Sunday, 6 April 2014

Simpul Biawak Atau Tarik Mengkarung

Pernah tak anda mengalami keadaan ni?? Lagi-lagi kalau anda sedang hamil??

Ia akibat otot terasa cekang, keras dan sakit dalam satu tempoh masa tertentu.

Namun, jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal dan boleh membahayakan terutamanya jika serangan berlaku ketika seseorang itu sedang menyelam atau berenang.

Kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang.

Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar. Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan.

Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

TIPS:
>> wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.

>> cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.

>> Sentiasa membuat penggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.

>> Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

>>Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.

>> Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.


Dr. Zubaidi Ahmad dari Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, berkata, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Begitupun, teori yang lebih popular adalah keadaan keterujaan pada saraf otot-otot (neural excitability) yang terlibat, menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

"Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah kejang adalah otot di bahagian betis, Bagaimanapun ia turut berlaku di bahagian lain.

"Tidak dinafikan, keadaan ini amat sakit dan menyebabkan gangguan kepada pesakit yang kebiasaannya berlaku dengan sekelip mata,'' ujarnya.

Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

"Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan .

"Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

"Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,'' ujarnya.

**************************************************
Happy sharing ye kawan-kawan. Setakat ni, dah 12 minggu kandungan kedua yat, alhamdulillah masih lagi sihat. Kandungan pertama dulu pun yat tak pernah face pengalaman simpul biawak ni. Alhamdulillah.

Apa yang penting, pastikan diet harian kita mencukupi dengan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk diri sendiri dan kandungan. Maklum laaa, kita bawa lagi satu nyawa baru anugerah dari DIA kan???

Selamat menjalani 9 bulan kandungan dengan penuh kenangan manis ye kawan-kawan !!!!

Cadangan vitamin Shaklee untuk masalah ini ialah OSTEMATRIX, vitamin sumber kalsium yang kaya dengan magnesium dan dalam bentuk tablet. Sangat-sangat sesuai untuk ibu-ibu mengandung.


Untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi yat seperti berikut ye:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...