Sunday, 29 September 2013

Fenomena or Tsunami Shaklee ni????

Assalam semua... :-)

Semalam hari minggu terakhir di minggu closing.. Hari minggu yang bizy bagi yat sebagai SID..dan mungkin orang lain juga kot... Hari ni laa nk buat mcm-mcm untuk grup Shaklee yang tengah berkembang.. Kalau nak tunggu sehingga hari terakhir bulan Sept ni pun boleh, tapi may be lagi havoc laa kot kt HO tu... Leader2 hebat pasti ada yang berkampung di HO tu...hehehe
 
Tengok perkembangan anak-anak Shaklee yang semakin semangat melebarkan sayap.. Hilang 'sakit berpantang' masa nak built grup dulu..and, yat seronok sebenarnya dengan anak-anak Shaklee semua..

Bertambah besar semangat yat bila tengok diorang semangat..lagi-lagi sekarang ni tsunami Shaklee telah melanda..tsunami ke??? ahhh, xkisah laa kan? heheheh..ada yang kata tsunami..ada yang kata fenomena Shaklee... memang giler hebat..serius yat cakap....

Tahun 2012. masa tu yat baru je serius biz Shaklee...xde laa sampai mcm hari ni...tapi, hari ni 4jam menunggu untuk no giliran...hebat kan?? Maksudnye, ramaiiiiiiiiiiiii sangat dah sekarang ni yang sedar akan kepentingan supplement dan ramai jugak yang dah sedar, bis bersama Shaklee ni mudah sebenarnya..bila tengok setiap sorang yang bawak 'berplastik-plastik' barang Shaklee, ternganga mulut den... kalau macam ni laa gayanya, no wonder laa ada je item Shaklee ni yang stoknye hbis cepat... macam Vit C Sustained Released & Herbalax tu...da lama da OOS kan??? tapi demand tetap ada... :-)

tu point yang yat nak cerita sebenarnya.."orang hebat akan mencuri peluang hebat ni"... bagi yat, orang yang buat biz ni adalah orang yang hebat... hebat membuat pilihan yang tepat..pasangan yang hebat pun ramai..momy and dady hebat pun ada...semua grab peluang yang Shaklee da bagi ni...
 
Betapa ramainya di HO..ank-anak pun enjoy ngn parents kt cni...


  Masa ni da almost 7pm...masih ramai lagi menanti giliran...
 
 
Sempat laa snap pic ni tadi..tapi xnak laa post byk2...hehehe..both pic ni pon da tahu mcmn sesaknya di HO setiap kali menjelang closing date... lagi2 hujung bulan mcm ni kan?? makin ramai ngn nak kan vits Shaklee ni...ye laaa affordable kn??? :-)

Jadi, anda yang kat luar sana yang masih tercari-cari Biz Part time yang x sibuk dan xde tekanan...yang boleh buat dengan enjoy...pilih laa Shaklee.. Kenapa???? SINI yat terangkan kenapa perlu pilih Shaklee..

Kalau anda seorang ibu..seorang suri rumah..atau seorang mom yang berkerjaya... anda masih boleh menjana pendapatan bersama Shaklee..PART TIME pun ok...Sebabnya.... ianya MUDAH dan SIMPLE..
  • Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop / PC sahaja!
  • Memberikan masa kerja yang fleksibel
  • Tidak perlu menyimpan stok banyak-banyak
  • Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya
  • Produk yang telah lama ada based..Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!
  • Jaringan Jutawan memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya

"waaaa...senang rupanya... nak laaa join jugak".. Bagi anda yang da buat pilihan hebat ni, nak bersama Keluarga JUTAWAN Shaklee ni senang je...Caranya:-
  • Hubungi yat untuk menyertai keluarga Shaklee Jutawan di bawah naungan Secret Group yat.
  • yat akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda.
  • Bayaran yuran keahlian sebanyak RM65 (Sila tambah RM10 ke Semenanjung @ RM20 ke Sabah dan Sarawak untuk kos pengeposan memberkit). Percuma kos pengeposan jika anda daftar terus di mana-mana cawangan Shaklee dengan menggunakan id saya iaitu 866665
  • Atau pun membeli produk Shaklee bernilai RM660 ke atas @ 200 point dan anda mendapat keahlian secara percuma 
Now..da jelas kan??? Its simple and easy...so, jangan tunggu lama-lama lagi tau..Segera bertindak dan hubungi laa yat untuk pertanyaan lanjut on how to start ur 1st step dan juga kalo nak placed order pon bolehhhh...hehehehe
 
Jangan lupa tau.......

Untuk order dan details:-
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

 

 

 

 

 

Saturday, 28 September 2013

Apa Lagi Kelebihan Vitamin E Complex Shaklee??

Sebelum ni yat dah ada buat entry pasal kelebihan Vitamin E ni.. tapi kali ni nak share lagi lagi laa..rasa mcm masih ramai yang x tahu...pasal keberkesanan Vit E ni memang da ramai yang tahu..tapi tentang kenapa Vit E Shaklee ni ada Selenium dan juga ekstrak biji anggur.... Anda semua tahu x?????

Vita E Complex Shaklee (sumber: en. google)


Kalau anda semua ingat yat pernah share mcmn cara kita nak kenal Vit E tu yang semulajadi atau yang tiruan. Kalau da lupe or masih terkial2, biar yat terangkan lagi sekali...hehehe...boleh gak yat tebalkan lagi ilmu yat ni...hehehe

Kalau anda nak tahu anda kena perhatikan label pada botol Vits E Shaklee tu. Kalau label pada botol tertulis "d", maka ianya adalah vits yang bersumberkan semulajadi. Tapi kalau anda tengok pada labal yang tertuli "i", anda kena berhati-hati ye.. vits yang berlabelkan ini di perbuat daripada sumber tiruan atau kimia.

Cuba perhatikan botol Vit E tu plak..ni vit E yang baru tau...NATURAL VITAMIN E & SELENIUM WITH GRAPE SEED EXTRACT.. Agak2 laa kan kenapa ada selenium???

Sebabnya...
  • Vitamin E sahaja tanpa selenium adalah tidak sempurna.
  • Pengambilan Vitamin E bersama Selenium akan memberi kesan yang optimum
  • Kalau ambil Vitamin E tanpa Selenium boleh mengakibatkan ia bertindak sebagi toksik dalam tempoh jangka masa panjang kerana Vitamin E ni tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.,.. ingat tau..Vit E tanpa selenium akan akibatkan toksik 

 
satu kandungan vitamin E Shaklee adalah ekstrak biji anggur. Antara kelebihan ekstrak biji anggur ini adalah:-
  • mengandungi pelbagai khasiat kesihatan seperti protein, lipid, karbohidrat dan polifenol.
  • kuasa antioksidan polifenol adalah 20x lebih baik daripada vitamin E sendiri dan 50x lebih baik daripada vitamin C. Kalau ayat lain, minyak biji anggur ni amat berkesan untuk awet muda dan memlihara kecantikan. Pada anda yang tak tahu kan, sini yat nak bagitau yang ekstrak biji anggur ni terbukti berkesan menguatkan sistem imunisasi badan, menganjalkan kulit,menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku dan melegakan masalah berpunca daripada urat timbul.
  • Ni lagi satu rahsia Vitamin E... melambatkan proses penuaan..kalau nak nampak sentiasa muda, jom amalkan Vitamin E..jangan biarkan tua sebelum masanya ye...x gojes n cun nanti.
  • Oligomeric Proanthi Cyanidin (salah satu phenol dalam biji anggur) bertindak memelihara tubuh daripada tua sebelum masanya. OPC ni jugak terikat dengan kolagen. Procyanidin yang ada dalam vit E membantu kulit lebih elastik dan membuat sesorang nampak muda secara semulajadi.


