Monday, 18 November 2013

Tanda-tanda Toksin Dalam Badan

Seringkali kita sebut-sebut perkataan TOKSIN, tapi yang sebenar-benarnya adakah kita tau apa sebenarnya toksin tu??? Kalau anda nak tahu, toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia.

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan oleh toksin tersebut.


Apakah Toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.


Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.


Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh?

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. 
Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah ialah:
  • Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.
  • Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di pelbagai tisu badan.
  • Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.
  • Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
  • Toksin yang melekat di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.
  • Alergi, asma, pundi hempudu dan karang, pengerasan saluran darah, sakit sendi dan sengal-sengal tulang, sembelit, perut kembung, barah payudara, kemerosotan daya seksual

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

Tanda-tanda badan mempunyai toksin

  • Kerap sakit kepala
  • Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab
  • Susah bangun tidur
  • Bahagian keliling mata gelap
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi
  • Sinus
  • Berat badan meningkat
  • Kehadiran selulit
  • Masalah kulit seperti jerawat, kurap, ezcema dan banyak lagi
Kredit: SINI

****************************************************************

Anda jelas tentang toksin??? Anda mempunyai tanda-tanda berkenaan???? Jom laa kita sama-sama nyahtoksinkan segala macam toksid dalam badan kita ni.

Sebab yat yakin sangat-sangat, setiap saat di setiap hari kita berhadapan dengan toksin.. Gaya hidup kita yang meyebabkan kita berada dalam situasi TOKSIN.

Next entry, yat kongsikan cara nak DETOX secara semulajadi ye...owhhh detox means nyahtoksinkan laa..heheheh

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...