Wednesday, 23 July 2014

My Second Pregnancy: Temujanji Minggu 28

Assalamualaikum semua,

Semalam yat ada check-up baby untuk minggu ke 28 di Klinik Ajwa. Macam biasa la, yat akan check up dengan Dr. Norzita yang juga Doktor Abang Dasuki dulu.

Alhamdulillah diketemukan dengan Doktor yang sporting dan baik.

Check-up kali ni lain sikit sebab Doktor nak ambil details tentang yat yang demam denggi sebelum ni. Tapi Alhamdulillah bila semuanya OK. Nak tahu cerita demam denggi yat, boleh baca SINI ye.

Semalam yat ambil suntikan kancing gigi ataupun Anti Tetanus Toxoid (ATT). 

Jika ia adalah kehamilan pertama anda, suntikan kancing gigi akan diberikan sejurus anda dapat merasa atau mengenalpasti pergerakan bayi. Dos yang kedua akan diberi sebulan kemudian.

Bagi kehamilan seterusnya, satu dos bagi setiap kehamilan sahaja diperlukan dan diberikan untuk melalikan anda dan bayi daripada kesan penyakit kancing gigi. (Sumber)

So, yat ambil satu dos je laa semalam. Sakit suntikan tu macam digigit semut je, tapi lengan akan terasa kebas untuk seketika. But don't worry, anda masih lagi boleh memandu ye. :-)

Semalam juga yat kena check semula paras Hemoglobin (HB) memandangkan dah sebulan berlalu. Dan kebetulan pula yat baru baik demam denggi. Alhamdulillah, result yang menggembirakan. 11.6 bacaannya.

Kalau masa mengandungkan Dasuki dulu, jauh panggang dari api nak dapatkan bacaan macam ni tau. hehe Walaupun yat masa tu diberi ferum (zat besi) untuk tambahkan darah, tapi tak ambil pun. Kenapa??? Jawapan yat, setiap kali ambil ubat tu yat akan sembelit.

Sudahnya sekaran ni, yat hanya ambil supplement Shaklee sahaja sepanjang mengandung. Sampaikan doktor boleh cakap macam ni kat yat bila tenok keputusan HB tu.

"dah 28w awak tak pernah ambil ubat kat sini kan? tapi HB awak cantik. Berat baby pun dah bagus, sesuai dengan umo. Cuma mama kena makan lebih sikit. Sebulan naik 1kg je ni.."


Haaa.. see!!!

Doktor pun terperanjat tau. Tapi Doktor yat memang tahu laa yang yat ambil Shaklee sepanjang menandung kali ni dan dia juga menggalakkan. Alhamdulillah.

Nak tahu yat ambil ape ke?? BOLEH jeeee.. Sebarkan kebaikan untuk kebaikan.


Ni laa vitamin yang yat ambil sepanjang kehamilan kedua ni. ;-)


Dan selepas tu, aktiviti kesukaan abang selalu SCAN BABY. Part ni memang abang paling suka. Bermain-main dengan alat Doktor dan mengadap mesin scanner. 

Baby abang dah ke bawah. Sebelum ni kepala masih kat atas. Berat dah 1.73kg. Kaki dan tangan OK. Dah nampak muka, selalunya dia malu. Tapi semalam, semua dia tunjuk. hehe

Cuma, pesan doktor yat kena segera pergi Hospital yang yat plan nak bersalin. Register sana dan dapatkan consultation dari Doktor sana. If nak selang seli check-up di Klinik Ajwa juga boleh. 

Lagi satu masalah ialah air ketuban yat sikit berbanding bacaan normal. But its OK , In Sha Allah semuanya akan berjalan dengan baik. Amin.

Doakan yang terbaik ye kawan-kawan.



yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com












Sunday, 20 July 2014

Vivix Shaklee Dan Testimoni Darah Tinggi

Assalamualaikum kawan-kawan alam maya.

