Thursday, 22 January 2015

Memburu Baby Carrier

Ini entry throwback.. hehe

Semalam punya cerita. Kawan ofis ajak yat keluar mencari baby carrier. Alasan? Sebab yat banyak ilmu pasal baby carrier.

Haha.. nak tergelak pun hadoo tau. Sebenarnya yat pun masih dalam proses mendalami ilmu-ilmu baby wearing ni. Sejak join group "Baby Wearing Malaysia" ni, yat memang dihantui untuk memiliki carrier yang super duper bermanfaat tu. ;-)

Jadinya, lunch hour tu kitorang pun keluar. Niat dalam hati hanya satu, nak terjah Fabulous Mom sahaja. Nak cari SSC (soft structure carrier). Bukan yat tau, tapi kawan tadi. hehe

Perjalanan diteruskan ke stokis Fabulous Mom Seksyen 7, Shah Alam.

 
Senang sangat nak jumpa. Blok belakang Butik Zawara je. :-)

Misi mencari SSC bermula, tapi yat tak teruja pun. Sebabnya, niat di hati nak beli Mei Tai sahaja. Jenis-jenis carrier ni nanti yat cerita next entry ye..

So, kak intan (kawan / officemate) tadi pun terjah rak SSC. Yang ada cuma jenama Pognea dan Ergo. Yang lain kehabisan stok. So yat biarkan kak intan dan pekerja FM tu deal harga. Ada diskaun tau untuk SSC ni.

Yat pula semestinya terjah breastfeeding accessories laa kan? hehe

Sempat laa juga rembat Jingle Jungle Milk Storage, Washable Bra Pads dan Milk Booster Choc. Habis laa juga dalam RM50.00+ kat FM ni. Orang yang beria-ia nak pergi tak pula shopping. Hehe
Daku yang terlebih-lebih. ;-)
Tak habis sini je. Kami ke One Baby World di Seksyen 13, Shah Alam pula. 
 

Sini lagi kecewa. Yang ada cuma Bjorne sahaja. Tapi banyak review yang cakap Bjourne ni bukan SSC tapi CC (crotch carrier). So, tak di galakkan guna untuk carry baby / toddler.

***pssttt..yang ni yat kena study lagi. tak sure sangat.:D
Tapi, kami tak akan pulang dengan tangan kosong. haha
Kami tekad untuk beli juga carrier untuk bujang kami yang dah masing-masing mempunyai berat 7kg, walaupun umur baru 3 bulan. Berat tau nak dokong..hehe
So, kami beli laa Autumn DELUXE Ring Sling macam kat bawah ni. Tapi color dark blue ;-)
Apa yang penting untuk beli Ring Sling ialah "RING" nya. Pastikan anda memilih Ring daripada aluminium dan BUKAN plastik demi keselamatan si manja anda. Aluminium ni lebih SECURE laa kan? :-)
Bila lipat, akan jadi macam ni Macam beg kecik ;-)
Ni laa Ring Sling yang kitorang beli :-)


Cantik tak? Bila dah letak baby Shaklee yat nanti, yat tempek kat sini ye:-)

Semalam dah try, tapi tak sempat snap pic. Sebab sorang-sorang. Hubby belum balik kerja lagi masa tu. Hehe

Ada yang nak share tentang baby carrier anda dengan yat, feel free untuk comment atau tinggal jejak ye. hehe


No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...