Monday, 26 May 2014

Kekurangan Serat Punca Sembelit di Kalangan Kanak-Kanak

Assalamualaikum semua...

Sihat ke semua?? Entry ni yat nak kongsi dengan anda semua tentang SEMBELIT. Sebelum ni yat ada juga kongsi berkenaan isu yang sama.

Tapi kali ni, yat ada terjumpa artikel daripada Akhbar Online Utusan Malaysia pada tahun 2007 yang membincangkan isu ini.

Soooo, nak kongsi laa kan??? hehehehe..... Benda baik tak baik disimpan sorang-sorang kan? ;-)

************************************

SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu bimbang.

Dr. Abd. Hamid berkata, apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.

‘‘Ia juga terjadi apabila kanak-kanak tidak menghiraukan keperluan untuk membuang air besar, mungkin kerana malu untuk mengunakan tandas awam, takut atau tidak yakin tanpa kehadiran ibu bapa atau tidak mahu berhenti bermain,’’ ujarnya.

Sembelit juga terjadi akibat ubat atau penyakit. Gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut:

  • Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering
  • Kesakitan di bahagian abdomen 
  • Loya 
  • Muntah 
  • Kehilangan berat badan Kehadiran kesan najis (dalam bentuk pepejal atau cecair) pada bahagian seluar dalam kanak-kanak - tanda yang menunjukkan najis ditolak masuk ke rektum

Ujar beliau, sembelit akan mengakibatkan proses pembuangan air besar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan. Akibatnya, kanak-kanak tersebut tidak mahu membuang air besar.

‘‘Merapatkan punggung, menggerakkan badan ke atas dan bawah dengan menjengket dan muka menjadi merah padam adalah tanda-tanda menahan pembuangan air besar.

‘‘Rawatan ditentukan berdasarkan umur kanak-kanak tersebut dan tahap keseriusan masalah tersebut,’’ jelas Dr. Abd. Hamid.

Beliau menyarankan, dengan memakan lebih serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi), menambah pengambilan cecair dan bersenam dapat mengatasi masalah tersebut.

Kadangkala, kanak-kanak memerlukan enema bagi mengeluarkan najis ataupun penggunaan julap bagi melembutkan najis atau menghalang proses sembelit.

Walaubagaimanapun, penggunaan laksatif atau ubat pelawas adalah merbahaya kepada kanak-kanak dan boleh diberi hanya dengan kebenaran doktor.

‘‘Walaupun sembelit selalunya tidak merbahaya, tetapi ia adalah tanda bagi masalah yang lebih serius,’’ tegas beliau. Kanak-kanak perlu berjumpa dengan doktor sekiranya:

  • Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu
  • Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian
  • Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus
  • Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)
  • Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya
  • Najis yang cair atau lembut keluar dari anus 
**************************************
Sepertimana pendapat Dr. Abd. Hamid,  kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam akan menghadapi masalah sembelit.
Bagi ibu-ibu yang rasa sukar untuk memberikan simanja fiber atau serat yang mencukupi, yat sarankan mencuba MEAL SHAKE. Mealshake kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
 
Sempena bulan promosi Meal Shake ni, anda boleh rebut peluang untuk mendapatkannya dengan harga yang super duper PROMO dengan menjadi AHLI SEUMUR HIDUP Shaklee. Banyak faedah sekiranya anda membuat pilihan hebat ini. hehehe..

Harga biasa: RM113.75 dengan 544g.

Promosi: BELI 6 PERCUMA 1. Jimat RM113.75

Berminat??? Jangan lupa hubungi yat tau!!!

Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
FB Fan Page HayatiVitamiz
Facebook yat hayati
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com  

Glosari

Laksatif: Ubat yang digunakan untuk merangsang atau mendorong kekerapan pembuangan air besar atau menggalakkan tinja yang lebih lembut atau lebih banyak

Rektal/rektum:
Bahagian akhir usus besar yang berterusan dari kolon sigmoid ke kanal anus. Najis disimpan di dalam rektum sebelum buang air besar/defekasi

Penghidratan: Tubuh mengalami kekontangan

Sedasi: Penghasilan satu keadaan mental yang tenang, khususnya melalui penggunaan ubat-ubatan.


Artikel Penuh: SINI © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...