Dah baca entry yat semalam??

Hari ni ada pembaca yang Whats App yat tentang entry semalam tu. Adakah pembaca itu anda?? Ataupun anda?? hehe

Terima kasih sudi membaca entry tersebut sehingga habis. Itua pengalaman yat, yang ditulis dari hati. hehe

Kali ni yat nak kongsi pula lagi satu cerita. Juga tentang Vivix. Ni pengalaman sebenar Mak yat yang disahkan menghidap penyakit darah tinggi.

 
Gambar: Ihsan Google

Baru kali ni doktor yang sentiasa merawat Mak mengesahkan.

Mak mengalami pening-pening yang teruk sehingga tidak boleh buka mata dan tidak boleh berdiri. Dan Mak hanya mampu baring sahaja sambil pejam mata. Walaupun hakikat sebenarnya Mak bukan tidur.

Mak rasa macam sekeliling dia berputar-putar, dan dia akan pitam sekiranya buka mata. Jadi ayah, kakak dan abang nekad untuk bawa Mak ke hospital sebab ini adalah kali kedua Mak mengalami keadaan ini. Kali pertama dulu ketika datang rumah yat di Shah Alam, tapi doktor masih tidak dapat mengenalpasti itu adalah tanda awal penyakit darah tinggi.

Jadi, tengahari tu Mak di hantar ke klinik dan ujian tekanan darah pun di lakukan. What a surprise!!!

Bacaan tekanan darah Mak pada Jun 2014 (lupa tarikh, kena tanya Mak semula... hehe) adalah 150/90. Bacaan menunjukan darah tinggi peringkat 1. So, memang kena berjaga-jaga tentang kesihatan Mak. Mak dah 60 tahun, jadi kesihatan kena dijaga pada tahap optimum.

Dalam pada Mak kat kampung berulang alik jumpa doktor untuk masalah darah tinggi, yat kat sini pula kena tahan wad akibat demam denggi tu. Bila yat ikhtiar untuk turunkan bacaan ALT dan AST dengan Vivix, dan Alhamdulillah bacaan ujian tersebut menurun, dan yat cadangkan Mak untuk mula ambil Vivix juga.

Appointment Mak dengan doktor adalah pada 14 Julai pula. So, yat memang nak Mak cuba Vivix. Kita ikhtiar. Yang selebihnya, kita minta dengan Allah.

Alhamdulillah, selepas 2 hari mengamalkan Vivix dan ke klinik semula untuk ujian darah, keputusan menunjukan tekanan darah Mak dah turun daripada sebelum ini.

Bacaan pada 14 Julai ialah 143/79. Doktor kata, OK laa tu. Dah turun daripada sebelum ni. Mak la paling gembira sebab tak suka makan ubat-ubat doktor yang banyak tu. Dia nak konsisten dengan Vivix je. Cuma tunggu next appointment pula.

Dan yat makin bertambah yakin dengan supplement Vivix ni. Alhamdulillah, jika vitamin ini mampu memberikan kesihatan kepada yat dan keluarga, kenapa tidak yat berkongsi dengan anda semua kan?? Nikmat sihat itu MAHAL berbanding dengan harga 1 botol Vivix tu.

Kalau dah sakit dan melepek je di katil, tiada selera makan, tak boleh kerja atau bersama bergembira bersama keluarga, tiada lagi nikmat kehidupan bekeluarga. Betul tak??

Inilah Vivix yang menjadi pilihan yat dan keluarga

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE



1) Asnie FaisIzzull - Darah Tinggi


Testimoni abah sendiri....

sejarah sakit abah 2012 tidak boleh dikenang...tiba2 je abah jatuh sakit..sakit yg boleh membawa maut...

