Monday, 24 March 2014

Ya Wahhab ~ Zikir Yang Hebat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, selesai sudah memberi perkongsian rohani kepada anak-anak / rakan niaga Shaklee.Walaupun hubungan kami pada mulanya kerana perniagaan online, tapi kami dieratkan lagi oleh hubungan kerohanian yang kukuh.

Kawan-kawan semua pernah amalkan zikir ya Wahhab secara serius tak? Zikir yang very..very..amazing..

Alhamdulillah.. yat amalkan secara serius dan niat kerana ALLAH, kesannya sungguh mengujakan. Sangat-sangat mengujakan.. Sama seperti maksud zikir ini..

"AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi."
Rahsia kehebatannya:

1->Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.


2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.


3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).


4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.


5->Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.


6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.


7->Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak. 
*****************************************

Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita. Lagi satu tips yang yat amalkan adalah mulakan zikir ni seawal kita turun kerja. Start je enjin kereta, mulakan dengan sedekahkan Alfatihah kepada kedua ibu bapa kita, suami kita, anak-anak kita.... then teruskan perjalanan dengan membaca zikir ini sehingga sampai ke destinasi dituju.

Radio, CD, DVD... OFF terus.. in sha allah..sepanjang perjalanan itu pun Allah dah mudahkan kita. Contohnya, lampu isyarat menyala hijau je sepanjang perjalanana. Jika berhenti untuk lampu merah pun, hanya sekejap sahaja menunggunya.

Ini adalah pengalaman yat sendiri. Anda juga patut mengalaminya.. Jom zikir Ya Wahhab 1000x sehari..

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...