Wednesday, 25 February 2015

Ini Upright Freezer saya

Assalam semua..

Ni laa Upright Freezer yat.... taraaaaa!!!!

Yang ni yat dah puas survey tau.Lastly jumpa kat mudah.my. yang offer harga yang dalam bajet yat. :-)

  • Gross capacity 80L
  • effective capacity 75L
  • 4 drawer
  • wide body
  • low energy consumption




Alhamdulillah sangat-sangat. Walaupun kecil dan 'pendek' tp masih boleh isi stok EBM Awish dengan jayanya.

Yat order sehari sebelum CNY dengan deposit separuh harga and set date untuk delivery.

Then, seperti yang dijanjikan hari Selasa selepas CNY upright freezer ni selamat sampai kat rumah.Of course laa semasa suami dah balik kerja. Sebab yang menghantarnya ialah pekerja mereka yang obersi sana (bangla or nepal kot)..hehe

HARGA???

Owh..lupa pula nak share. Harga asal RM 799.00 termasuk kos penghantaran. Tapi yat cuba minta kurang. Kuasa membeli laa kan? haha

So, dapat la dengan harga RM780.00.

Walaupun "sikit" je kurangnya, tapi REZEKI juga tu.

Lega sikit sekarang ni bila ada Upright Freezer ni. Pam pun semangat je. Hehe
Average stok yang yat dapat kumpul bulan lepas adalah 10oz perday. Syukur sangat-sangat, sebab kalau hari cuti or weekend, yat memang direct je. Tak pam sangat. :-)

Sini yat share info kat mana yat beli UF ni. 


Semoga dapat membantu mommies kat luar sana yang tengah mencari UF jugak..hehe

Thursday, 19 February 2015

Saya nak Deep Freezer!!

Salah satu wishlist yat setakat ni ialah Deep Freezer untuk stock EBM Awish.

Memang yat nak sangat-sangat. Apa taknya, stock EBM dalam peti ais kat rumah tu sudah melimpah ruah. Dah tak ada space dah nak letak yang baru. Apatah lagi nak letak lauk pauk.

Sejak menyusukan Darwish, kami dah lama tak beli lauk pauk untuk stock seminggu. Sebelum ni, kami memang suka sangat peri shopping barang-barang basah di NSK Sentosa. Berbaloi-baloi. Lauk memang penuh freezer.

Kekadang tu, stock tahan sehingga 2 minggu. Memang menjimatkan kitorang laa kan!

So, bila dah freezer tu dijadikan 'rumah' EBM Awish memang tak de chance laa nak beli lauk banyak-banyak gitu. :-)

Semakin hari semakin banyak stock susu Awish.

Secara kasar tau, yat nak share stock yang yat dapat kumpulkan. Yat start kumpul EBM selepas 3 minggu kelahiran Awish. Masa tu kat kampung, so tumpang laa freezer mak. PENUHHH tau susu kat situ. 

So mak pun tanya, bila nak pakai? Haha..

Memandangkan ruang untuk simpan stock terhad, jadi Awish pun start la minum EBM sekali sehari. Masa tu yat dapat kumpul 200+ oz EBM. Memang rasa excited giler tengok susu mencurah-curah.

Hari ke 45, yat dah balik kerumah kami di Klang. Masa ni bulan Disember, so yat tak de sangat buat stock. Banyak direct je dengan Awish. Tapi masih boleh dapat 100+ oz walaupun jarang-jarang pam.

Bulan Januari dan Februari'15, saya dah mula kerja. So, bermula la 'sesi mengepam' di pejabat. Yat memang disiplin dan konsisten mengepam. Hasilnya, secara purata yat akan dapat 8oz per sesi. Setiap hari yat akan cuba buat 4 sesi. So, in total yat boleh dapat 32oz per day.

Banyak kan???

Sebab tu yat nak sangat deep freezer / upright freezer tu...

Salah satu sebabnya, nak simpan EBM tu lama.. Bila simpan di dalam deep freezer / upright freezer, EBM boleh tahan sehingga 6 bulan. Sebab tu laaa...hehe

So, yat dan hubby pun memulakan misi mencari freezer ni. Kebanyakkan yang kami jumpa ialah Chest Freezer ataupun Deep Freeze yang mana bukan dalam imaginasi yat. hehe

Chest Freezer @ Horizontal Deep Freezer (ihsan: Google)

Harga Freezer ni RM539.00. Harga ni yat survey di Seksyen 23, Shah Alam. Kedainya tak ingat apa nama, tapi berdekatan dengan Sen Heng dan juga HLK.

