Monday, 19 January 2015

Teknik POWER PUMPING yang POWER


Assalamualaikum readers,

Lama juga yat menyepi. hehe

Dah bersawang blog ni. Tapi tak pe, sekarang dah kembali dan akan terus berkongsi dengan anda.

Sekarang ni, yat dah ada pengalaman baru iaitu pengalaman dalam dunia penyusuan. ;-)

Entry pertama 2015 ni yat nak kongsi tentang teknik POWER PUMPING.

Rupanya ramai yang masih kurang tahu tentang teknik ini. Jadi yat "exsaited" nak berkongsi dengan anda semua. Lagi-lagi yang 'newbie' macam yat ni. ;-)

Kalau yang dah "expert" / "terer" mesti dah tahu la kan? hehe

Tujuan teknik Power Pumping ini adalah untuk meningkatkan semula penghasilan susu yang merudum.



APA ITU POWER PUMPING???

POWER PUMPING adalah 1 teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu. 


BAGAIMANAKAH CARA POWER PUMPING???

Ianya bergantung kepada 'breast pump' yang anda gunakan. Sekiranya anda menggunakan:-

Single pump - pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit, ulangi mengepam payudara sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang-seli antara payudara kanan dan kiri berterusan selama 1 jam. 

Double pump - pam kedua2 belah payudara secara serentak selama 20 minit kemudian rehat selama 10 minit dan pam balik 10 minit rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

BILA MASA YANG SESUAI BUAT POWER PUMPING???

Boleh buat pada bila2 masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang "stress" pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan. 


SIAPA YANG PERLUKAN POWER PUMPING???

¤ Ibu yang kekurangan susu - punca kurang susu seperti "menstrual cycle", hormon tidak stabil, emosi terganggu, dll. 

¤ Ibu yang menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.

¤ Ibu yang relaktasi / ingin menyusukan semula anak setelah lama berhenti menyusu.


BERAPA LAMA BARU NAMPAK HASILNYA???

Setiap orang adalah tidak sama. Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tapi ada juga yang agak lambat tetapi kebiasaanya dalam masa seminggu memang akan ada perubahan ketara. 

Jadi ibu2 semua haruslah bersabar dan teruskan mengepam ye. Jangan sesekali putus asa. Kena selalu berfikiran positif ok ;-) 
Dan yang penting kena konsisten mengepam. ;-)

Fikir yang anda buat semua ini adalah untuk si comel tersayang. Sebab susu ibu / susu anda adalah hak anak anda.

Tapi jangan ingat buat sekali terus dapat susu banyak mencurah2 yer. "No no no". Mungkin pada awalnya anda mengepam angin semata2 tapi seperti yang dikatakan tadi jangan putus asa, doa dan tawakal.


DAH BUAT POWER PUMPING TAPI SUSU MASIH SEDIKIT???

Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa jadi macam ni??? Cuba cek diri sendiri. Power Pumping is just a technique, dan usaha untuk mendapatkan susu yang meriah. 

Tapi, cara hidup ibu juga mempengaruhi penghasilan susu ibu tau. Antaranya:-

¤ Pemakanan yang tidak seimbang.

¤ Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang2nya 3 liter air sehari)

¤ Ibu sentiasa kurang bertenaga, tidak sihat dan sentiasa penat.
Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.

¤ Jarang menyusukan simanja secara 'direct'.

Sekiranya anda ibu-ibu yang mempunyai masalah sudu merudum tetapi ingin mengumpul stok EBM dan menghadapi masalah-masalah berikut, yat sarankan anda mencuba sesuatu. Contohnya dengan mengambil supplement sebagai tambahan.

Pelbagai supplement ada dipasaran sekarang ini, hanya di hujung jari anda. 

Tapi yat memilih supplement yang SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN iaitu SET MENYUSU SHAKLEE.

Alhamdulillah, setakat ini yat seimbangkan pemakanan, pengambilan air kosong, supplement dan DOA, hasilnya memang mengujakan. ;-)

Ini adalah antara hasil yang yat dapat kumpul dengan power pumping. Setiap satu sesi, yat dapat kumpul hampir 9oz.

Setiap hari bekerja yat akan buat 4x power pumping. Seoptimum mungkin. Tapi jika perlu mesyuarat atau turun ke tapak, terpaksa laa skip jugak. hehe


Hasil mengepam untuk 1 sesi di waktu pagi (waktu pejabat).


Hasil mengepam di hujung minggu pada waktu pagi.

Alhamdulillah, rezeki Darwish setakat ini sangat murah.

Anda juga boleh buat macam ni juga tau. Yang penting istiqamah dan jangan bandingkan hasil anda dengan hasil orang lain. 

Sedikit pun rezeki juga. Tapi kalau nak meriah, kena la lipat gandakan usaha. ;-)

Ingin mendapatkan konsultasi dari yat? Boleh je. Jangan segan nak hubungi yat ye.

SID Anda merangkap RAKAN PENYUSUAN ANDA
yat | ID: 866665
019 397 9157











No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...