Friday, 28 March 2014

Panduan Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya ~ Part I

Alhamdulillah, kandungan kedua yat telah menghampiri Trimester Kedua. Minggu ni baru masuk 11 minggu. Pagi tadi ada bincang dengan hubby pasal penyusuan.

Kalau boleh ktorang nak bagi baby penyusuan secara ekslusif. Tak nak campur-campur dengan Formula milk lagi macam Dasuki dulu. In Sha Allah, semoga di permudahkan niat papa and mama ni. Amin.

So, hari ni, yat nak berkongsi dengan anda, kawan-kawan yat yang berkerjaya tentang tips dan panduan penyusuan. Maklum laaa, kita ni kan bekerja. 8pagi masuk, pukul 5 petang baru nak beransur balik rumah. Itu kalau boss tak suruh OT. Kalau kena OT????? haaaa... fikir-fikirkan laaa ye..
 

Panduan Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya

1. Timba ilmu sepanjang masa

Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudahpun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul

Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.

Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.

Sementara itu, anda diingatkan agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan bayi mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di dengannya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu

Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yang bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan 
 
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Jika keliru tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja. SUMBER
 
*******************************************
 
Actually, yat ni dikira sebagai pengalaman pertama untuk menyusu secara ekslusif ni. Anak pertama hanya mampu bertahan 2 bulan sahaja disebabkan kekangan PJJ (perkahwinan jarak jauh) dan kerja di negeri berbeza.
 
Hope anak yang kedua ni, yat dapat fokus lebih pada penyusuan susu ibu...hehehe
 
So, yat pun sama juga dalam keadaan nak belajar. Alhamdulillah, point pertama sehingga ke empat masih dalam pembelajaran. Persediaan dari segi mental tu, alhamdulillah. Dah ada sejak hari pertama tahu pregnant kali kedua.
 
Yang lain-lain nati, yat kongsi lagi ye. Owhhh, lagi satu...untuk menjayakan penyusuan secara ekslusif ni, yat telah mulakan pengambilan vitamin sejak dari sekarang ni. Percayalah, vitamin / makanan tambahan juga penting untuk menjayakan penyusuan.

Nak tahu yat amalkan ape??? Meh tengok SINI... alhamdulillah, setakat ni HB cantik..doktor yang cakap tau...hehehe

Anda berminat untuk menjayakan kehamilan serta penyusuan anda bersama Shaklee, jangan segan-segan hubungi yat ye. In sha allah yat akan cadangkan kepada anda mengikut keperluan dan kesesuaian bajet anda.

Sama-sama kita berkongsi kebaikan dan kesihatan yang lebih baik. Amin.

Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...