Wednesday, 30 April 2014

Bila Anak Tidak Sihat

Assalamualaikum semua...

Simple entry kali ni, tapi lebih kepada persoalan seorang mama ;-)

Siapa yang dah ada status MAMA or MAMI, pasti akan tahu macamana perasaan kan??


Photo: Sup ayam in the making @ 10pm... ;-)
I am a mom.. a nurse..a waitress etc... but i love it.. :p

Demi cinta hati #dasukihafiy.. hope ada something boleh masuk perut abg mlm ni..

Love u dear... 
 
This budak kecik ni demam. Ni cerita Monday lepas ye.. Demam plus muntah-muntah. Kami dah tak tahu berapa banyak kali die muntah tapi yang pastinya lebih dari 10 kali. Dalam masa 48hours.

Apa yang kami buat??? Seperti saranan doctor, kami bagi air isotonik macam 100+ tu setiap kali dia minta air. Mungkin panas dalam agaknya. Kalau bagi susu, baru dua tiga teguk dah muntah balik. So, kami KIV dulu susu buat sementara.

At the same time, kami bagi juga dia Nutriferon. Nutriferon is antibody semulajadi yang menjadi amalan kami termasuk mak ayah di kampung tau..hehehe
Tak tahu plak apa tu Nutriferon?? Meh tengok SINI ye. Ada rasa pumpkin gitu tau. Dasuki suka telan macam tu je. Sebabkan Nutriferon ni dalam bentuk serbuk, so die suka letak kat lidah then telan gitu je....macam die ratah susu Anmum die tu. ;-)

Alhamdulillah, demam kali ni tak melarat. Selalunya terpaksa warded tau. Tapi kali ni, hanya penjagaan mama & papa je, dia dah boleh baik dalam masa 2 hari. Hari ketiga tu just untuk cover balik energy dia yang hilang masa muntah-muntah tu. :-)

Apa yang yat nak highlight kan kat sini ialah tugas seorang parents.
  • Kami suami isteri memang bukan parents yang sanggup hantar anak kepada BS untuk di jaga ketika dia tak sihat. Penjagaan dari ibu bapa adalah lebih mujarab.
  • Kami juga ibu bapa yang bekerja. So, akan ada giliran bagi kami. Jika kali ni, kami berdua terpaksa memohon cuti bersama-sama memandangkan Dasuki yang nak berdokong sedangkan yat masih dalam peringkat awal kandungan.
  • Kami juga cuba untuk letakkan anak yang demam / tidak sihat bersama-sama dengan anak-anak sihat yang lain di rumah pengasuh. Bimbang akan menjangkiti anak-anak lain.
Tapi, apa yang yat nampak sekarang di rumah pengasuh dan taska, anak-anak yang tidak sihat ini akan tetap menjalani rutin harian di sana. Bukanlah bermaksud yat tidak percaya pada pengasuh, tapi yat lebih concern keinginan dalaman anak yang tidak sihat yang ingin bersama dengan mama / papa. Hanya di ketika dia tidak sihat.

"Saya bekerja laaa..Macamana nak jaga?? Bukan senang nak dapatkan cuti."

Ketika ini, naluri sebagai ibubapa memainkan peranan UTAMA. Tepuk dada, tanya hati. Anak atau kerja yang lebih penting?? Anda jawab sejujur dan seikhlasnya ye.

In Sha Allah, dalam 5 bulan akan datang, yat akan bersama anak-anak dirumah. Bekerja dari rumah sahaja. Terima kasih Shaklee kerana membuka peluang untuk kami membesarkan anak sendiri.

Bakal WAHM
SID | yat
019-397 9157


No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...