Kalau anda semua inginkan Vitamin E ni memberi kesan yang optimum, pastikan anda memilih Vitamin E  yang semulajadi...sebabnya, vitamin E semulajadi ni mudah diserap berbanding vitamin E yang sumbernya daripada bahan kimia atau tiruan.

Vitamin E yang bersumberkan bahan kimia atau tiruan tidak dapat diserap oleh badan dan akan menjadi toksik dan ini menjadi penyebab kepada kewujudan abnormal sel dalam badan.

Antara lain kelebihan vitamin E ni kepada kejelitaan kulit adalah dengan membantu:-
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Mengawal kolestrol
  • Mengawal minyak
  • Menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Sangat bagus untuk memudarkan parut.


Selain kelebihan yang menjadikan Vitamin E ni fenomena kepada penggemar Shaklee ni, banyak lagi fungsi-fungsi lain yang bukan rahsia lagi... Nak tahu x???

  • Menjadikan pemakainya awet muda...tapi, yang konsisten amalkan je tau..yang tipu2..x dapek laaa... :-)
  • Membantu peredaran darah dan membaiki tisu
  • Sangat baik untuk PMS
  • Memudarkan parut
  • Membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita (suami isteri)
  • Baik untuk kesihatan kulit dan rambut
****************************************************

Vitamin E Shaklee juga boleh dibuat masker tau...hehehe..Sila laa cuba tapi make sure dapatkan yang semulajadi dan bukan tiruan ye...lagi bagus yang ada ekstrak biji anggur... pastinya pilihla laa VITA E COMPLEX Shaklee...heheheh

Dah banyak info pasal Vitamin E ni kan?? yat pun amalkan jugak Vit E ni..1 biji sehari sebelum tidur. apa yang yat perasan, kulit lebih lembut dam moist..hehehh.

Anda nak jugak vits ni tapi nak harga berbaloi??? Bole jeee...yang penting hubungi yat....xkisah laaa untuk poskan atau untuk COD...sekitar Klang, Shah Alam, dan Putra Height je tau..dan harga..pasti anda TIDAK MENYESAL..malah TAK PERCAYA!!!!!!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk order dan details:-
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com







Friday, 27 September 2013

Testimoni ~ Lagi Kecantikan Kulit Bersama Shaklee

Hai semua...

lama rasanya x hapdate entry ni..kali ni x mo celoteh panjang.. cuma nak share keserasian gandingan mantap VIT E dan ESP ni.. bila ramai yang dah bagi testimoni, rugi rasanya x selit ke entry yat ni... kesian anda-anda yang x tahu tu kan???

Vit E and ESP ni sebenarnya laaa..bagi yat sangat2 mujarab untuk skincare..dari dalam tau..yat cakap sebab yat rasa okeeehhh..yat pun amalkan jugak..sebijik setiap malam sebelum tidur..wajib amik vit E.. kalau ESP plak, minuman wajib setiap pagi..

Salah satu kesan kalau kita kekurangan vitamin E ni ialah penuaan kulit sebelum masa...nak tak nampak tua 10 tahun dari usia???? heheheh..

mak x rela u....hahahah..

Kalau ESP plak, mcm biasa laa..hot item kan??? menjadikan kulit cantik, halus,gebu,berseri, anjal.. membantu menghilangkan parut jerawat di muka... Siapa x nak???? Sila check kulit anda ye.... :-)

*****************************************

Testimoni # 1 


" x nak explain banyak coz sendiri da cuna n dah dapat hasilnya...
Mmg terbaik..
Mmg gojes.."

Testimoni # 2

 "Alhamdulillah..hampir 90% parut jerawat pudar dengan VITAMIN E & ESP Shaklee...hanya dalam tempoh 5bulan"

Testimoni # 3


"Ini plak testimoni yat sendiri. Mengamalkan supplement Shaklee secara tegar sejak  Julai 2012, tapi menjadi sangat sangat sangat tegar sejak Januari 2013. 1 biji vitamin E sebelum tidur dan ESP setiap pagi..ni rutin wajib dan konsisten... vits lain pun ada jugak makan mcm Lecithin, Omega, Alfafa, Chew Vit C tapi yang lain tu kadang2  'terlupa'..but ESP n Vit E memang x pernah MISS..
So, yat biarkan gambar berbicara...
yang sebelum tu, Oct 2011..yang pic selepas tu Julai 2013... yat pernah kongsi testi yat b4 this kt SINI... masa tu baru 2 bulan guna Shaklee... :-) "


Ada lagi tak yang yat tertinggal?? Gambar sudah ada..daripada kulit bermasalah kepada kulit kembali cun dengan Shaklee...daripada muka yang kusam kepada cerah... Siapa kata wajah yang tidak bermasalah tidak perlu penjagaan???? itu wrong mentality ye...

So, kepada gojes2 kat luar sana..anda bole semak semula kulit wajah anda. Jangan tua sebelum masanya.. dan yang ingin repair secara dalaman, cubalah Shaklee... anda pasti merasai kesannya tp dengan syarat secara KONSISTEN dan RAJIN amalkan... In sha allah, anda pasti berpuas hati....

"Beauty comes from inside"

Thursday, 19 September 2013

Testimoni ~ Sakit Urat, Sakit Sendi & Angin Dalam Badan

Malam tadi, kakak sulong kol dari kg. Biasa laa tanye bila nk blik kg. Rindu ngan dasuki lee tewwww.. J.. pastu tanye ubat da g amik ke? Mula-mula tu pening jugak, tp rupanya tanye ‘ubat’ Shaklee..da restock ke belum? Katanya mak nak ubat…nak kirim..

Hehehe…memang yat selalu bagi mak ‘ubat’ Shaklee ni..sejak yat mula-mula rasa keberkesanan Shaklee pada yat, hb and dasuki ni. Apa yang yat selalu kasi mak ialah Advanced Joint Health Tablet, Ostematrix dan Nutriferon.. Selalunya kasi terus untuk 3 bulan… kasi mak buat stok kat rumah..

Malam tadi mak kata nak ubat angin..yang buang angin dalam badan. Ingatkan Herbalax tapi xpernah kasi pun..kakak je mkn Herbalax tu.. Rupa2 nya Nutriferon.. mak cakap sejak amalkan Nutriferon ni mak da xde rasa senak2 dekat ulu hati.. mcm ada angin gitu.. Alhamdulillah..tapi die cakap bukan makan setiap hari pun..sayang katanya..takut habis..hahaha

Masalah angin atau gas ni hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) yang datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. Bila mak ada angin dalam badan, tanda2 tu nampak dari segi rasa lesu/tidak bertenaga, selalu rasa kebas/lenguh/sengal…kadang2 tu bernafas pn cm smput sebab nafas pendek dan perut berangin.. da laa mak ni suspect asma..

