Sunday, 29 June 2014

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualikum semua..

Hari ini hari pertama puasa di bulan Ramadhan 1435H. Alhamdulillah, bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini.




Sesungguhnya Yat bersyukur sangat-sangat di panjangkan usia untuk bertemu dan beribadat di bulan yang mulia ini lagi sekali.
Alhamdulillah, tahun ini tahun ketiga berpuasa sebagai seorang Mama dan tahun kelima berpuasa sebagai seorang Isteri. Syukur sangat-sangat dikurniakan sebuah keluarga kecil yang bahagia.
Malam pertama Ramadhan, kami habiskan masa untuk membeli barang-barang keperluan puasa untuk bekalan seminggu. Maklum laa suami bekerja pada siang hari, hanya malam yang ada untuk mencari bekalan puasa kami.
Pilihan kami untuk membeli bekalan lauk-pauk segar dan juga sayur-sayuran pada harga yang jimat dan berbaloi ialah di Pasaraya NSK Klang. Sangat ramai muslim yang datang untuk membeli bekalan puasa dan kami adalah salah seorang daripada mereka. ;-)
Jadi, di bulan yang mulia ini, sama-sama lah kita menjaga ibadah yang mulia ini dengan penuh keimanan. Mulakan Ramadhan kita dengan penuh kesyukuran.
 
Sama-sama perbanyakan amalan rohani. In sha Allah, sepanjang bulan Ramadhan ini, Allah janjikan yang Terbaik buat hambaNya. Luangkan sedikit masa yang ada untuk mengingati DIA yang Satu. Dan amalan yang paling senang dan mudah ialah berzikir dan membaca Al-Quran.


Apa-apa pun, Yat ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Amin.
Ikhlas: Dari Agen Shaklee Anda yang Sayangkan Anda
019-397 9157












No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...