Yang yat nak ialah Upright Deep Freezer. Yang ni senang nak organize stock EBM Awish tu sebab ada drawer. Dan yang paling best, nampak cantik la kan. Tak de la nampak macam peti daging ke apa.. :'(
 
Upright Freezer (ihsan: Google)

Kat kedai yang sama juga, yat jumpa upright freezer brand Khind ni dengan harga RM830.00. Bagi yat sangat mahal, sebab yat ada jumpa satu blog yang berkongsi harga upright freezer size macam ni dengan harga RM750.00. Mungkin jenama lain kot.

Tapi, tetap nak juga cari freezer ni dengan harga RM700+. Itu je budget yang mr.hubby luluskan. hehe

Pencarian diteruskan... yat berkongsi lagi nanti ye.. ;-)

Tuesday, 17 February 2015

Kenapa saya teruja tentang breastfeeding

Assalamualaikum..

Semakin tak dapat menahan rasa hati ingin berkongsi tentang breastfeeding. Yat memang teruja sangat tentang penyusuan ibu ni.

Ramai yang bertanya kenapa?? :-)

Yat juga suka share tentang penyusuan susu ibu di FB yat. Niat hanya satu, ingin berkongsi bersama ibu-ibu lain especially ibu yang bekerjaya. ;-)

Niat yang tidak kesampaian

 

Cewahh..metro betul subtopic tu ye.

Sebenarnya, selepas berkahwin kami memang teruja untuk dapat baby secepat mungkin. Almaklum la, dah tak sabar nak tengok muka 'mix' yat dengan hubby selepas bercinta sekian lama. Haha

Alhamdulillah, yat di sahkan bunting pelamin (kot???) sebab terus lekat rezeki baby selepas ber'honeymoon'.

Dengan perkahwinan jarak jauh (PJJ), kami di beri rezeki anak memang sangat-sangat membahagiakan. Bermula la impian suami, inginkan anak kami mendapat susu ibu sehingga usia 2 tahun.

Bagi yat, of course laa nak bagi yang terbaik buat anak dan suami kan? Bermula laa impian untuk menyusukan baby, tapi masa tu memang tak ada langsung ilmu penyusuan.

ZERO...NOTHING..TAK ADA APE-APE.. Itu lah yat pada masa tu. Yang ada cuma impian..angan-angan. 

Dalam fikiran, mudah je. Apa susahnya, susukan je la. Padahal masa tu tak tahu apa itu EBM, DEEP FREEZER, PAM SUSU, MILK STORAGE dan banyak lagi laa..Memang tak tahu langsung.

Sembilan bulan berlalu..

7 Mac 2011, lahirlah putera hasil cinta kami selama 14 tahun perkenalan.

Anak yang sihat dan sempurna. Lahir dengan 3.46kg di Hospital Kuala Krai, Kelantan.

Hari pertama kelahiran, nurse di hospital dah ajar macamana nak susukan baby. Alhamdulillah, baby cepat pandai belajar cara lekapan dan tiada "nipple crack".

Terasa nikmatnya bila bergelar ibu menyusu. Rasa macam hidup yat sebagai wanita dah lengkap. Dan yang paling gembira mestila en.suami kan? :-)

Hasrat dan impian dia tercapai.

So, menyusula si manja sepanjang berpantang sehingga la satu hari mak cakap kena ceraikan susu sebelum masuk kerja semula.

PAKSA cerai susu.

 

Bila mak cakap macam tu, yat question dia balik. Kenapa??

Alasan mak banyak sangat. Tapi semua demi kebaikan kami bertiga..Huhu

♥ Perkahwinan kami adalah jarak jauh. Suami yat di Kota Bharu atas urusan bisnes sendiri. Yat di Shah Alam berkhidmat dengan gov. 

Bagi mak, yat tak mampu untuk handle anak kecil sorang2 tanpa suami di sisi. Cara yang terbaik adalah tinggalkan si kecil di kampung bersama mak.

Lagipun, mak risau nak serahkan cucu dia yang se kecil 3 bulan umur kepada pengasuh. Lagi-lagi bila banyak berita yang keluar media sosial pasal penderaan baby.

YEZZZ..kerisauan mak ada benarnya. Yat memang tak boleh nak handle anak sorang2. Lagipun ank sulung dan ini adalah pengalaman pertama jadi mama.

So, AGREE laa dengan mak.

♥ Baby yat ada sawan tangis dan akan menangis berpanjangan sehingga kebiru-biruan. Tanpa sakit, tanpa apa-apa sebab.

Dan mak risau untuk tolong jaga kat Shah Alam. Maklum la, kat sini kami tiada sape2 yang boleh di minta tolong. Dan jiran2 pula bukan akrab atau mesra seperti di kampung.

AGREE juga dengan mak.

Jadi, cukup 2bulan setengah menyusukan Baby Dasuki berlakulah CERAI SUSU SECARA PAKSA :'(

Emosi Terganggu

 

Yat tak tahu jika anda juga pernah mengalami nasib yang sama macam yat atau tak.

