Monday, 11 November 2013

Kesan Kafein Kepada Penyerapan Vitamin

Sape suke minuman berkafein??? Apa-apa laaa....teh, nescafe, kopi... !!! Ce angkat tangan... hahaha..

Kalo yat, sejak dari zaman Diploma sehingga habis Degree, memang Nescafe adalah peneman sejati kot... hihihi

Kononnya tak nak bagi mengantuk.. Nak stay up kan?? Lagi-lagi kalo time exam..fuhhh..memang bergelas-gelas laaa time study lewat malam...so, to all students watch out ye.... :-)


 
Setiap kali yat bagi consultation pada kawan-kawan or customer kesayangan, pasti yat tekankan "kalau bole, jangan amik all the vits bersama minuman berkafein"... Why??? Sebabnya, pengambilan kafein bersama vitamins / mineral / ubat akan mengganggu penyerapan nutrient yang diperlukan badan. Nanti sia-sia laaa vits yang anda amik tu tau...

Tindakbalas Kafein dengan Vitamin (Antaranya)  

Kalsium

  • Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil (satu cawan kopi) 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun selepas beberapa jam pengambilan kafein. Satu kajian kepada wanita putus haid mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 300 mg kafein kehilangan lebih kalsium di tulang belakang berbanding wanita yang kurang mengambil kafein.
  • Kafein juga menghalang jumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah yang disimpan oleh tulang. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang mengelakkan kafein atau minuman dalam jumlah yang sederhana (1 - 2 cawan sehari).

Vitamin D

  • Kafein menghalang reseptor vitamin D, dengan menghadkan jumlah yang akan diserap. Kerana peranan vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, ini juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko untuk osteoporosis.

Zat Besi

  • Kafein mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan, yang merupakan sumber penting untuk penghasilan sel darah merah. Menurut Nutrition Desk Reference, pengambilan kafein dan zat besi pada masa yang sama boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Mana-mana minuman yang mengandungi kafein perlu diasingkan daripada makanan yang mengandungi zat besi atau zat tambahan sekurang-kurangnya satu jam.

Vitamin B

  • Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, iaitu meningkatkan pembuangan air kencing. Vitamin larut air, seperti vitamin B, boleh hilang akibat kehilangan cecair dalam badan. Di samping itu, ia mengganggu metabolisma beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Namun begitu, kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap vitamin B12. 

Vitamin dan Mineral lain

  • Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral seperti magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu vitamin A menjalankan fungsinya pada badan.
Sumber SINI

************************************************

Nampak x kenapa yat tak menggalakkan customer yat amik kafein bersama vits???... bukan x boleh langsung tau..but, jarakkan pengambilan... at least 1-2 hour gap.. ini untuk memberikan badan kita menyerap nutrient daripada vits tu secara optimum.. kalau tak, rugi laa kan beli vits mahal-mahal, tapi bila makan, badan x serap...

Sejak yat amik Shaklee sebagai vitamin yang melengkapkan lompong nutrisi yat yang tak cukup ni, yat dah jarang minum nescafe... jarang sangat.. hehehe :-)

Alhamdulillah...

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...