Darah tinggi yg melampau membawa ke serangan Jantung dan pendarahan dlm kepala...berkampung di hospital Klang hampir sebulan...di PPUM 2 minggu..darah beku merebak ke sebelah kanan kepala hingga abah strok sebelah kiri badan dan yg pling kami tak mahu ingat abah lupa siapa yg ada disekelilingnya....sebak pulak...

Kalau nak cerita mmg panjang...tapi kini dah 3 botol Vivix abah consume...kesihatan abah makin pulih...Alhamdulillah...dulu siapa jangka abah boleh berjalan kembali, bawa motor keliling kampung, pergi masjid...pergi ke pasar..

Memang syukur sangat2...dapatkan vivix sempena bulan promosi...harga Meletop utk customer saya..





2) Mas Ayra - Darah Tinggi, Kolestrol Tinggi dan COAD‎

 
salam, saya nak share pengalaman bagi mak VIVIX . Umur dah 66 tahun. Menghidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi dan COAD ( Chronic Obctructive Airway Disease ).
Mak selalu hadapi masalah pernafasan bila cuaca tak menentu. Bila tak sihat kena mkn antibiotik baru ok. Lepas bg VIVIX mak bagitau dah bertambah sihat dan tak berkepit dengan minyak angin lagi sebab selalu sakit sendi. Mak kata dah boleh menyangkul!!
Sangat gembira. Syukur Alhamdulillah..Tq Shaklee.
3) Syaheera Zack - Darah Tinggi

Produk shaklee plg ekslusif, tp sgt berbaloi bl memilikinya..

"Alhamdulillah...blm abis sbotol mak consume VIVIX ni dah menunjukkan improvement..mak umur 63 thn. lbh kurang 4 tahun dh mak strok.tiap hr consume ubat hospital tk cairkan darah,ubat darah tinggi,n kencg manis..bp maintain 140/90..kra ok la 2 tk dia(kata doktor).
alhmdulillah lps amik VIVIX (xabs sbotol), bp dia dh trun 120/80..syukur sgt2..berbaloi sgt bl VIVIX ni..wlupn mahal, tp nilai kesihatan mak lbh bermakna bg sy...duit blh dicari,tiap bln dpt baru..tp mak sorang ni jer...

TERIMA KASIH YA ALLAH... 


4) Nur Izzati Che Jawias - Darah Tinggi dan Kencing Manis‎

Sharing Wanie Rayyan mlm tadi tentang kesihatan ibunya yang dah cuba Vivix hampir sebulan membuatkan ku tersenyum sepanjang jalan...

Sungguh hebat!!

Teringat lagi Wani tny dl b4 hadiahkan Vivix untuk ibunya..

...akak, ibu saya ada darah tinggi dan kencing manis..then skarang gel kat kaki problem.. ada penawar ke?

ibu kan dia duduk solat sbb lutut dia kekurangan gel ...kalo minum vivix bgus ka?...

haa.. itu antara persoalan Wani sebelum buat pelaburan terhadap kesihatan bonda tersayang..

Dan malam tadi masa jumpa COD supplement untuk hubby beliau, sempat tanya mcmne kesihatan ibu? JAWAPANNYA!!!

"BAGUS SANGAT kak... mata mak dulu kan kabur2 sekarang dah terang!
Kalau dulu kan mak solat kene pakai kerusi kan, sekarang dah TAK PERLU guna kerusi!
Darah tinggi dan kencing manis pn dh ok!

Skrg ayah plk kene darah tinggi so akan continue guna vivix untuk ayah juga"

Alhamdulillah...saya sangat teruja dengar jawapan dari beliau.. Sangat menyentuh kalbu dan terharu..Beliau dah buat pelaburan yang bijak!

Wani..semoga Allah membalas jasa baik kamu terhadap ibu bapamu..ameen.. 

**********************************

Ini adalah antara testimoni pengguna Vivix Shaklee di dalam Group Exclusive Shaklee kami, dan yat rasa bertanggungjawab untuk berkongsi bersama anda.

Sebarkan kebaikan untuk kebaikan, betul tak?