Rezeki susu Dasuki juga melimpah. Banyak sangat-sangat sehinggakan bila menyusu belah kanan, WAJIB tadah 1 bekas di sebelah kiri.

Disebabkan tiada ilmu langsung pasal EBM dan penyusuan, yat GAGAL disitu.

Emosi terganggu habis. Menangis dan rasa bersalah bila melihat Dasuki menolak botol susu dek kerana nak nenen dengan mama.

Sedih dan tertekan bila melihat simanja meneguk susu formula S26, sedangkan dia layak menadapat susu terbaik dari mama dia.

Dia murah rezeki susu ibu dan kenapa yat sekat rezeki itu dari sampai kepada dia?

Tearssssss..menulis sambil menangis :'( :'(

Dan, sudah tentu la en.suami juga merajuk dengan yat. SEDEYYY!!!!

Menahan Kesakitan

 

Sungguh yat sedih dan menyesal dan rasa bersalah pada anak. Dan itu buat yat tanggung kesakitan dalaman..kesakitan emosi.

Bila dah paksa cerai susu, for sure la kena bengkak susu kan? Sakit sangat tau. Huhu

Masa ni mana laa kenal lagi Lecithin Shaklee untuk merawat masalah bengkak susu. Hehe

So, rawat je laa dengan daun kubis, pucuk kayu (nama lupa dah..hihi)..tapi memang sengsara laa. Kalau tak silap, 4-5hari juga laa bengkak susu tu.

TAPI...PALING SAKIT bila mendengar anak syurga itu menangis nak nenen dengan mama. Sampai sekarang masih terbayang-bayang tau.

Kenapa memilih untuk breastfeeding?

 

Jadi, kerana kisah pahit itu la yat berjanji dengan diri sendiri dan dengan suami yang anak kedua nanti yat nak fully breastfeed sehingga umur anak 2 tahun.

Itu nawaitu yang yat setkan selepas dah rasmi bercerai susu dengan Dasuki.

************************

Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut. Maksudnya:

Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.

Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..” Surah al-Baqarah 2: 233
 
************************ 

Dan suami adalah insan yang paling sokong niat yat itu walaupun ada satu dua orang di dalam keluarga yat memperlekehkan niat itu.

Dan terjadilah yat yang hari ini. Berkongsi ilmu tentang breastfeeding. Walaupun yat tak banyak mana ilmu seperti 'expertise" yang lain, tapi yat tetap nak berkongsi hasil pembacaan yat tu dengan anda.

Monday, 9 February 2015

Vitalea For Children ~ Multivitamin terbaik untuk anak-anak

Assalamualaikum.. :-)

Terasa lama tak berkongsi tentang produk Shaklee dengan anda semua kan? Apa kata hari ini yat berkongsi dengan anda tentang multivitamin untuk kanak-kanak.

Sebenarnya, multivitamin ini telah hampir setahun lebih menghilang. Tapi berkat tahun baru, secara rasminya Vita-Lea For Children telah membuat "comeback" pada Januari 2015. Khas untuk anda, ibu-bapa yang sangat-sangat bertuah.

Seronok rasanya. Tak sabar nak bagi pada Abang Dasuki rasa :-)


Vita-Lea For Children

Masa mula-mula menjadi SID, memang ada Vitalea untuk anak-anak tapi lepas tu pengeleuaranya dihentikan seketika untuk penambahbaikan. 

Dan, seperti biasala kan. Setiap kali proses penambahbaikan sesuatu produk pasti akan melalui semula proses seperti sebelum ini. Contohnya, kelulusan daripada pihak-pihak berkenaan.

Tapi Alhamdulillah, sejak Januari 2015 produk ini kembali mewarnai pasaran produk kesihatan untuk anak-anak dengan penambahbaikan yang lebih 'advanced' lagi.

Satu botol mengandungi 60 biji Chewable Tablets. Dan rasa chew Vita-lea ni adalah masam-masam manis. Lebih kurang rasa anggur macam tu.
 
For sure laa anak-anak lebih suka. Ye tak? :-)
 
Nak tahu rupa baru vita-lea for children ni macamana agaknya ! Saiz lebih kurang duit siling 10sen gitu dan color purple. Pandai Shaklee kn. hehe
 
Color tu bisa menarik anak-anak untuk mengambilnya.


 
Keistimewaan Vita-Lea For Children
 
Banyak sangat kelebihan dan keistimewaan Vita-Lea for children ni. Sangat-sangat rugi kalau tidak di berikan kepada si manja kita yang sedang membesar.
 
  • Kandungan yang lengkap dengan vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran.
 

  • Formula yang diperbaharui berbanding yang lama

  • Tidak mengandungi pemanis, pengawet dan perasa tiruan
 
  • Menggunakan xylitol sebagai pemanis yang bagus untuk kesihatan gigi anak-anak.
 