Skang ni mak makin ligat buat kerja2 luar..ke kolam ikan..ke kebun laa.. sebabnye die da selesa… jarang2 jarang sekali nk rasa sakit urat or sakit sendi or angin. Kalau dulu, selalu g urut ngan kawan die.. masa tu belom tahu pun ada supplement yang boleh bantu mak macam Shaklee ni..

Jadi, skang ni da x perlu lagi risau mak nk g inject ke..mak nk g urut sana sini ke..sakit urat..sakit sendi..selagi mak rasa selesa dan sedap bersama Shaklee, selagi tu stok akan sampai ke kg.. 
*************************************

Untuk konsltasi dan juga details pasal vits ni, jangan segan-segan nak SMS or Whats App yat ye. In Sha Allah, bagi yang di kawasan Pelabuhan Klang, Klang, Shah Alam dan Saujana Putra anda boleh dapatkan vits ni secara 'Cash On Delivery' (COD). Tapi bagi anda yang lokasinya berjauhan dengan yat, jangna bimbang yeee... Pengeposan akan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran dan in sha allah akan sampai pada anda dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja.

Okehhh!!!! So, jangan risau yeee...Pos Malaysia kan ada..penghantaran seluruh Malaysia kan???hehehe...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

Wednesday, 18 September 2013

Tips ~ 20 Cara Dapatkan Perut Ramping Untuk Wanita Bersalin

Bagi wanita yang baru bersalin, bolehlah cuba tips atau 20 cara untuk dapatkan perut ramping di bawah. Bagi wanita yang tak bersalin atau lelaki pun boleh cuba mana yang sesuai. Pun boleh..

tips cara dapatkan perut ramping wanita bersalin


Antara langkah-langkah mendapatkan perut slim dan langsing:


1. Cara paling mudah dan murah ialah sediakan ketiga-tiga bahan ini:

Dua biji lobak merah dipotong
Sebiji mentimun segar,
Sebiji limau nipis,

Kisar dan perah airnya untuk diminum. Amalkan 2 kali sehari. InsyaAllah badan beransur langsing dan menarik

2. Minum air suam tak minum sejuk sekurang-kurangnya 3 Liter sehari.

3. Elakkan mengambil makanan yang bergoreng dan berlemak.

4. Minum jus pegaga tiap-tiap pagi.

5. Bengkung 2 kali seminggu (malam sahaja) —> selepas kembali bekerja.

6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir maka, boleh buat senaman sits up sebanyak 50 – 100 kali waktu pagi.

7. Minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.

8. Pastu bersihkan perut dengan air suam untuk bukak liang-liang roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. Paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.

9. Makan yogurt 3 kali sehari. Pilih low fat yang kurang gula. Sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu sebab kata orang dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat). Jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup. Yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu… so ok la kan… 2 dalam 1….

10. Kurangkan minum semasa makan and kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit-sikit sebab nanti lemak makanan susah hadam. After half hour baru minum banyak.

11. Sebenarnya hal-hal pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 x kecut dengan sempurna.

12. BELLY DANCING. Sambil senaman boleh menghiburkan hati. Buat la sendiri-sendiri dalam bilik tidur or shower.

13. Nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda. Sambil baring , bengkokkan kaki, letak anak kat kaki tu. Pastu angkat baby tu pakai kaki buat selalu confirm perut boleh flat and enjoy.
 tips cara dapatkan perut ramping wanita bersalin


14. Untuk perut bahagian atas: baring atas katil,bengkokkan lutut, pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8. Ulang 8 kali 1 sesi.

Untuk Perut bahagian bawah (area rahim) ni yang paling susah lemaknya nak dibuang. Baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi). Ulang 10-20 kali satu sesi. Buat setiap hari sebelum tidur. Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal. Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut, mengeleber atau berlipat…

15. Jangan mandi lepas makan. Nanti suhu badan sejuk dan penghadaman kurang efektif.

16. Bangun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water. Tak tau apa kebaikan tapi buat since ramai bagi that tip. Mungkin so that body tak terkejut sangat kot. Siap ader yg bagi tip minum sebelum berus gigi.

17. Kunyah slow-slow. So badan tak penat nak process makanan yang besar-besar.

18. This one sangat-sangat penting. Pastikan makan at least 4 jam sebelum tidur. Obvious reason is makanan tak sempat hadam sepenuh jika tak sampai 4 jam.

19. Jangan lupa plak untuk exercise. Tak kira la apa2 pun. Boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) dan pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal-hal di rumah. Pun dikira exercise juga. Sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla.. banyak kan kerja kat rumah..kalau hari-hari buat, tu pun dikira exercise juga tu. Lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym

20. Breastfeed baby… pun boleh kuruskan badan.

Semoga bermanfaat!

(Sumber)


Tuesday, 17 September 2013

Senaman yang Sesuai Selepas Bersalin

Entry sebelum ni yat ada berkongsi tentang vitamin Shaklee yang sesuai ketika berpantang. Selain menyembuhkan luka bersalin dan memberi tenaga kepada ibu-ibu, vitamin tersebut membantu pengeluaran susu ibu. Dan yang paling best lagi, tahap 'pembesaran' ibu sewaktu mengandung juga dapat di kurangkan.

Kalau anda yang kurang jelas, vitamin berpantang Shaklee juga boleh memberikan bonus lain kepada ibu-ibu dengan melangsingkan badan...hehehe

Tapi, kalau nak penurunan berat badan lagi cepat, ibu-ibu yang baru lepas bersalin boleh mengamalkan senaman berikut iaitu senaman selepas bersalin. (Sumber)

***********************************************

 
Ibu mana yang tidak mahu kelihatan langsing dan sihat selepas melahirkan bayi bukan? Jadi ruangan sihat dan cergas minggu ini akan membicarakan mengenai kesihatan yang perlu dijaga selepas melahirkan si kecil anda.

Ramai yang bertanyakan kepada saya mengenai jenis senaman, diet bersesuaian dan perkara berkaitan kesihatan amnya selepas melahirkan anak.

Jawapan saya mudah. Ia tetap mengutamakan kalori harian supaya pengambilannya tidak berlebihan, bersenam dan melakukan aktiviti riadah yang bersesuaian. Pada masa sama, anda boleh mengamalkan beberapa panduan sihat dan petua.

Bagi ibu yang baru saja melahirkan bayi anda yang comel, pasti terlintas di fikiran kaedah untuk kembali langsing.

Berikut beberapa panduan kecergasan yang boleh dilakukan oleh golongan ibu yang bersedia untuk melakukannya.


Latihan kardiovaskular

Sebelum anda bersedia untuk melakukan sebarang aktiviti kecergasan, pastikan anda sudah boleh menghadapi aktiviti fizikal dan tidak mengganggu sistem peranakan anda.

Apabila membicarakan topik latihan kecergasan, salah satu rutin yang harus dilakukan adalah melakukan senaman kardiovaskular. Pastikan anda melakukannya dengan intensiti perlahan dan seterusnya dengan intensiti sederhana.

Memadai jika anda lakukannya terlebih dulu dengan berjalan di sekitar kawasan perumahan anda pada satu tempoh tertentu, kemudian anda boleh meningkatkan intensiti kelajuan selepas tempoh tertentu.


Tidak mengamalkan diet yang melampau

Sememangnya amat penting untuk anda mengamalkan diet yang betul. Jangan melakukan diet yang melampau atau diet secara mendadak semata-mata ingin mengurangkan berat badan dan kekal langsing dengan cepat.

