Tuesday, 14 January 2014

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435 H

Assalamualaikum semua...

Hari ni 'public holiday' kan?? Meraikan insan mulia dan di rindui sekalian muslimin dan muslimat sedunia.

SALAM MAULIDUR RASUL semua umat ISLAM.



Alhamdulillah, masih lagi di beri nikmat dan rezeki kesihatan untuk meraikan Keputeraan Junjungan Besar Rasulullah yg di sayangi.

Sempena hari keputeraan ini, jom laa kita sama2 selawat kepada Baginda Rasulullah dengan seikhlasnya. Sama-sama jugalah kita melaksanakan sunnah dan amalan Baginda.

Jom kita kenali lagi insan mulia yang di gelar Al-Amin ini....

1. Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh Lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahungajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Mekah)

3. Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al- Mukarramah

4. Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

9. Isteri-Isteri Rasulullah :
[1] Khadijah bt Khuwailid.
[2] Aisyah bt Abu Bakar.
[3] Hafsah bt Umar.
[4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
[5] Hindun bt Umaiyah.
[6] Saudah bt Zam'ah
[7] Zainab bt Jahsy.
[8] Zainab bt Khuzaimah
[9] Maimunah bt Harith.
[10] Safiyah bt Huyai.

10. Anak-Anak Rasulullah :
(1) Qassim
(2) Abdullah
(3) Ibrahim
(4) Zainab
(5) Ruqaiyah
(6) Ummi Kalthum
(7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H .
Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...