Gambar: kredit kepada Google


Bulan ini adalah BULAN PROMOSI Vivix. PERCUMA 1 botol Vivix dengan setiap pembelian 6 botol.


Anda boleh dapatkan VIVIX ni dengan cara menghubungi yat atau membeli secara terus di Cawangan dan Head Office Shaklee. Ataupun, lagi satu option anda hanya perlu klik LINK ini dan terus membuat pembelian tanpa perlu keluar ke cawangan atau head office Shaklee.

Setiap pembelian VIVIX adalah PERCUMA kos pengahantaran.

Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.












Thursday, 17 July 2014

Vivix Shaklee dan Pengalaman Demam Denggi Ketika Hamil

Assalamualikum semua,

Ini adalah antara post tertangguh yang yat nak kongsikan bersama anda yang disayangi.

Seperti yang kita semua sediamaklum kan, Selangor antara negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi demam denggi. Kalau tak silap yat, berita Buletin Utama TV3 hari ini ada menyebut, peningkatan demam denggi pada tahun ini adalah 247% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah kematian juga meningkat.

Allahuakhbar. Dugaan kan jika anda adalah salah seorang mangsa demam denggi. Lagi-lagi ketika bulan puasa dan sarat mengandung.

Yat nak ceritakan pengalaman yat yang disahkan denggi ketika sarat mengandung 7 bulan.

Cerita yat bermula dengan demam.

Hari pertama puasa Ramadhan 1435H (29 Jun), yat berjaya puasa penuh sehingga ke waktu berbuka. Alhamdulillah. Tapi malam tu, dah terasa satu badan ni sakit-sakit dan lenguh segala sendi. Ingatkan "demam urat", so biarkan dulu la. Esok nanti nak pergi jumpa doctor. Nk buat injection demam urat.

Kalau anda nak tahu, antara TANDA-TANDA DEMAM DENGGI ialah:-
  • Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk
  • Sakit di belakang bebola mata
  • Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)
  • Gatal-gatal badan.

Pada hari pertama yat cuma sakit-sakit badan sahaja dan terasa sejuk semacam. Masuk hari kedua demam, masih tiada perubahan. Badan terasa makin sakit dan lenguh-lenguh. Tiada selera makan juga. So, hubby bawa jumpa doctor tapi doctor tidak mengatakan yat ni sudah menjadi 'suspect' demam denggi.

Apa yang doctor kasi ialah antibiotik dan ubat demam. Tapi, walaupun selepas dua hari mengambil ubat yang diberi doctor, yat masih belum pulih sepenuhnya. Walaupun demam dah kebah. Jadi, yat ambil keputusan nak pergi check semula di Klinik Ajwa, tempat dimana yat selalu buat follow-up checkup baby.

Hasil ujian darah, platlet darah yat masih OK walaupun ada penurunan berbanding bacaan normal. Bacaan platlet masa hari ke tiga demam (2 Julai) adalah 158. Masih normal, tapi Dr. Norliza yang merawat yat sepanjang kehamilan ini mencadangkan agar yat datang lagi selepas dua hari untuk buat ujian darah lagi sekali.

Kenapa?? Sebab keadaan yat yang hamil. Doctor risaukan kandungan jika betul yat demam denggi.


Apa itu demam denggi?

Demam denggi ialah penyakit bawaan vektor, dibawa oleh dua jenis nyamuk, Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Ia disebabkan oleh virus dengan 4 serotaip tersendiri, DENV-1 ke 4. Setiap serotaip memberikan kelalian sepanjang hayat selepas jangkitannya tetapi jangkitan berturutan dengan serotaip lain mungkin menyebabkan kerumitan denggi yang lebih berbahaya. (kredit)


Ia mempunyai tempoh pengeraman (tempoh antara pendedahan kepada penyakit dan terbit gejala) 4 ke 7 hari selepas digigit nyamuk dan biasanya bertahan 3 ke 10 hari tanpa apa-apa komplikasi. Jangka waktu penyakit ini biasanya terbahagi kepada tiga fasa; fasa demam, fasa kritikal dan fasa pulih.