Bagi anak-anak kecil yang menyusu badan, keadaan ini juga pasti tidak elok kepada bayi berkenaan. Kekurangan nutrisi akan menyebabkan diri anda dan bayi terdedah kepada penyakit yang mudah berjangkit dan seumpamanya.

Amalkan pemakanan yang seimbang. Jika anda terkurang atau terlebih makan, ia tidak elok untuk proses senaman. Pastikan anda makan dengan baik terutama sebelum dan selepas sesi senaman. Jika anda kekurangan tenaga, pasti sukar untuk anda melakukan latihan terbabit.


Melakukan latihan bebanan

Jangan terkejut apabila saya menyatakan anda harus melakukan latihan bebanan kerana ini bukan bermakna anda perlu melakukan latihan bebanan seperti ahli bina badan.

Latihan bebanan ini khas untuk golongan ibu yang baru bersalin. Bebanan yang digunakan haruslah sesuai dengan keupayaan diri anda. Senaman ini bertujuan untuk menyasarkan kumpulan otot anda.

Senaman mudah yang boleh dilakukan termasuk melakukan squat, lunges dan tekan tubi. Namun, harus diingat, lakukan senaman terbabit dengan intensiti rendah dan bersesuaian. Anda juga boleh melihat senaman yang sesuai untuk ibu selepas bersalin di Youtube malah anda boleh menyertai kelas senaman bagi wanita selepas bersalin.

Jika senaman berkenaan menyebabkan anda mengalami risiko kecederaan yang rendah, anda harus berhenti dan berehat. Lakukannya kira-kira satu atau dua minggu selepas itu untuk memperbaiki dan mengatasinya.

Akhir sekali, pastikan anda menyayangi tubuh badan anda. Amalkan petua yang bersesuaian.

Walaupun anda ingin mendapatkan kembali bentuk asal anda dan melakukannya secepat mungkin, anda tidak harus tergesa-gesa dalam mencapai proses terbabit.

Anda akan mendapat berat yang ideal serta badan yang langsing jika anda mengambil pemakanan seimbang serta melakukan aktiviti dan latihan kecergasan yang bersesuaian.
 *************************************
Jika anda breastfeeding mom, anda sebenarnya boleh langsing dengan menyusukan si manja disamping mengamalkan vitamin menyusu Shaklee. So apa lagi, jom kurus sambil menyusu si manja secara ekslusif. 

Jika anda berminat dengan vits penyusuan secara eksklusif yang yat share tadi tu, boleh tengok sini ye.

Untuk konsltasi dan juga details pasal vits ni, jangan segan-segan nak SMS or Whats App yat ye. In Sha Allah, bagi yang di kawasan Pelabuhan Klang, Klang, Shah Alam dan Saujana Putra anda boleh dapatkan vits ni secara 'Cash On Delivery' (COD). Tapi bagi anda yang lokasinya berjauhan dengan yat, jangna bimbang yeee... Pengeposan akan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran dan in sha allah akan sampai pada anda dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja.

Okehhh!!!! So, jangan risau yeee...Pos Malaysia kan ada..penghantaran seluruh Malaysia kan???hehehe...

Monday, 16 September 2013

Tips Kecantikan ~ 4 Kaedah Mengecilkan Liang Roma

Tipulah, tiada siapa yang mahu mencantikkan wajah mereka masing-masing. Masalah liang roma yang terbuka turut menjadikan muka menjadi kusam. Apakah rahsia untuk mengecilkan liang pori ini?

Untuk memiliki kulit yang cantik kita harus menjaga kulit supaya kulit bersih terlebih dahulu. Adakah anda, pembaca memiliki liang roma yang terbuka? Maksudnya pori-pori wajah kelihatan macam lubang-lubang besar.


Jadi, untuk kecantikan dan kesihatan kulit, sila amalkan tips berikut. yat suka bermasker dan berscrub tapi yat tidak pernah membeli masker dan scrub di pasaran. yat hanya menggunakan vitamin-vitamin Shaklee yang yat makan je...heheheh...

Untuk masker, yat amalkan dua kali seminggu dan scrub juga dua kali seminggu. Masker yat buat menggunakan ESP bersama yogurt dan juga Vit E. Kalau scrub pula, yat hanya sentalkan segala kekotoran dan sel kulit mati dengan biji-biji anggur didalam vitamin E. Sental secara lembut...heheheh 

Alhamdulillah, liang pori semakin kurang kelihatan dan white head / black head juga berkurangan. Suka sangat sebab menjimatkan dan bole 'home-spa' bersama Cinta Hati..hehee
 

Tips Kecantikan

1. Selepas anda mencuci muka, liang pori akan terbuka untuk seketika. Pada waktu ini, sapukan penyegar (toner) pada wajah menggunakan tisu muka. Pilih penyegar yang berunsurkan ’sejuk’ atau yang bertindak sebagai pengecil liang roma (pore minimizer). Kebiasaannya, penyegar yang berasaskan mentimun adalah penyegar yang terbaik.

2. Pastikan anda ’scrub’ muka anda 2 atau 3 kali seminggu. Ini untuk membuang sel-sel kulit mati bagi mengelakkan ia berkumpul dan menjadi jerawat atau jeragat pada wajah kita. Pemilihan ’scrub’ juga amat penting. Pastikan anda membeli ’scrub’ muka yang mengandungi ‘micro-scrubber’ di dalam kandungan ’scrub’ tersebut kerana peranan ‘micro-scrubber’ amat penting dalam menanggalkan sel-sel kulit mati. Masa terbaik untuk melakukan ’scrub’ muka adalah pada waktu pagi selepas anda bangun dari tidur. Jadi, pada waktu ini, anda bukan mencuci muka menggunakan pencuci muka, sebaliknya menggunakan ’scrub’.

3. Setelah wajah anda dibersihkan dengan ’scrub’, pakai ‘topeng’ wajah untuk bertindak sebagai pengecil liang roma setelah melakukan ’scrubbing’. Topeng wajah terbaik ialah Pond’s Pore Care. Ia bertindak sebagai pengecil liang roma yang mempunyai ekstrak hazel dan pelembab. Ia juga bertindak sebagai pencuci muka dan juga ‘mask’. Pakai selama 8 minit dan kemudian bilas. Setelah pemakaian produk ini, anda akan merasakan kulit anda lebih halus dan liang roma lebih kecil.

4. Amalkan secara berdisiplin. Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam, sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka, ’scrub’ muka setiap pagi Selasa dan Jumaat. Jika ada masa, selepas ’scrubbing’, terus pakaikan ‘mask’ muka atau anda juga boleh pakai pada waktu malam, sebelum tidur.
 
