Sunday, 4 August 2013

Sakit Sendi dan Vitamin Shaklee yang Sesuai

Sempena promosi Advance Joint Health Tablet ni, yat nak tambah pengetahuan berkaitan sakit sendi. Sedang google2 tu, terjumpa artikel berkaitan sakit sendi ni. Jom laa kita share..sharing is caring orang kata...hehehhe
*********************************************************

Hari Artritis Sedunia jatuh pada 12 Oktober ini. Pada hari berkenaan, mereka yang menghidapi penyakit artritis dari seluruh dunia akan bersama untuk menyuarakan sokongan terhadap usaha menentang kesakitan ini.


Arthritis merupakan penyakit degeneratif (penuaan) kronik dan berbeza dari jenis yang sederhana sehingga ke jenis yang tenat dan melemahkan.

Oleh kerana kelazimannya untuk tersebar luas dan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan, penyakit ini menyebabkan sebahagian besar jumlah pengidapnya selalu berjumpa doktor.

Artritis ditakrifkan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuklah kemerahan, kebengkakan, keempukan, kekakuan, rasa sakit dan kepanasan di kawasan terbabit.

Terdapat lebih 100 jenis artritis termasuk osteoartritis, artritis reumatoid, ankylosing spondylitis, lupus dan gout.

Artritis yang paling biasa dijumpai ialah osteoartritis (OA), berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang keras pada sendi kita, lama-kelamaan merosot. Perkataan 'Oste' atau 'Osteo' bermakna tulang dalam bahasa Yunani.

Osteoartritis

Osteoartritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, merupakan jenis artritis yang paling biasa ditemui.

Osteoartritis ialah keadaan yang sudah kronik disebabkan oleh kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung-hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi-sendi dengan senang.

Rawan yang sihat adalah amat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa sebarang kesakitan.

Tetapi apabila diserang osteoartritis, rawan itu menjadi rosak dan kemudian beransur lusuh dan haus.

Proses melusuh ini akan berterusan sehingga sedikit sahaja atau tidak ada lagi rawan yang tinggal pada sendi terbabit.

Ini menyebabkan tulang bergeser sesama tulang. Dalam keadaan yang sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi berkeriut. Kesakitan dan kekakuan yang dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoartritis yang berlanjutan.

Osteoartritis lazimnya membabitkan hanya sendi-sendi tertentu sahaja, seperti bahagian pinggang, tangan, lutut, bahagian bawah belakang dan leher.

Osteoartritis akan berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoartritis akan berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia akan berlaku lebih kerap pada wanita.

Fakta rawan

Rawan boleh dibina semula dan tumbuh semula secara semulajadi. Namun demikian, dalam penyakit osteoartritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia boleh dibina semula.

Ramai orang yang menghidapi osteoartritis tidak menyuburkan rawan mereka. Kita perlu membekalkan nutrien-nutrien perlu kepada badan agar ia dapat membina rawan-rawan yang kuat dan anjal.

Mempunyai rawan yang kuat dan anjal merupakan langkah pertama untuk mewujudkan sendi-sendi yang sihat.

Oleh itu, dengan sokongan nutrisi yang betul, para penghidap osteoartritis dapat membina dan membina semula rawan-rawan mereka yang telah menghaus dan melusuh itu.

Sokongan Nutrisi untuk Osteoartritis

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen glukosamin dan kondroitin 2-dalam-1 adalah jauh lebih berkesan untuk merawat osteoartritis yang sederhana hingga kepada yang tenat berbanding ubat anti radang yang kuat (celecoxib), malahan jika glukosamin atau kondroitin itu diambil secara berasingan sekalipun. (sumber)

Tetapi, Shaklee menyediakan vitamin yang mengandungi glukosamin tanpa kondroitin sulfat kerana kajian terkini mendapati kehadiran kondroitin sulfat menggangu penyerapan glukosamina yang senang diserap.

Jadi, tidak kisahla sekiranya anda mengambil supplement yang hanya ada glukosamin, asalkan cukup nutrisi lain yang sesuai untuk sendi.
Di Shaklee, anda boleh mendapatkan vitamin-vitamin berikut yang memenuhi nutrisi untuk sendi yang sihat:-
  • Advance Jointh Health Tablet - mengandungi : ekstrak boswelia / bebas kondroitin / formula sayu-sayuran / vitamin C / Zinc, Tembaga & Mangan
  • Ostematrix - mengandungi : Kalsium / Magnesium / Vitamin D / Boron / Zinc, Tembaga & Mangan
  • Omega Guard - mengandungi : Omega 3 / DHA / EPA

 

Petua Kesihatan untuk Penderita Osteoarthritis

  • Kegiatan fizikal akan mewujudkan keanjalan sendi dan mengekalkan serta memperbaiki kekuatan otot.
  • Kawalan berat badan adalah penting untuk mencegah dan juga untuk memperlahankan kemaraan dan perkembangan OA yang menjejaskan sendi akibat memikul beban berat badan (lutut dan pinggang) dan bahagian bawah belakang.
  • Kehilangan berat badan hanya sebanyak 15 paun sahaja boleh mengurangkan separuh sakit lutut bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan menghidapi artritis.
  • Suplemen diet seperti glukosamin telah terbukti dalam beberapa kajian OA lutut dapat melegakan sakit-sakit dan memperbaiki fungsi sendi dalam kes-kes OA yang tenat.
  • Untuk mendapat manfaat yang lebih tinggi bagi kelegaan sakit sendi, ambil glukosamin sebagai makanan tambahan dalam diet harian anda.
*************************************
xoxo:-
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
FB Fan Page HayatiVitamiz
Facebook yat hayati
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...