So, masuk hari kelima demam, 4 Julai (walaupun dah kebah) dan atas nasihat hubby, yat gagahkan diri juga drive ke Klinik Ajwa. Ini kerana pada tahap ni, hubby perasan yang yat dah keluar tanda-tanda denggi berdarah. Dah keluar bintik-bintik merah di seluruh badan, especially sekitar perut.

Kenapa hubby tak ikut yat ke Klinik Ajwa??? Ini kerana si kecil buah hati kami, Dasuki Hafiy juga admitted di DEMC kerana masalah allergic teruk. Next entry yat cerita pasal Dasuki Hafiy ye.


Macam ni laa rupa bintik-bintik tu. Nampak macam ruam dan gatal-gatal. (Pic: kredit to Google)

Kemudian, dari DEMC yat drive la ke Klinik Ajwa selepas call buat appointment dengan Dr. Norliza dalam pukul 10malam.

Hasil ujian darah, YESSS I'M POSITIVE DENGUE FEVER. Mungkin, bagi yang mendengar tentang demam denggi ini adalah satu masalah yang kecil. Demam je kot. Ya, mungkin demam je, tapi kesannya pada badan dan antibodi badan amat besar jika dibiarkan melarat.
Dr. Norliza terus buat satu surat untuk mana-mana hospital yang yat nak pergi. Dan yang paling yat kecewa sebab diri ini tiada INSURANS untuk masuk ke hospital swasta yang mana yat dan anda semua sedar bahawa service di hospital swasta adalah lebih baik berbanding hospital kerajaan. Betul tak?
Memandangkan tiada INSURANS dan duit yang ada untuk persiapan raya, dengan rela hati yat 'serahkan' diri di Hospital Kerajaan (tak perlu mention hospital mana ya).

Dengan rasminya, 6 Julai 2014 yat menjadi penghuni Ward 1D,  wad yang menempatkan mangsa-mangsa demam denggi yang peringkat pemantauan (bahasa mudah, teruk laa berbanding dengan pesakit lain). Hati mana yang tak sedih bila sikecil masih lagi ditahan di wad kanak-kanak DEMC, tapi mama pula di masukkan di wad berlainan hospital.


Rasmi sebagai penghuni hospital. Kali kedua masuk wad selepas bersalinkan Dasuki Hafiy


Memang tidak tegar untuk melayan perasaan. Risaukan si kecil yang masih kat sana. Risaukan baby dalam kandungan. Both mengganggu perasaan. Dengan terfikirkan en.suami yang nak uruskan kami berdua. Alhamdulillah, walaupun dia mampu lakukan untuk isteri dan anak, tapi jelas nampak kepenatan di wajahnya. Bekerja dan pada masa yang sama uruskan anak dan isteri di dua buah hospital berlainan. 

Dan, apa yang yat mampu lakukan adalah meminta bantuan keluarga di kampung. Alhamdulillah, kakak sulung sanggup minta cuti untuk datang sini uruskan anak yang masih dalam wad dan masak untuk suami yat. Maklum laa bulan puasa kan?? Syukur sangat-sangat dikurniakan keluarga dan adik beradik yang memahami.

Tiga hari di hospital, doctor yang merawat yat pada hari ketiga tu memaklumkan yat dah boleh discharge. Masa tu tak terfikir masalah lain yang sebenarnya dah ada. Gembira laa kan? Sebab nak pergi jaga Dasuki Hafiy pula di DEMC. 

Tapi, itu angan-angan sahaja. Bila bertukar Dr. (merangkap Medical Officer (MO)) yat tak dibenarkan discharge dengan alasan pihak hospital noticed dengan ujian fungsi hati yat yang tidak normal.