**********************************************

Da dapat tips ni kan??? Jadi apa lagi.. cepat-cepat amalkan.. Untuk kecantikan dan kejelitaan anda juga kan...heheheh
Selamat beramal semua..:-)

Air Minuman Bersih dengan Water Pitcher Shaklee

Baru sempat bukak entry pasal Water Pitcher Shaklee ni..dah dekat sebulan dah minum air dari portable jug ni.heheheh

Alkisahnya macamana boleh beli jug ni.. Selepas raya itu hari mak yat bersama kakak ipar dan dua anaknya dr kampung ada datang sini. Nak dijadikan cerita, anak kakak umo 6 tahun (Damia we called her) tak nak minum air kt rumah kitorg sebabnya ada rasa xsedap n smelly sikit. Maklum laa kitorg ni guna penapis air yang beli kt Giant je. Al maklum jugak laaa, nak beli yang beribu-ribu belum mampu lagi...hehehhe

So, alternatifnya habby belikan 1 kotak air mineral untuk mak, kakak ipar dan damia minum sepanjang duduk cni. Kalau nak tahu, rumah mak kt kg ada penapis air..brand TECHNOWATER kalo x silap yat.. Masa tu yaat dok fikir laaa, 1 kotak air mineral tu boleh tahan brapa hari je..so, cadangkan kt hubby nk beli penapis air..yang mahal plak tu terlintas di kepala...huhuhu

Di pendekkan cerita, kwan ada bgtau die guna penapis air shaklee ni..Then kitorng terus laju jepergi Head Office Shaklee di Empire Gallery tu untuk beli. Ingatkan mahal sebab nampak mcm exclusive... alaaa..xde laa mahal sgt. Disebabkan ada BONUS Shaklee yang tiap2 bulan masuk ni, yat ckp kt hubby..."mama belanja laaa"...hehehe

Kalau anda nk tahu, nampak je macam jug biasa kan??? tapi penapis air ni byk keistimewaan nye..sebab tu laa ia jadi pilihan kami suami isteri.

  • Boleh dibawa kemana-mana..ye laa da namanya portable
  • Tak perlu gunakan elektrik macam penapis air lain (jimat bil elektrik bulanan..hehehe)
  • Air tak perlu dimasak lagi sebelum diminum malah masih mengekalkan kandungan mineral dalam air walau setelah dituras.
  • 1 jug bole menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain
  • Dan, yang paling best rasanya adalah sangat-sangat sedap...rasa halus dan 'manis buah' kot...ntah laa mcmn nk describe rasanya tu...kalo minum, rs mcm minum penapis mahal jugak laa.. anda kena beli dulu laa br boleh tahu rasanya best mcmn...hehehhe :-)

Setakat ni dulu ye yat kongsikan pasal water pitcher ni...heheheh....next time yat share lagi...


xoxo darling semua....

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
FB Fan Page HayatiVitamiz
Facebook yat hayati
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

Sunday, 15 September 2013

Testimoni Vitamin Slimming Shaklee ~ Daripada 80kg kepada 52kg

Hai semua...

First, yat nak ucapkan Selamat Hari Malaysia... hehehe.. Public holiday xde ape pun nak baut..nk g jalan-jalan pun tak boleh sebab kesihatan cinta hati yang tak mengizinkan. So, the best way nak habiskan masa terluang adalah update blog kesayangan yat ni laaaa...

Malam ni nak share tentang berita gembira pengguna Shaklee ni. Beliau mengamalkan secara konsisten Vitamin yang dicadangkan untuk slim.. Kalau ikutkan program Shaklee, set untuk pelansingan adalah Set Shape Up Programme.. Bagi yang sedang mencari-cari supplements untuk pelansingan, sila laa mencuba vits Shaklee ini. Selain ianyan semulajadi, ianya juga selamat dan mesra alam...hehehhe
yat tak mo bebel panjang lebar sebenarnya.. Jom layannnzzzzz laa koleksi baru testimoni insan-insan yang lansing bersama Shaklee ni...


*****************************************

TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE: Yes! berjaya kurus dengan Set Kurus Shaklee!!

"Mengimbau kembali masa lalu,zaman bujang,bestnya kalo dapat cutting cam dulu.Dulu Na takdelah slim sgt pun,tapi oklah berat badan sesuai dengan ketinggian.Memandang zaman bujang dulu Na aktif bersukan so badan tu xdelah gemuk sangat.

Nak dijadikan cerita, Sebelum ni aku tak terfikir langsung nak berSHAKLEE ni.Tengok bff Na yang lepas bersalin consume set berpantang shaklee, Na pun mengoogle cari orang yang jual shaklee dekat2 area damansara.Bukan nak beli set kurus pun,niat Na nak tambah duit poket..hihihihhihi..

Aku start join akhir Jan' 12 .Now dah hampir 9 bulan Na join Shaklee..Masa bulan pertama Na join Shaklee, Na pun startlah mempromot set kurus shaklee.Na dah promot2 kat orang,takkan Na taknak cuba kan??so Na mula mengambil Lecithin Shaklee+Afalfa dulu selang seminggu Na tambah omega,kemudian tambah ESP plak....Dlm masa 4bulan, inilah hasilnya..!!

Now dah 3bulan consume Set Kurus Shaklee,untuk mempercepatkan pembakaran lemak konsisten consume Omegaguard shaklee,ni baru seminggu tambah Cinch Shake..see dah dapat shape balik..

Na tak pernah give up! Tak pernah give up wlpn kadang-kadang nafsu makan menjadi-jadi. Na tak salahkan supplemen yang Na makan jika selera makan Na bertambah. Na sabar, Na kontrol selera Na! Na tahu ini adalah supplemen a.k.a makanan tambahan,kalau Na tak kurus pun ,Na tahu supplemen shaklee ni bagi Na tahap kesihatan yang optimum..Sekian.."
80kg »» 52kg

Kredit: Mariana Mahathir



*********************************

Actually ada typo kat testimonia beliau. Yang sebetulnya die amalkan adalah sejak Januari 2013... n now da sembilan bulan laa die amalkan vitamin untuk slim ni.

Untuk konsltasi dan juga details pasal vits ni, jangan segan-segan nak SMS or Whats App yat ye. In Sha Allah, bagi yang di kawasan Pelabuhan Klang, Klang, Shah Alam dan Saujana Putra anda boleh dapatkan vits ni secara 'Cash On Delivery' (COD). Tapi bagi anda yang lokasinya berjauhan dengan yat, jangna bimbang yeee... Pengeposan akan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran dan in sha allah akan sampai pada anda dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja.

Okehhh!!!! So, jangan risau yeee...Pos Malaysia kan ada..penghantaran seluruh Malaysia kan???hehehe... 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

Saturday, 14 September 2013

Kisah Semut & Kuda ~ Pilihan di Tangan Kita

Salam sayang semua...

Hari ni nak bebel pasal motovasi boleh tak??? hehehe...saje je..nk motivatekan diri sendiri sambil berkongsi dengan reader semua.. Cerita ni dikongsi oleh salah seorang rakan FB yang juga merangkap adik beradik Shaklee yat. Mula-mula baca memang tak rasa apa-apa..tapi at the end, terasa juga laaa...

Teringat lagi kata-kata Mr. Ethan, salah seorang speaker masa ceramah untuk New Distributor Training dulu..Katanya, "u bekerja 8 hours/day..penat kan??? tapi bos / ketua u dapat rumah banglo"... apa maksud dia???

Ce baca kisah ni..pasti anda akan tahu jawapannya....

-------------------------------------

andrey-pavlov-ants-1

Pada suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat, tiba-tiba lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu berasa hairan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghampiri kuda tersebut, ketua semut itu bertanya kepada kuda, “Hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.

“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.

“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “Siapa punya beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?”

Maka kuda pun menjawab, “Bos aku punya, yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon di sebelah sana tu.”

“Oh begitu....” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..

