Wednesday, 23 July 2014

My Second Pregnancy: Temujanji Minggu 28

Assalamualaikum semua,

Semalam yat ada check-up baby untuk minggu ke 28 di Klinik Ajwa. Macam biasa la, yat akan check up dengan Dr. Norzita yang juga Doktor Abang Dasuki dulu.

Alhamdulillah diketemukan dengan Doktor yang sporting dan baik.

Check-up kali ni lain sikit sebab Doktor nak ambil details tentang yat yang demam denggi sebelum ni. Tapi Alhamdulillah bila semuanya OK. Nak tahu cerita demam denggi yat, boleh baca SINI ye.

Semalam yat ambil suntikan kancing gigi ataupun Anti Tetanus Toxoid (ATT). 

Jika ia adalah kehamilan pertama anda, suntikan kancing gigi akan diberikan sejurus anda dapat merasa atau mengenalpasti pergerakan bayi. Dos yang kedua akan diberi sebulan kemudian.

Bagi kehamilan seterusnya, satu dos bagi setiap kehamilan sahaja diperlukan dan diberikan untuk melalikan anda dan bayi daripada kesan penyakit kancing gigi. (Sumber)

So, yat ambil satu dos je laa semalam. Sakit suntikan tu macam digigit semut je, tapi lengan akan terasa kebas untuk seketika. But don't worry, anda masih lagi boleh memandu ye. :-)

Semalam juga yat kena check semula paras Hemoglobin (HB) memandangkan dah sebulan berlalu. Dan kebetulan pula yat baru baik demam denggi. Alhamdulillah, result yang menggembirakan. 11.6 bacaannya.

Kalau masa mengandungkan Dasuki dulu, jauh panggang dari api nak dapatkan bacaan macam ni tau. hehe Walaupun yat masa tu diberi ferum (zat besi) untuk tambahkan darah, tapi tak ambil pun. Kenapa??? Jawapan yat, setiap kali ambil ubat tu yat akan sembelit.

Sudahnya sekaran ni, yat hanya ambil supplement Shaklee sahaja sepanjang mengandung. Sampaikan doktor boleh cakap macam ni kat yat bila tenok keputusan HB tu.

"dah 28w awak tak pernah ambil ubat kat sini kan? tapi HB awak cantik. Berat baby pun dah bagus, sesuai dengan umo. Cuma mama kena makan lebih sikit. Sebulan naik 1kg je ni.."


Haaa.. see!!!

Doktor pun terperanjat tau. Tapi Doktor yat memang tahu laa yang yat ambil Shaklee sepanjang menandung kali ni dan dia juga menggalakkan. Alhamdulillah.

Nak tahu yat ambil ape ke?? BOLEH jeeee.. Sebarkan kebaikan untuk kebaikan.


Ni laa vitamin yang yat ambil sepanjang kehamilan kedua ni. ;-)


Dan selepas tu, aktiviti kesukaan abang selalu SCAN BABY. Part ni memang abang paling suka. Bermain-main dengan alat Doktor dan mengadap mesin scanner. 

Baby abang dah ke bawah. Sebelum ni kepala masih kat atas. Berat dah 1.73kg. Kaki dan tangan OK. Dah nampak muka, selalunya dia malu. Tapi semalam, semua dia tunjuk. hehe

Cuma, pesan doktor yat kena segera pergi Hospital yang yat plan nak bersalin. Register sana dan dapatkan consultation dari Doktor sana. If nak selang seli check-up di Klinik Ajwa juga boleh. 

Lagi satu masalah ialah air ketuban yat sikit berbanding bacaan normal. But its OK , In Sha Allah semuanya akan berjalan dengan baik. Amin.

Doakan yang terbaik ye kawan-kawan.



yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com












1 comment:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...