Monday, 19 May 2014

Bahayakah HB Rendah atau Tekanan Darah Rendah???

 
Tahukah anda bahawa hampir 80% wanita hamil akan menghadapi masalah tekanan darah rendah (HB rendah) atau anemia.
Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada bacaan HB rendah ketika hamil. Walaupun pada awal kehamilan, bacaan HB adalah sangat cantik (11.0 ke atas). Antaranya ialah:-
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatam darah merah.
  • Penurunan kadar hemoglobin

Antara lain punca anemia semasa kehamilan ialah:
  • kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian
  • kekurangan asid folic
  • kehilangan darah dari pendarahan

Sekiranya anda mengalami HB rendah ketika mengandung, ianya makin berisiko bila:
  • anda mngalami morning sickness yang teruk dan kerapkali muntah
  • anda mengalami kehamilan yang rapat
  • aliran haid anda sebelum kehamilan anda adalah banyak.
Dan, jika tekanan darah rendah ini dibiarkan berterusan sehingga kepada saat kehamilan (sepanjang kehamilan), ianya akan memberi kesan buruk kepada ibu dan anak.
Kesan kepada IBU;-
  • Ibu mudah mengalami pitam dan boleh pengsan. Bahaya jika ianya berlaku ketika ibu di saat sudah sarat.
  • Mengalami keguguran dan kegagalan jantung
  • Risiko mengalami penyakit berjangkit.
  • Mengalami pendarahan kritikal semasa proses kelahiran.


Kesan kepada BAYI dalam kandungan:-
  •  Pertumbuhan janin terbantut.
  • Bayi lahir premature atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi ketika lahir kurang daripada 2.5kg
  • Bayi lemas semasa kelahiran
  • Boleh menyebabkan kematian ketika kelahiran.
Bahaya ke TIDAK kalau anda mengalami tekanan darah rendah ketika kehamilan? Sebab itu, ibu-ibu yang hamil, anda disarankan mengambil IRON dalam kuantiti yang disarankan atau mencukupi untuk anda dan juga bayi.

Kekurangan IRON adalah penyebab kepada ANEMIA ataupun HB Rendah. Anda boleh amalkan makanan yang boleh membantu meningkatkan HB anda atau pun boleh juga mengambil supplement.

Tapi, pastikan dos IRON yang diambil adalah mencukupi. Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 20-30 gram zat besi setiap hari. 

Apa pun yang anda makan, yang anda ambil, pastikan mencukupi dos yang diperlukan.

Amalan yat setakat ini ialah memakan makanan yang boleh tingkatkan HB dan juga 2 biji Vita-Lea Shaklee. Alhamdulillah, tekanan darah OK. HB belum lagi dapat result.

Dah dapat result nanti yat share dengan anda semua ye...




No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...