Sang kuda berkata, “Eh! Kamu semua ini pula, kenapa nampak begitu gembira?” tanya sang kuda kepada sang semut tadi.

“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.”

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.

Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”

“Apa perbezaannya?” tanya kuda.

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, tetapi majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan, kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah kepunyaan kami sendiri, dan bukannya bos kami.” demikian penjelasan semut.

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.

Moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.” Mengapa orang-orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah.

Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.
-------------------------------------
Anda clear x? Kalau kita bandingkan dengan kehidupan kita memang ada persamaan kan?? Tapi masing-masing ada pendirian. Jadi mana satu pilihan anda?? Kuda atau semut?
yat pastinya memilih semut laaa...hehehehe... sebab sekarang ni dah rasa menjadi kuda..

Tuesday, 10 September 2013

Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee ~ Pilihan Wajah Saya

Assalam semua...

Kali ni yat tak nak share pasal vitaminz tap yat nak kongsi tentang kesihatan kecantikan pula.... kalau kurang jelas, meh yat terangkan..kesihatan kecantikan tu bermaksud cantik yang kita ada ni adalah secara sihat. maksudnya, tanpa 'menganiyai' kulit anda especially kulit muka anda...kerana di situ terletak segala 'self confident' anda... Betul tak semua????

Tadi, yat ada share tentang pencuci muka yang yat pakai di FB yat..Berderet komen kawan-kawan yang nk try....Tapi  ada juga tak tahu yang Shaklee pun ada barangan kosmetik 'basic' tu...

 



Haaa..ni laa die pencuci muka yang yat pakai sejak Januari lepas..ni da September. Maksudnya, satu pencuci muka Nutriwhite Dentle Deep Foaming Cleanser ni bole tahan sehingga sembilan bulan. Ni yang yat face laaa.... :-)

Hubby pon guna jugak..tapi hubby baru pakai sekali, yat da 3x..hehehe... Satu tiub cleanser ni ada 150ml... 150ml tapi tahan 9 bulan..agak-agak brapa sen je sehari yang kite peruntukkan..hihihi


Manfaat pencuci muka ni adalah untuk:-
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan

Pengalaman sendiri yat bila pakai cleanser ni...

1. kulit terasa halus dan lembut setiap kali lepas cuci.

2. Pori-pori seakan tertutup dan pudar.

3. Black head / white head seakan melarikan diri

4. Wajah terasa licin, tidak kusam & tona kulit sekata.

5. Berlaku penjimatan, sebabnya....1 tube leh tahan berbulan-bulan...

6. Kelembapan dan kelembutan kulit sentiasa ada

7. Sesuai sgt dengan kulit yang noramal dan sedikit kering. Memberi kelembutan dan kelembapan kulit.

Cara pakainye tak de laaa susah...dan tak byk pun..picit sedikit je di hujung jari... then gosok-gosok laa macam pencuci muka lain,.. buih cukup untuk disapu seluruh muka tau...sungguh menjimatkan.. :-)

Kenapa yat pilih  Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser ni?

Part yg paling penting dalam memilih pencuci muka ialah tanpa bahan kimia..selalu org cakap tak nak pencuci muka yang ada bahan kimia itu...bahan kimia ini..Nutriwhite Shaklee ni bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya. Memang selamat untuk kulit muka kita..Tiada pengelupasan..tiada rasa pedih2...sangat-sangat natural, mesra alam dan selamat.

Lagi satu, yang paling best..ia tak menipiskan kulit muka dan tahan lama.. :-)

Kepada anda yang memang memilih sesuatu produk kerana jenama janganlah risau. Produk Nutriwhite Shaklee ini memang setanding dengan Estee Lauder dan SKII. Ia dihasilkan dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan sampingan.

Jika mahu melihat rangkaian produk penjagaan wajah Nutriwhite Shaklee yang lain, sila klik di sini.

Orang katalah bukan saya kata, "Tak kenal maka tak cinta! Sudah kenal pasti bercinta-cinta!" Betul tak? :) 
So, kenali lahhh pencuci muka yang superb hebat ni...:-)


xoxo:-
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
FB Fan Page HayatiVitamiz
Facebook yat hayati
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com





Sunday, 8 September 2013

Penyakit Jantung Mengekori Lelaki

Lelaki...AWASSSSS!!!!!...Penyakit jantung ni lebih suka mengekori anda kot...hehehe..tapi ladiesssss...jangan lupa pulak, penyakit ni boleh singgah pada sesiapa sahaja okehhhhh!!!!!
sempena bulan promo CoQ10 ni, yat nk share banyak-banyak pasal kesihatan jantung ni...kali ni tanda-tanda sakit jantung pulak... setiap org berpotensi untuk menghidap sakit jantung ni, termasuk laa yat...so, jangan biarkan "SILENT KILLER" ni bersarang dalam tubuh kita tanpa sedar.... ketahui lah tanda-tanda kehadiran 'pembunuh' ini...
 

Punca utama penyakit jantung menyerang

  • Keturunan- ia berkait rapat dengan sejarah keluarga
  • Tekanan- keadaan ekonomi yng tidak stabil, tekanan di tempat kerja, ego kerana merasakan tidak ada masalah kesihatan, lebih suka pendam masalah. Mungkin kerana anda tidak mahu membebankan masalah ini kepada ahli keluarga yang lain, akibatnya, tekanan seperti inilah membuatkan lelaki mudah untuk mendapat serangan sakit jantung.
  • Merokok merupakan faktor penting dalam meningkatkan risiko penyakit jantung.
  • Alkohol- pengambilan minuman alcohol lebih kerap berlaku di kalangan lelaki.
  • Kurang aktiviti senaman- orang yang kurang bersenam dan mengamalkan cara hidup yang tidak aktif berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung
  • Masalah kegemukan- lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan terutamanya di bahagian perut lebih berisiko.
  • Tabiat pemakanan- makanan yang mengandungi kolestrol, gula dan garam natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang akan menambahkan risiko penyakit jantung.

Tanda-tanda awal penyakit jantung

  • Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.
  • Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa.
  • Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh. 



Mengetahui peringkat sakit jantung

  • Angina yang stabil - Peringkat ini anda merasakan sakit dada setiap kali aktiviti dilakukan. Ia berlaku kerana saluran darah koronari sempit. Ianya berlaku disebabkan mendapan kolestrol pada dinding saluran darah akibat tahap kolestrol darah yang tinggi. Ia juga mudah terjadi akibat gangguan fungsi dinding saluran darah disebabkan oleh merokok, kencing manis dan darah tingi. Apa yang boleh dilakukan pada peringkat ini, anda hendaklah mengawal faktor-faktor risiko penyakit jantung iaitu berhenti merokok,kawal pengambilan gula dan kolestrol.
  • Angina tidak stabil - Pada peringkat ini anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, lebih kerap, mudah berlaku walaupun melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat. Apa yang berlaku pada peringkat ini ialah mendakan pada saluran darah itu merekah atau terbelah dan mengakibatkan mendakan baru berlaku ke atasnya dan mula menutup seluruh saluran darah itu. Ini boleh tercetus oleh peningkatan tekanan darah yang meningkat, tekanan darah yang amat, peningkatan darah dan kolestrol yang mendadak. Di peringkat ini, jika tidak dirawat segera boleh mencetuskan serangan jantung (myocardial infarct).
  • Serangan jantung (Myocardial Infarct) - Kebanyakan mangsa pada peringkat ini, mereka tidak tahu lansung tentang masalah kesihatan yan dialami. Sebanyak 40% kesserangan jantung yang berlaku pertama kali meninggal di tempat kejadian. Selebihnya sempat mendapat rawatan di hospital. Ia berlaku kerana mendapan lemak pada saluran darah merekah atau terbelah dan berlaku mendapan lemak dan darah beku yang baru pada mendapan asal sehingga menutup seluruh saluran darah. Bila saluran darah ini tertutup lebih dari satu jam, kerosakan pada dinding jantung yang tiada pengaliran darah akibat saluran darah yang tersumbat boleh mengalami kerosakan kekal atau kematian sel. 