WHAT???? Tak tahu laa pulak kita ni?? Terus tanya MO kenapa?? Ada masalah ke??
Yess, ada masalah. Hasil ujian Liver Function Test (LFT) darah yat menunjukkan yat mengalami gangguan fungsi hati. Yang mana menurut MO, kesan daripada virus denggi dan jika tidak dikawal ianya boleh menyebabkan yat mengalami masalah kesihatan dan jaundice. Bukan hanya pada yat, tapi pada kesihatan baby di dalam kandungan.

Untuk makluman anda semua, kegagalan organ ini berfungsi boleh membawa kepada menyebabkan masalah kesihatan yang tiada ubatnya. Jika kegagalan fungsi ginjal boleh diganti dengan dialisis. Namun kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang dapat mengambil alih tanggungjawabnya. (kredit)

Ujian fungsi hati mengukur paras enzim tertentu dan protein dalam darah. Perbezaan tinggi atau lebih rendah daripada tahap normal adalah menunjukkan masalah hati. Beberapa ujian fungsi hati yang umum meliputi:
  • Protein, albumin dan globulin
  • Bilirubin
  • Enzim Alkaline Phosphatase (ALP)
  • Enzim Alanine Transaminase (ALT) - Merupakan sejenis enzim yang terdapat di dalam sel hati, ALT membantu tubuh dalam metabolisme protein. Biasanya, tahap ALT dalam darah adalah rendah. Apabila hati rosak, ALT akan dilepaskan dalam aliran darah dan paras ALT akan meningkat.Julat normal adalah diantara 0 - 41 U/L .
  • Enzim Aspartate Transaminase (AST) - AST merupakan enzim yang berperanan didalam metabolisma alanine dan asid amino. Peningkatan paras AST dapat menunjukkan kerosakan hati atau penyakit. Julat normal AST adalah di antara 10 - 35 U/L.
  • Gamma-glutamyl transpeptidase (GGT)
Lagi INFO, boleh klik SINI

Ini adalah laporan ujian yat yang diambil dari file hospital. Cuba tengok hasil ujian ALT & AST.

Hasil ujian darah yat menunjukan peningkatan bacaan ALT dan AST bermula daripada 6 Julai sehingga 9 Julai 2014. Sudah melebihi paras normal kan???

Pada pagi 10 Julai bacaan ALT terus meningkat kepada 358 dan MO ada jumpa yat dan terangkan, sekiranya bacaan LFT yat terus meningkat yat kemungkinan perlu dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan. Ini kerana yat telah mengalami gangguan fungsi hati dan dalam masa yang sama mengandung 27 minggu. Doctor mengambilkira semua faktor yang berkaitan walaupun hakikatnya fizikal yat adalah sihat walafiat. hehehe

Allahuakhbar, terasa nak pitam laa pulak mendengarnya. Tak kan laa sampai macam tu sekali. Terus call hubby, update perkembangan. Apalagi, terkejut laa dia. Terus kami berbincang apa yang patut di buat. Dah la nak raya ni. Tak kan nak beraya di hospital. Dan tak kan nak biarkan bacaan ujian tu terus meningkat. Kita kena ikhtiar, kena berusaha. Doa banyak-banyak meminta pada DIA yang SATU untuk menyembuhkan.

Hasil perbincangan, kami sepakat untuk mencuba VIVIX Shaklee. Tak kisah la harga VIVIX yang orang dok kata MAHAL, tapi bagi kami kesihatan adalah lagi MAHAL dari harga 1 botol VIVIX yang mampu bertahan sehingga 2 bulan jika pandai mengatur cara minumnya.

1botol VIVIX ialah RM475.00 (harga runcit). Tapi kalau dah jadi ahli, harga lebih menjimatkan sehingga 30%.

