Monday, 26 January 2015

Sakit gigi yang amat (Part I)

Hai semua..

Gagahkan juga jari jemari nak berceloteh kat sini.

Hari ni hari ke enam bergelut dengan sakit gigi. Gigi geraham pulak tu.

Ya Allah, sakitnya Tuhan je laa yang tahu. So, hari ni yat decide nak pergi jumpa doktor gigi. Sepanjang hidup ni (3 series dah ni) tak pernah sakit gigi, tup-tup hari ni terpaksa merelakan diri berjumpa dengan doktor gigi.

Lepas buat review kat blog-blog dan juga pernah melihat doktor cantik ni dalam rancangan TV, yat ambil keputusan nak pergi klinik ni.

Pic: kredit to cikbidadarijahat.blogspot.com

Klinik Pergigian Siti Fauzian ;-)

What a wonderful clinic.Cantik sangat-sangat deco dalam tu. Pink and Purple dan staf dia pun ramah.

Yat sampai sana jam 9.30am dan paling best dapat parking betul-betul kat depan Old Town tu. Mungkin pagi sangat, so orang pun belum ramai lagi. Waktu operasi klinik ni sebenarnya 10.00am.

Kalau ada yang nak cuba service Dr. gigi ni, yat sarankan datang awal or buat appointment bagi mengelakkan 'susah' dapat parking ;-)

Doktor datang jam 10.15am. Its ok la walaupun menunggu lama sikit, sebab yat dapat jadi orang pertama. hehe

Dah jumpa doktor, rupanya sakit gigi yat ni bukan disebabkan lubang tapi akar gigi yang dah rosak. Doktor ada bagi cadangan samada nak cabut atau buat rawatan akar.

Rawatan akar ni tak ada di klinik Dr. Siti Fauzian, so kena cari klinik lain la. Dan kos pula RM1,000.00 +. Fengsannnn...

Memang tak laa kot. haha.. sebab doktor ada juga bagitau, rawatan akar tu tidak menjamin gigi akan pulih sepenuhnya. Buat apa nak membazir duit kan? :-)

Jadi, yat bagitau doktor yang yat nak cabut gigi geraham tu. Tak kisah la tak de gigi tu pun nanti, daripada menanggung sakit yang amat tu.. huhu

OK set. Next appointment, 28 Januari nanti tarikh yat cabut gigi tu. Kenapa tak boleh hari ni? Sebabnya, yat masih terasa sakit gigi. Gigi yang sakit tak disarankan cabut dulu. ;-)

Doktor bagi 3 jenis ubat "papain", "mafenamic acid (tahan sakit) dan "metronidazi le" untuk kurangkan sakit gigi tu. Semua ni RM40.00 include consultation fee :-)
Murah laa kan?? 

Pic: kredit to puanibushop.blogspot.com

Ni yat belanja korang bilik rawatan gigi kat klinik tu. Cantik dan sejuk mata memandang kan? In sha Allah, lepas cabut gigi nanti yat share lagi ye.

DaDa.... ;-)



No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...