Pencegahan

  • Mengenal dan mengawal faktor risiko.
  • Tidak merokok atau berhenti merokok.
  • Mengamal gaya hidup sihat.
  • Makan makanan kurang lemak, kurang gula, kurang garam natrium.
  • Lebihkan pemakanan serat tinggi, sayur dan buah-buahan.
  • Lakukan senaman arobik yang berkala, iaitu sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi. Senaman seperti berjalan laju, jogging, nernasikal, berenang amat digalakkan.
  • Mendapatkan rawatan awal dalam mengawal tahap gula rendah, kolestrol dan tekanan darah yang ideal.

Rawatan

  • Rawatan dengan ubat-ubatan untuk mengawal kolestrol darah.
  • Rawatan dengan mencairkan darah seperti Aspirin.
  • Rawatan ubat-ubatan dengan mengembangkan saluran darah.
  • Angioplasty’- Rawatan ini adalah dengan memasukkan dawai yang ada belon di hujungnya ke dalam saluran darah koronari yang tersumbat dan mengembangkan belon itu supaya saluran yang tersebut dapat dilawaskan dan melebar. Ini untuk mengembalikan pengaliran darah dalam saluran yang tersumbat itu.
  • ‘Stenting’- Sesudah ‘Angioplasty’ dilakukan sering rerelung dawai logam digunakan untuk menghalang saluran darah yang dilawaskan dari tersumbat kembali dalam masa yang singkat.
  • Pembedahan pemintasan saluran darah koronari- bagi kes di mana ‘Angioplasty’ tidak boleh dilakukan akan dilakukan pemintasan saluran darah yang tersumbat.

Tip kesihatan

  • Mengamal gaya hidup sihat. Mula dari peringkat remaja dan kekalkan pada peringkat dewasa.
  • Melakukan pemeriksaan saringan yang berkala sekurangnya sekali setahun. Pemeriksaan ini termasuk periksa darah untuk kencing manis, kolestrol dan tekanan darah. Jika berisiko atau sudah menjangkau umur 40 tahun lakukan ujian senaman.
  • Jika ada tanda-tanda awal , jumpa doktor untuk pemeriksaan.
  • Jika perlu makan ubat-ambil dengan yakin.
(Sumber: KLIK SINI)

*************************************

Jika anda ada mengalami tanda-tanda sebagai pesakit penyakit jantung, sila berhati2... Mulalah menyanyangi jantung anda itu sebelum melarat... Berilah nutrient atau zat secukupnya dengan supplement juga.

Di Shaklee, kami mencadangkan anda mencuba CoQ10 Plus Shaklee dan juga vitamin yang lain untuk membantu jantung anda mendapat nutrisi secukupnya dan sihat.

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin ni, boleh hubungi yat ye... kalau tak nak pos bagi yang berada di Klang or Shah Alam, yat bole hantarkan. COD is avilable... harga?? Pasti laa berbaloi dan anda mesti tak percaya...malah tak menyesal tau.... hihih...lagi-lagi, bulan September ni bulan promosi CoQ10 Plus ni... lagi laaa MURAH GILER!!!!!!!!!!!!!!!!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

Lagi Info Tentang CoQHealth Plus

Assalam semua...... semoga sihat-sihat semua ye.. Sempena bulan Promosi CoQHealth Plus, yat nak sambung lagi cerita daripada entry lepas...

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 .Anda semua tahu tak apa pentingnya Co Enzim Q10 (CoQ10) ni pada kita??? Kalau tak tahu, meh yat ceritakan...heheheh

Apa itu  Co Enzim Q10 dan Mengapa Penting untuk Tubuh Badan Kita??


 
CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemuadian terurai dan ditukarkan kepada tenaga dan proses tersebut memerlukan CoQ10 sebagai pencetus tenaga secara berterusan. Proses penghasilan tenaga ini di ulang seribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan membolehkan organ tubuh yang lain berfungsi dengan baik.

Tanpa CoQ10 ini, sel-sel tidak dapat menghasilkan tenaga dan orga tubuh yang lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung

• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL (bertindak sebagai antioksidan kuat)

• Meningkatkan peredaran darah (menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah yang normal / sihat)

• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.

Berapakah Jumlah PengambilanCoQ10 yang Diperlukan Badan?

Keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasrkan satu kajian penyelidikan, tubuh dapat menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia seawal 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kesayangan kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20tahun

Apa Perbezaan CoQHealth Plus Shaklee Berbanding Produk CoQ10 yang lain?

  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli! Erk...mampu ke nak makan sebanyak tu? Nak senang, telan je sebiji CoQHealth ni...hehe
  • Kombinasi CoQ10 dengan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan kepada sel-sel tubuh.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui yang dipercayai dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10 nya.
  • Tanpa Gluten.

Lagi Info tentang CoQHealth Plus:

  • Mengandungi Koenzim Q10 yg penting utk sel tubuh bagi menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi
  • Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau
  • Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat
  • Digunakan untuk merawat penyakit kanser seperti kanser payudara dann membantu pesakit yg menerima rawatan kemoterapi
  • Membantu meningkatankan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis
  • Merawat masalah penyakit gusi
  • Membantu merawat pesakit Parkinson
  • Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma.

 
*********************************************** 
Anda sayangkan jantung anda??? Anda lelaki yang kurang kesuburan..hehehe...Why not cuba CoQ10 ni sementelah harga murah GILER ni... Bukan selalu dapat offer macam ni...

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin ni, boleh hubungi yat ye... kalau tak nak pos bagi yang berada di Klang or Shah Alam, yat bole hantarkan. COD is avilable... harga?? Pasti laa berbaloi dan anda mesti tak percaya...malah tak menyesal tau.... hihihi


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

Friday, 6 September 2013

CoQHealth™ Plus ~ Item Promosi September 2013

Adakah anda rasa jantung anda benar benar sihat?....Berhati hati ya kerana penyakt jantung adalah 'silent killer' tanpa simptom2 yang jelas dan nyata..... Jadi pastikan anda berikan yang terbaik untuk jantung anda dan jantung orang yang anda sayang.. Jadi, hari ni yat nak berkongsi dengan anda semua, produk terbaru dari Shaklee..

Produk terbaru tapi dah launch bulan June lepas..Masa National Conference itu hari lagi..tapi entry baru nak buat hari ni..heheheh...ampunnnn ye..sibuk dok cerita pasal produk sediaada..tapi sempena promosi bulan ni, yat nk cerita laaa kehebatan CoQHealth Plus ni...
Awassss yeee abang-abang semua.... ini bagus jugak untuk anda..sangat2 bagus...heheheeh




Apa itu CoQHealth Plus ni??

CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan?

Di antara fungsi Co Enzim Q10 :

- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL) )
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung

Co Enzim Q10 juga boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :

  1. kesihatan kardiovaskular
  2. menangani penuaan
  3. menangani tekanan darah tinggi
  4. menangani keletihan
  5. kesihatan ginjal
  6. migrain
  7. kesihatan saraf & otak
  8. terapi Statin
  9. menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
  10. kesuburan lelaki
  11. kesihatan pergigian

Shaklee's Difference ??

Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :
  • mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau. Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
  • ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.

Cara Pengambilan :

Diambil selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak. 
(kredit: SINI
***********************************************

Anda berminat untuk mencuba vitamin ni, boleh hubungi yat ye... kalau tak nak pos bagi yang berada di Klang or Shah Alam, yat bole hantarkan. COD is avilable... harga?? Pasti laa berbaloi dan anda mesti tak percaya...malah tak menyesal tau.... hihihi


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

Tuesday, 3 September 2013

Manfaat & Kelebihan Zinc Complex

Masa entry ni ditulis, Zinc Complex ni kehabisan stok 1 Malaysia tau. Barang baik semstinya selalu menjadi rebutan..itu laa sebabnya selalu "Out of Stock".. Selalunya, Zinc Complex ni menjadi rebutan dalam Vitamin Berpantang Shaklee... 

Kenapa menjadi 'fenomena' sangat Zinc ni?? Anda tahu tak?? Kalau barang baik ni, mestila kerana manfaat or kelebihannya kan????

Manfaat dan Kelebihan Zinc Complex

 

Penjagaan Kulit:
Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. Anda ada masalah kulit muka?Jum tambah Zinc dlm diet harian

Ekzema:
Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat:

mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. Dah cuba macam-macam product, tapi muka masih berjerawat?Jum tambah Zinc dlm diet harian anda.

Penyembuhan luka:
Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.Luka semasa bersalin lambat sembuh?Jum tambah Zinc dlm diet harian anda.

Gangguan Prostat:
Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.Risau masih belum dikurniakan anak?Jom tambah Zinc

Hilang berat badan:

Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.Selera menjadi?Risau badan gemuk?Jom tambah Zinc dlm diet harian anda.

Mengandung:
Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan:

Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi:
Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan:
Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan:
Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim:
Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

Kanser:
Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Kelesuan Kronik:
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

Botak:
Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut. Risau rambut semakin nipis selepas bersalin?Jum tambah Zinc dlm diet harian anda.

Kehilangan tulang:
Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang. Sakit lutut?Tumit kaki?Jum tambah Zinc dlm diet harian anda.

Buta Malam: 
Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.Mata semakin rabun terutama di malam hari?Jum tambah Zinc dlm diet harian anda.


******************************************************

Perasan x ada salah satu manfaat zinc adalah untuk mencegah kebotakkan??? heheeh... Sebab tu laaa yat amalkan sebiji sehari before meal (setiap pagi).. sebab yat ada masalah rambut gugur yang kronik. Sehingga satu tahap, sudah hampir botak kt depan ni haaa... tapi alhamdulillah, sejak amalkan zinc (da habis 2 botol)....rambut da kurang gugur. mr.cinta hati pun dah tak bising lagi....

Anda berminat untuk mencuba vitamin ni, boleh hubungi yat ye... kalau tak nak pos bagi yang berada di Klang or Shah Alam, yat bole hantarkan. COD is avilable... harga?? Pasti laa berbaloi dan anda mesti tak percaya...malah tak menyesal tau.... hihihi

Yat Hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com 

Monday, 2 September 2013

Zinc Complex Atau Ikan Haruan:- Yang Mana Pilihan Ibu Berpantang?

Hai semua...lama x menulis ni..busy menghadiri jemputan open house kawan-kawan & sedara..

Kali ni nak kongsi pasal berpantang ye.. Vitamin Berpantang Shaklee yat dah kongsi dalam entry sebelum ni kan?? Cuma kali ni nak berkongsi sedikit tentang pilihan anda ketika berpantang. Masa yat berpantangkan Dasuki dulu, hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu..sebabnya menu hari jumaat ialah Sup Ikan Haruan. Sedap sangat.. kalau boleh nak bertambah nasi, tapi tak bole laa kan??? Org tua dulu-dulu pesan, dalam pantang tak bole makan nasi bertambah. Kalau nk makan banyak, letak nasi banyak-banyak terus dlm pinggan. Kalau tak habis tak pe..nt ada laa orang akan perhabihkan... Kenapa??? yat pun tak tahu...heheeh...just ikut je nasihat diorang..

So, kalau dapat makan nasi dengan Sup Ikan Haruan, memang selera laa yat ni..da x sedar diri yang kite tu dalam pantang..hahahah... Nasib baiklaa yat ni memang suka dengan ikan sungai ni..Keli, patin, haruan..semua laa.... memang suka sangat..masak ape pun ok...

Mak tanya, nak telan anak ikan haruan x? telan hidup2.. terus tanya mak, untuk apa tu telan hidup2 macam tu? Mak kata, luka dalaman akan sembuh cepat kalau telan ikan keli mcm tu.. Kalau mkn yang dah di masak pun luka bole sembuh, tapi lagi cepat kalau makan hidup-hidup... alahaiii mak...xdaya nak telan laaa...huhuhu

Masa tu belom kenal Shaklee lagi..tak tahu pun boleh berpantang dengan vitamin / supplement.. kalau laa dah kenal, konpem x de idea suruh telan anak ikan haruan hidup-hidup kan??? heheheh... Pastu yat studi laa pasal ikan haruan ni and bandingkan dengan Zinc Complex Shaklee ni... Nak kongsi laa ngn korang jugak... Jom laaa layan sama-sama....




Ikan haruan atau nama saintiflknya, Channa striatus adalah antara spesies ikan air tawar yang popular dan mudah diperoleh di kawasan sawah padi, tali air, pant dan telaga.

Terkenal dengan khasiat perubatan, kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat baik menyembuhkan penyakit tertentu antaranya gastrik.

Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan.

Anda rasa, anda bole makan tak ikan tu??? Geli tak? or x kena dengan tekak anda??? hehehe... Ikan ini laa yang menjadi menu wajib bagi orang berpantang or yang menjalani pembedahan.... Kalau tak boleh telan, ada rasa geli-geli (ce tengok badannye yang berminyak tu..berlendir tau), korang ada pilihan... just 1 tab sehari... xde bau, dan senang sahaja di telan.. Zinc Complex Shaklee..

Dalam berpantang ni, Zinc Complex Shaklee membantu penyembuhan luka samada korang bersalin normal ataupun czer (pembedahan). Sebenarnya, kekurangan zinc yang menyebabkan proses penyembuhan luka menjadi lambat. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Masih banyak lagi kebaikan zinc ni untuk kesihatan kita. Untuk berpantang, memang sangat2 bagus dalam penyembuhan luka bersalin samada secara normal atau pembedahan.

Anda berminat untuk mencuba vitamin ni, boleh hubungi yat ye... kalau tak nak pos bagi yang berada di Klang or Shah Alam, yat bole hantarkan. COD is avilable... harga?? Pasti laa berbaloi dan anda mesti tak percaya...malah tak menyesal tau.... hihihi

Yat Hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com 














Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...