Masa tu, kami sudah sepakat apa sangat RM475.00 tu jika dibandingkan dengan kesihatan yat. Bukan nak takbur atau riak, tapi kesihatan tu SANGAT MAHAL. 
Lebih-lebih lagi yat kena fikirkan anugerah Allah di dalam kandungan.
Kena fikirkan si abang yang perlukan kasih sayang.
Kena ambilkira kerja-kerja dipejabat yang dah hampir 2 minggu tertangguh. Amanah di bahu.
Perlu fikirkan suami juga. Kasihan dia yang selalu terkejar-kejar ke pejabat dan hospital.
Segalanya perlu difikirkan. 
Sekiranya ambil masa lama kena tahan di wad,bagaimana dengan Dasuki Hafiy, kandungan yat, suami, parents kat kampung sudah semestinya risau.

Akhirnya, tanpa berfikir panjang hubby terus ke Head Office Shaklee di Empire Gallery untuk mendapatkan VIVIX. Tengahari tu juga hubby terus hantar ke wad.

 Vivix yang dihantar oleh hubby ;-)

Memandangkan dalam wad, pihak hospital tidak menggalakan pesakit berpuasa so yat terus ambil 1 sudu VIVIX tu pada tengahari. Dan malam sebelum tidur, yat ambil lagi sekali. Bersedia untuk di ambil darah pada jam 4.30pagi untuk keputusan ujian pada jam 6.00pagi 11 Julai 2014.

Pengambilan darah untuk ujian fungsi hati

Tak sabar menunggu MO datang untuk keputusan ujian darah. Bukan apa, hati berdebar-debar kerana NAK SANGAT TAHU KESAN VIVIX terhadap ujian fungsi hati.
D
A
N
.
.
.
What a surprise!!! Bacaan ALT 358 pada 10 Julai turun kepada 256 pada 11 Julai. Dan bacaan AST 210 pada 10 Julai  menurun kepada 102 pada 11 Julai.

Dan yang paling best, MO bagaikan terkejut. Kenapa mendadak sangat? Sedangkan sebelum ni diorang bagitau, tak ada ubat untuk menormalkan balik bacaan LFT tu. Ia akan baik sendiri tapi mungkin makan masa yang lama sebab yat dah melampaui paras normal.
Daku hanya mampu tersenyum. Yang penting saya ikhtiar. Ikhtiar untuk lebih sihat. Kerana kesihatan itu lebih MAHAL dari wang ringgit. Apa guna wang berkepuk-kepuk kalau kesihatan menjadi taruhan??
So, MO cakap kalau bacaan esoknya makin menurun, in sha Allah awak boleh discharga. Tapi jangan terlalu berharap. hahaha.. apa punye Dr. ni?? Bagi harapan palsukah?? hahaha
Yat continue minum VIVIX lagi. Masa tu, hanya fikir nak sihat dan discharge sahaja. Nak jumpa anak bujang yang baru discharge juga.
12 Julai 2014, lagi sekali darah di ambil untuk LFT.  Lagi sekali MO tu terkejut.

Bacaan ALT 256 pada 11 Julai turun kepada 130 pada 12 Julai. Dan bacaan AST 102 pada 11 Julai  menurun kepada 91 pada 12 Julai.
Walaupun belum menurun kepada paras NORMAL, tapi MO yakin yang bacaan tersebut akan terus menurun. Dan akhirnya pada jam 9.00malam 12 Julai yat telah dibenarkan keluar hospital. Alhamdulillah, setelah 7 hari 'bertapa' di Wad 1D. Walaubagaimanapun, yat tetap kena pergi follow-up check up dengan pihak hospital pada 25 Ogos 2014.
Dan sebab itu jugalah, yat masih terus mengambil VIVIX setiap malam sebelum tidur atau ketika bersahur.
Bila diri sendiri mengalami 'keajaiban' VIVIX walaupun pada hakikatnya ianya cuma asbab untuk kembali sihat, yat yakin Vivix memang sangat-sangat membantu masalah kesihatan dalaman.
VIVIX sumber antioksidan yang kaya dengan polifenol.

