday, 27 August 2013

Multivitamin untuk Kehamilan

Perlukah Saya Mengambil Multivitamin untuk Kehamilan?





Selagi kehamilan anda sihat, cuma satu sahaja vitamin yang anda perlu ambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.

Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen bagi mendapatkan vitamin dan mineral lain yang diperlukan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan anda memakan pelbagai makanan yang sihat. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang anda dan bayi anda perlukan.

Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran, samada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
  • Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
  • Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.

Produk tenusu, seperti juga ikan laut dan garam laut adalah sumber iodin yang baik. Anda memerlukan banyak iodin dalam diet anda untuk membantu perkembangan otak bayi.

Anda juga boleh gunakan pelan hidangan harian kami, yang disediakan khas oleh pakar nutrisi kami untuk membantu anda mendapatkan nutrien yang sesuai mengikut masa.

Cuba elakkan daripada makan terlalu banyak makanan berlemak atau manis dan minuman manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang anda perlukan.

Realitinya, memanglah kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jika anda tidak boleh makan banyak kerana loya atau sibuk di tempat kerja, atau jika anda seorang bakal ibu yang masih muda, suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrien yang diperlukan.


Apakah sepatutnya kandungan sesuatu suplemen pranatal itu?

Kebanyakan multivitamin kehamilan memberi anda 100 peratus jumlah kesemua vitamin dan kebanyakan mineral yang penting yang sepatutnya anda ambil setiap hari.

Jangan ambil lebih daripada dos yang dicadangkan, iaitu biasanya sebiji sehari. Pengambilan vitamin tertentu pada dos yang berlebihan boleh memudaratkan anda dan bayi.

Multivitamin kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, yang mana jika diambil pada dos yang tinggi boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Jika ia mengandungi vitamin A sekalipun, ia adalah daripada sumber tumbuhan. Ini dipanggil betakarotin dan ia selamat untuk bayi.

Jika anda memilih untuk mengambil multivitamin dan suplemen mineral harian semasa hamil, pastikan ia mengandungi vitamin-vitamin yang penting kepada kehamilan.

Anda harus ambil 400mcg asid folik setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Walaupun jika anda tidak mengambil multivitamin, ambillah suplemen yang satu ini semasa trimester pertama.

Selain mengambil asid folik, anda juga harus makan banyak makanan yang mengandungi folat, iaitu asid folik dalam bentuk semula jadi. Folat terkandung dalam sayur-sayuran hijau dan kekacang. Banyak roti dan bijirin sarapan juga ditambah dengan asid folik.

Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Dalam beberapa kes, dos asid folik yang tinggi adalah disyorkan. Jika anda sudahpun mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural, atau jika anda mengambil ubat-ubat tertentu, beritahulah doktor anda. Beliau boleh memberikan dos yang lebih tinggi kepada anda.


Apakah suplemen lain yang saya mungkin perlu semasa hamil?

Anda akan menjalani ujian darah semasa hamil, yang mana akan menunjukkan samada kandungan zat besi anda mencukupi atau tidak. Jika doktor mendapati kandungan zat besi anda terlalu rendah (anemia), beliau mungkin memberikan suplemen zat besi.

Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.

Badan anda akan membantu anda mendapatkan lebih zat besi yang diperlukan. Ia membuat penyesuaian untuk membantu anda menyerap lebih zat besi daripada makanan semasa anda hamil. Oleh itu, cubalah makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging dan kekacang.


Di manakah saya boleh mendapatkan multivitamin pranatal?

Anda boleh membeli suplemen pranatal di farmasi, pasar raya dan kedai dalam talian. Doktor anda akan mengesyorkan suplemen kepada anda jika beliau berpendapat anda memerlukannya atas sebab-sebab kesihatan. Selain itu, anda boleh berjimat dengan membeli suplemen jenama sendiri (jenama yang dikeluarkan oleh pasar raya atau kedai itu sendiri). Ramai doktor dan bidan yang setuju bahawa jenama sendiri berkesan, sama dengan jenama terkenal.

Sebelum membeli suplemen pranatal, baca labelnya dan pastikan anda faham apa kandungan setiap suplemen itu.
Sumber
 
*********************************************
 
Anda ingin hamil bersama supplement Shaklee?? Ramai yang sudah melahirkan baby Shaklee...hehehe...in sha allah, yat pun pasti 'join' diorg..melahirkan baby shaklee...

Ceriakan perjalanan kehamilan anda dengan Shaklee.. Pasti seronok dan mengujakan..
 
Untuk order dan details:-
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com
 

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...