Monday, 30 December 2013

Mengapa Perlu Ambil Omega 3??

Lagi cerita tentang Omega 3... hehehe

Sempena bulan HARGA MURAH ni, meh la yat share dengan anda pembaca semua pasal minyak ikan ni ye...

"Percaya atau tidak, hanya satu hidangan yang mengandungi asid lemak Omega 3 setiap hari boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda? Mulai sekarang, cuba ambil 4 oz lemak ikan, satu sudu omega 3 atau sedikit kekacang, mungkin mampu menjauhkan anda daripada berjumpa doktor"
Yat rasa anda semua tahu kan apa itu Omega 3? Omega 3 juga dikenali sebagai asid lemak omega 3 merupakan sejenis lemak baik yang boleh didapati daripada ikan, kekacang, telur dan sayuran seperti bayam dan brokoli.


Apa beza Omega 3 daripada ikan dan sayuran serta kekacang??

Omega 3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai EPA dan DHA dan didalam sayuran dikenali sebagai ALA
EPA & DHA ~~~~~ mempunyai lebih manfaat berbanding ALA
ALA ~~~~~ sebahagian ALA akan ditukarkan kepada EPA & ALA

Manfaat Omega 3

yat rasa sebelum ni yat dah pernah kongsi bersama anda di Blog ni tapi yat nak jugak kongsi lagi sekali. Apa manfaat kalau saya ambil Omega 3 ni????
Alolololo....banyak manfaat nye dear...
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan simptom kemurungan
  • Membantu mengurangkan risiko sakit sendi dan tulang
  • Mengurangkan risiko penyakit kanser

Bagaimana Omega ini membantu anda menjauhi simptom-simptom di atas???

  • Mengurangkan inflimasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflimasi yang ada didalam badan.

Omega 3 juga dipercayai dapat mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak-plak lemak didalam salur darah atau dikenali sebagai arteriosklerosis (penyebab darah tinggi dan penyakit jantung)

Bagi anda yang sedang berdiet, selain Omega 3, asid lemak Omega 6 juga penting untuk pertumbuhan, pembangunan dan penyelenggaraan fungsi badan. 

Asid lemak Omega 6 dianggap pro-radang atau menggalakkan keradangan, manakala Asid lemak Omega 3 berfungsi mengurangkan keradangan. Sebaik-baiknya, anda perlu mempunyai nisbah 1-1 daripada kedua-dua asid lemak ini.

Pakar pemakanan Amerika Syarikat menyatakan Omega 6 mempunyai lebih banyak kandungan asid lemak berbanding Omega 3. Tapi, pengambilan Omega 6 yang berlebihan akan menyebabkan diet yang menggalakkan penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. 

Sebab itu laa penyelidik menyarankan agar pengambilan Omega 3 secara semulajadi untuk diet yang sihat.

Info sepintas lalu!!!!!!!!!!!!!!!

Kebaikan Omega 3

>>  Kolestrol rendah
>> Tekanan darah rendah
>>  Mencegah penyakit kardiovaskular
>>  Meningkatkan daya ingatan
>>  Mencegah beberapa jenis kanser
>>  Perlindungan kepada penyakit Alzheimer dan dementia (nyanyuk)
>>  Mengurangkan keradangan

Sumber pemakanan Asid Lemak Omega 3

>>  Ikan laut dalam : salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna
>>  Biji gandum atau bijirin
>>  Minyak kanola
>>  Kacang soya dan minyak kacang soya
>>  Biji labu dan minyak kacang
>>  Minyak biji Perila
>>  Rumpai laut
>> Udang krill


Sumber Tambahan Asid Lemak Omega 3

>>  Kapsul minyak ikan
>>  Minyak udang krill
>>  Minyak bijirin
>>  Rumpai laut yang diperolehi DHA tambahan


sumber: iSihat Dec 2013

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...