Tuesday, 17 September 2013

Senaman yang Sesuai Selepas Bersalin

Entry sebelum ni yat ada berkongsi tentang vitamin Shaklee yang sesuai ketika berpantang. Selain menyembuhkan luka bersalin dan memberi tenaga kepada ibu-ibu, vitamin tersebut membantu pengeluaran susu ibu. Dan yang paling best lagi, tahap 'pembesaran' ibu sewaktu mengandung juga dapat di kurangkan.

Kalau anda yang kurang jelas, vitamin berpantang Shaklee juga boleh memberikan bonus lain kepada ibu-ibu dengan melangsingkan badan...hehehe

Tapi, kalau nak penurunan berat badan lagi cepat, ibu-ibu yang baru lepas bersalin boleh mengamalkan senaman berikut iaitu senaman selepas bersalin. (Sumber)

***********************************************

 
Ibu mana yang tidak mahu kelihatan langsing dan sihat selepas melahirkan bayi bukan? Jadi ruangan sihat dan cergas minggu ini akan membicarakan mengenai kesihatan yang perlu dijaga selepas melahirkan si kecil anda.

Ramai yang bertanyakan kepada saya mengenai jenis senaman, diet bersesuaian dan perkara berkaitan kesihatan amnya selepas melahirkan anak.

Jawapan saya mudah. Ia tetap mengutamakan kalori harian supaya pengambilannya tidak berlebihan, bersenam dan melakukan aktiviti riadah yang bersesuaian. Pada masa sama, anda boleh mengamalkan beberapa panduan sihat dan petua.

Bagi ibu yang baru saja melahirkan bayi anda yang comel, pasti terlintas di fikiran kaedah untuk kembali langsing.

Berikut beberapa panduan kecergasan yang boleh dilakukan oleh golongan ibu yang bersedia untuk melakukannya.


Latihan kardiovaskular

Sebelum anda bersedia untuk melakukan sebarang aktiviti kecergasan, pastikan anda sudah boleh menghadapi aktiviti fizikal dan tidak mengganggu sistem peranakan anda.

Apabila membicarakan topik latihan kecergasan, salah satu rutin yang harus dilakukan adalah melakukan senaman kardiovaskular. Pastikan anda melakukannya dengan intensiti perlahan dan seterusnya dengan intensiti sederhana.

Memadai jika anda lakukannya terlebih dulu dengan berjalan di sekitar kawasan perumahan anda pada satu tempoh tertentu, kemudian anda boleh meningkatkan intensiti kelajuan selepas tempoh tertentu.


Tidak mengamalkan diet yang melampau

Sememangnya amat penting untuk anda mengamalkan diet yang betul. Jangan melakukan diet yang melampau atau diet secara mendadak semata-mata ingin mengurangkan berat badan dan kekal langsing dengan cepat.

Bagi anak-anak kecil yang menyusu badan, keadaan ini juga pasti tidak elok kepada bayi berkenaan. Kekurangan nutrisi akan menyebabkan diri anda dan bayi terdedah kepada penyakit yang mudah berjangkit dan seumpamanya.

Amalkan pemakanan yang seimbang. Jika anda terkurang atau terlebih makan, ia tidak elok untuk proses senaman. Pastikan anda makan dengan baik terutama sebelum dan selepas sesi senaman. Jika anda kekurangan tenaga, pasti sukar untuk anda melakukan latihan terbabit.


Melakukan latihan bebanan

Jangan terkejut apabila saya menyatakan anda harus melakukan latihan bebanan kerana ini bukan bermakna anda perlu melakukan latihan bebanan seperti ahli bina badan.

Latihan bebanan ini khas untuk golongan ibu yang baru bersalin. Bebanan yang digunakan haruslah sesuai dengan keupayaan diri anda. Senaman ini bertujuan untuk menyasarkan kumpulan otot anda.

Senaman mudah yang boleh dilakukan termasuk melakukan squat, lunges dan tekan tubi. Namun, harus diingat, lakukan senaman terbabit dengan intensiti rendah dan bersesuaian. Anda juga boleh melihat senaman yang sesuai untuk ibu selepas bersalin di Youtube malah anda boleh menyertai kelas senaman bagi wanita selepas bersalin.

Jika senaman berkenaan menyebabkan anda mengalami risiko kecederaan yang rendah, anda harus berhenti dan berehat. Lakukannya kira-kira satu atau dua minggu selepas itu untuk memperbaiki dan mengatasinya.

Akhir sekali, pastikan anda menyayangi tubuh badan anda. Amalkan petua yang bersesuaian.

Walaupun anda ingin mendapatkan kembali bentuk asal anda dan melakukannya secepat mungkin, anda tidak harus tergesa-gesa dalam mencapai proses terbabit.

Anda akan mendapat berat yang ideal serta badan yang langsing jika anda mengambil pemakanan seimbang serta melakukan aktiviti dan latihan kecergasan yang bersesuaian.
 *************************************
Jika anda breastfeeding mom, anda sebenarnya boleh langsing dengan menyusukan si manja disamping mengamalkan vitamin menyusu Shaklee. So apa lagi, jom kurus sambil menyusu si manja secara ekslusif. 

Jika anda berminat dengan vits penyusuan secara eksklusif yang yat share tadi tu, boleh tengok sini ye.

Untuk konsltasi dan juga details pasal vits ni, jangan segan-segan nak SMS or Whats App yat ye. In Sha Allah, bagi yang di kawasan Pelabuhan Klang, Klang, Shah Alam dan Saujana Putra anda boleh dapatkan vits ni secara 'Cash On Delivery' (COD). Tapi bagi anda yang lokasinya berjauhan dengan yat, jangna bimbang yeee... Pengeposan akan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran dan in sha allah akan sampai pada anda dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja.

Okehhh!!!! So, jangan risau yeee...Pos Malaysia kan ada..penghantaran seluruh Malaysia kan???hehehe...

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...