Saturday, 12 April 2014

Panduan Penyusuan Untuk Ibu Bekerjaya ~ Part II

Hai semua. Lama menyepi, dah bersawang dah blog ni ye... hehehe

Entry ni nak buat sambungan pasal panduan penyusuan untuk ibu bekerjaya. Dah lama dah janji dengan reader semua kan???

Minta maaf lah di atas kelewatan ini ye. ;-)

Jom sambung tips kita ni. Semoga perkongsian ni membantu ibu-ibu di luar sana jugak.

SAMBUNGAN PART I
....

5. Bincang dengan majikan

Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.

Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat

Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.

Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan

Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.

8. Makan secara sihat

Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengetepikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di atara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.

9. Ikut keperluan bayi


Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Jika sukar mengambil cuti, anda perlu meningkatkan sesi memerah payu dara di pejabat. Di rumah pun, anda perlu memerah payu dara untuk merangsang penghasilan susu selain lebih kerap menyusukan bayi mengikut keperluannya.
SUMBER


*************************************
Lakukan yang terbaik untuk menjayakan rancangan penyusuan ekslusif ni, especially persediaan mental. Banyakkan membaca dan berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang dah berjaya dalam peringkat ini.

In sha Allah, kita juga boleh berjaya jika nawaitu ikhlas ini telah ditanam sejak mula kandungan lagi. 

Sama-sama kita berkongsi kebaikan dan kesihatan yang lebih baik. Amin.

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...