Wednesday, 4 June 2014

Tips Hamil ~ Strech Mark @ Rekahan Ketika Hamil

Teringat masa balik kampung dua bulan lepas. Ajak suami pergi urutan manja dengan moyang Dasuki. Sedap rasa badan bila disentuh dengan urutan khas untuk ibu mengandung. Hilang lenguh-lenguh perjalanan 8 jam dari Klang ke Kelantan.

Part yang paling best bila Mak Bidan cakap. "Perut mu ni tok mace perut ore ngandung. Doh la no duo doh. Comel jah. Licin lemu"

Maaf laa ye. Bahasa ibunda sikit ni. Maksud Mak Bidan ni "perut yat ni tak sama macam orang mengandung. Dah la mengandung anak kedua. Perut licin je"

Serius yat cakap, daripada mengandungkan Dasuki dulu yat tak ada langsung masalah strech mark ni. Alhamdulillah.
 


Petua mak dan kakak-kakak yat sebelum ni ialah JANGAN GARU PERUT dengan kuku. Seeloknya cuba garu dengan sikat tapi jangan kasar. Garu secara lembut sahaja.

Lagi satu pesanan mak ialah ketiak perut membesar, sentiasa sapu 'Johnson Baby Oil' sebelum tidur. Secara nipis je pun ok.

Dan pesanan ini lah yang yat selalu amalkan sehingga lah anak kedua ini.



Lagi Tips Dan Petua Elakkan Stretch Mark Ketika Hamil


~ Minum air putih yang mencukupi
Ibu hamil harus membiasakan diri mengambil air putih minima 8 gelas sehari. Hal ini dapat membantu kulit terjaga ketelapannya, sehingga boleh membantu meminima kesan "strecth marks".

~ Amalkan sapu krim pelembab
Untuk menambah ketelapan kulit, ibu hamil boleh menggunakan pelembap yang dibuat dari bahan2 semulajadi seperti "cocoa butter" atau "shea butter" . disapu di kawasan yang gatal atau terkena "strectch marks". Ataupun sapukan seluruh tubuh dengan minyak yang kaya dengan vitamin E, sebelum mandi.

~ Kawal berat badan
Ibu hamil sebaiknya kawal kenaikan berat badan yang terlalu mendadak. Sepanjang kehamilan, kenaikan normal berat badan ibu hamil antara 12 - 15 kg. Jika kenaikan terlalu cepat, adalah kurang baik bagi kehamilan, selain itu kulit juga akan terlalu banyak mengalami regangan sehingga senang mendapat "stretch marks".

~ Senaman
Pengaliran darah dan oksigen yang lancar juga dapat membantu meminimakan terjadinya "stretch marks". Jadi, lakukanlah senaman yang sesuai menurut nasihat doktor.

~ Kawal Diet Makanan

Ambil makanan yang sihat dan berserat tinggi seperti sayuran dan buah2an yang dapat membantu mencegah terjadinya "stretch marks". Selain itu, amalkan juga makanan yang banyak mengandungi vitamin A, E dan C seperti susu, telur, kekacang, tomato, "oatmeal", etc. 
Tapi kali ni yat ada lagi tambahan tips untuk elakkan stretch mark di kala kehamilan ni. Yat konsisten minum Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee.. hehehe

Protein soya yang selamat pada ibu mengandung dan baby dalam kandungan.

Lagi satu, boleh juga guna Vitamin E Complex Shaklee untuk disapukan di sekitar perut tau..

Jangan risau dengan stretch mark kalau anda amalkan petua dan tips ni ye. Nak yang semulajadi dengan bantuan Shaklee, boleh hubungi yat ye.. ^__^

Jangan lupa hubungi yat tau!!!

Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
FB Fan Page HayatiVitamiz
Facebook yat hayati
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...