Monday, 2 September 2013

Kebaikan Ikan Haruan

 
Kajian santifik membuktikan ikan haruan berkhasiat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka terutama bagi ibu-ibu yang bersalin dan mereka yang menjalani pembedahan.

Ini telah dibuktikan berdasarkan kajian saintifik yang dijalankan oleh Prof. Saringat Baie dari USM and Prof. Abdul Manan Mat Jais dari UPM tentang khasiat dan kebaikan ikan haruan.

Antara kebaikan ikan haruan ialah:-

1. Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik


2. Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.


3. Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.


4. Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.


5. Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan


6. Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.


7. Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit
*************************************************
haaaa...sape nak cantik, boleh laa amalkan makan ikan haruan ni. Sedap tau..yat ni penggemar tegar ikan sungai ni.. Masa dalam pantang, ni laa menu wajib bagi yat..sian mak, selalu kena masakkan sup..tp bukan hari-hari laaa.. Sup Ikan Haruan hanya menu wajib setiap jumaat selama 60 hari berpantang.. Famili yat memang akan berpantang lama..mak cakap untuk kesihatan dalaman..hehehehe... Next entry yat akan kaitkan antara ikan haruan & zinc Complex, mana 1 pilihan kalbu untuk berpantang nanti.. hehehe

~ love: yat si penggemar Haruan ~~

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...