Apa lagi yang nak yat katakan?? Keputusan LFT yat sendiri dan pengalaman ayah menangani kencing manis beliau dengan VIVIX sudah cukup untuk yat yakin, VIVIX adalah supplement semulajadi yang perlu ada di dalam peti sejuk setiap rumah.
Klik SINI untuk testimoni kencing manis ayah yat yang dah kembali normal bacaan gulanya. 

Bulan ini adalah BULAN PROMOSI Vivix. PERCUMA 1 botol Vivix dengan setiap pembelian 6 botol. 

Anda boleh dapatkan VIVIX ni dengan cara menghubungi yat atau membeli secara terus di Cawangan dan Head Office Shaklee. Ataupun, lagi satu option anda hanya perlu klik LINK ini dan terus membuat pembelian tanpa perlu keluar ke cawangan atau head office Shaklee.
Setiap pembelian VIVIX adalah PERCUMA kos pengahantaran.
Untuk pertanyaan lanjut atau order:-

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.












Wednesday, 16 July 2014

Tips Kecantikan ~ Merawat Bibir Kering Dan Menggelupas Dengan VIVIX

Assalamualikum semua,
Sihat ke? Yat doakan anda semua (readers kesayangan) sihat-sihat hendaknya dan dapat menjalani inadah puasa dengan penuh keimanan.
Sejak yat disahkan demam denggi, masalah paling ketara yang menghantui ialah bibir kering dan menggelupas. Walaupun minum air banyak sebab di hospital doktor menasihatkan kami pesakit denggi membuat 'remark' berapa liter air yang telah diminum dan dibuang (urine).
Yang yat perasan, yat mampu habiskan 1 botol air mineral 1.5liter tu dalam masa setengah hari. Selepas tengahari, dah masuk botol kedua. Dan malam hari, perlu minum dari botol yang lain.
Tapi masih juga di uji dengan masalah bibir kering. Mungkin disebabkan badan yat yang panas dari dalam. hehe

Sakit tau bila bibir kering dan menggelupas!! Tips untuk menghadapi masalah bibir kering ni yat ada kongsi di entry NI. Dalam entry sebelum ni, yat kongsikan merawat masalah ini dengan menyapu Vitamin E Complex sebagai masker bibir.

Salah satu yang diajar oleh seorang kawan ialah, sila laa "menjilat" bibir anda untuk mengekalkan kelembapan. Padahal cara itu sebenarnya makin menggalakan bibir menjadi lebih kering.

Tapi, kali ini solution yang yat ambil ialah dengan menyapu VIVIX di bibir. (sebab tak de lip balm in hand okehhh). Ni eksperimen terhadap diri sendiri.


Alhamdulillah, hari kedua pakai VIVIX sebagai "lip balm", admin terasa bibir dah 'kurang' kering. Tiada lagi 'kuping2' yang boleh admin kopek. Dan yang paling best lips nampak lembut & lembab.

Anda ada masalah mcam admin?? Kalau anda dah ada VIVIX, cubalah cara ini. In sha Allah, pasti merasa kesannya.

Yang masih belum ada VIVIX, anda boleh dapatkan daripada yat dengan HARGA PROMOSI sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama, sebab hanya bulan ini sahaja Vivix pada harga promosi. Setahun sekali je tau.

Kalau anda nak beli sendiri, tanpa melalui yat boleh klik LINK ini. Dan ikut arahan yang disediakan. In sha Allah, setiap pembelian VIVIX dengan order sendiri di link ini adalah TANPA KOS PENGHANTARAN. Dalam bahasa mudah ialah, FREE POSTAGE.
Anda dah bersedia untuk sesuatu yang sangat-sangat berbaloi, dengan harga yang super duper PROMOSI???? 

yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...