Tuesday, 20 May 2014

Darah Tinggi Ketika Hamil

Jumaat lepas, yat dan kawan-kawan ofis pergi melawat 'office mate' yang baru bersalin. Alhamdulillah, ibu dan baby sihat-sihat je.

Comel je si kecil tu. Tak sabar nak tunggu 'lil caliph' ni keluar pula. :-)

Yat kenalkan 'office mate' tu sebagai Kak A ye. Rupanya di sebalik kisah kelahiran si kecil comel tu ada kisah duka.

Kak A mengalami darah tinggi yang serius yang mana beliau tidak pernah menghadapi masalah kesihatan sebegitu sebelum ini. Cuma ketika bersalin anak ketiga, si comel Ammar.

Memang ketika kehamilan beliau, kelihatan saiz badan naik mendadak dan kaki beliau menunjukkan tahap bengkak yang tidak sepatutnya walaupun kandungan belum berusia 8 bulan.

Hasil perkongsian beliau, sedikit sebanyak yat dapat info berkaitan penyakit ini. Antara tanda-tanda penyakit darah tinggi menyerang ketika kehamilan ialah:-
 
  • Sakit kepala berdenyut-denyut di belakang kepala yang berterusan berikutan takanan darah yang tinggi.
  • Gangguan penglihatan yang kabur dan silau berikutan dari salur darah yang tegang dan retina berdarah.
  • Rasa pedih di bahagian ulu hati.
  • Bengkak pada muka, tangan dan kaki (sembab)
  • Peningkatan berat badan yang mendadak akibat air berlebihan yang tersimpan dalam badan.
  • Air kencing yang mengandungi protein.

Ya, itulah tanda-tanda yang dialami oleh Kak A ketika kehamilan. Perkara ini terus di sokong oleh stress terlampau ditempat kerja dan pemakanan yang tidak teratur dek kerana kesibukan kerja.

So, mommies out there, please please take care of your self. Jangan terlalu ikutkan kerja sangat. Kena fikir lebih pada nyawa yang ada dalam kandungan tu ye.

Kesudahannya, Kak A terpaksa 'dipaksa' melahirkan si comel Ammar kerana tekanan darah yang naik mendadak TIGA minggu lebih awal dari jangkaan. Allhuakhbar.

Anggaplah ini adalah ujian daripada Allah kepada hambaNYA yang layak. Yang terpilih. Semoga Kak A tabah dan selamat berpantang czer.


Antara wanita yang berisiko untuk mengalami DARAH TINGGI ketika hamil ialah:-
  • Sering berlaku kepada wanita yang pertama kali mengandung yang berusia lebih dari usia 35 tahun.
  • Wanita yang telah mengalami darah tinggi sebelum kehamilan, ataupun yang telah di diagnose mengalami Pre-Eclampsia (PE) pada kelahiran lepas.
  • Wanita yang mempunyai migraine.
  • Wanita yang mengandungkan anak kembar.
  • Wanita yang terlalu kurus atau terlalu rendah
******************************************

Jadi, nasihat yat kepada diri sendiri dan juga kepada kawan-kawan kat luar sana, jom laa kita sama-sama jaga kesihatan ketika mengandung. Tak kisah lah anak ke berapa sekalipun ye.

Ibu sihat, anak pun sihat.

In Sha Allah, yat akan berkongsi dengan anda info-info yang dapat membantu kita semua dalam mengurangkan risiko tekana darah tinggi ketika hamil.

Your Shaklee Independent Distributor | 019-397 9157

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...