  • FREE GLUTEN dan berperisa anggur. Rasa masam-masam manis dan pasti anak-anak pun menyukainya.
 
  • Multivitamin yang lengkap dengan nutrien bagi memenuhi keperluan untuk tumbesaran anak-anak dengan kadar penyerapan optimum.
 
  • Sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak yang tidak suka makan sayur-sayuran. Memang pilihan terbaik untuk anak yat juga, picky eater dan tak makan sayur.
 
 
Cuba bayangkan kalau anak-anak kesayangan kita ambil semua ni dalam pemakanan harian mereka. Agak-agak laa, nak tak diorang? Kalau makan pun, adakah habis semua ni? Kalau tak habis, tak lengkap laa kan nutrien sepertimana khasiat 1 biji Vita-Lea for Children bagi tu.

Untuk memudahkan anak-anak syurga kita mendapat khasiat dan nutrient lengkap tu, Shaklee permudahkan dalam bentuk tablet. Just telan / kemam 1-2 biji Vitalea for Children sehari, in sha Allah lengkap la khasiat untuk tumbesaran si manja kita. Saya dan anda.... :-)

Jadi, jom laa rebut peluang keemasan ni. 

Dapatkan Vita-Lea for Children dengan harga yang JIMAT, sebabnya bulan Februari 2015 ni Shaklee menawarkan PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1. Memang betul-betul ekonomi tau. Lagi-lagi dah nak GST kan?
 
 
 
Ramai dah yang pakat-pakat borong ni tau. Rugi kalau tak rebut peluang masa tengah promosi ni.
 
Hubungi yat sekarang untuk konsultasi lanjut tentang pemakanan anak-anak, yat akan cube bantu tuan puan dengan servis berkualiti beserta cadangan produk terbaik memenuhi keperluan anda.


yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

Selamat tinggal gigi geraham (Part II)

Late update :-)

Alhamdulillah, 28 Januari dah tiba. So hari ni, yat akan ke klinik gigi Dr. Fauzian lagi sekali untuk 'buang' gigi geraham yang sakit tu.

Perasaan??? Seronok yang amat sebab dok bayangkan lepas ni dah tak de rasa sakit gigi lagi. In Sha Allah, akan dipermudahkan dapat semula nikmat makan.

Yang penting, mudah untuk sujud sembahyang tanpa rasa berdenyut-denyut. :-)

Sampai di klinik tepat jam 10.30pg sepertimana temujanji. Tapi, ada sorang patient yang pukul 10pg masih menunggu. Kat dalam bilik rawatan, mungkin patient yang 9.30 pagi sedang mendapatkan rawatan.

Sabarlah hati..untuk menunggu ye..hehe

So, dalam pada menunggu turn yat dipanggil, yat pusing-pusing laa dalam klinik tu. Its so nice dengan pinky color. Ditambah sedikit dengan rona hitam dan purple. Rasa tenang sangat. hehe

Sudut solat pun pink color tau. Masa yat ke sana ituhari, di sini ada sejadah khas untuk solat.

pic: kredit to bazliaamoza
pic kredit to bazliaamoza.com




pic KAUNTER PENDAFTARAN kredit to bazliaamoza.com


pic RUANGAN MENUNGGU + MINI PLAYGROUND kredit to bazliaamoza.com

Then, nama yat akhirnya di panggil. Nervous!!!!

Masuk dalam, doktor dah ready nak cabutkan. Tapi step pertama is cucuk ubat bius di gusi sekitar gigi yang nak dicabut. Doktor akn biarkan seketika untuk biarkan ubat bius tu beri kesan kt gusi.

Lebih kurang 5 minit, doktor try untuk cabut tapi, yat rasa sakit yang amat. Rupanya ubat bius tu tak berjalan lagi. Terpaksala bius lagi sekali. :'(

Akhirnya, hanya dengan sekali goyang gigi geraham tu pun tanggal. Bercerai badan sudaaa...sukeee sangat walaupun ada rs sakit.

Doktor tanya, nak ambil tak gigi tu?? "ermm, x pe lah doc. Buang je la"

Sebab sakit sangat kan? Padahal, bukan sakit gigi tu tapi sakit gusi yang dicucuk byk kali tu. huhu

Anyway, servis kat klinik ni boleh tahan laa. Bagus sangat sebab tak perlu menunggu lama, so x bazirkan masa kita. Suka sangat sebab klinik apply konsep temujanji. hehe

Harga yang yat kena untuk cabut gigi geraham tu RM80.00. Standard laa kan? Sekali dengan ubat tahan sakit...

Next appointment is pada 20 Februari nanti untuk cuci gigi. Tapi rasanya kena tunda kepada tarikh lain kot. Sebab nak balik kg laa 20hb tu. Kan cuti raya cina tu. Nak balik ziarah oran tua kat kampung. hehe

So, yat rekemen kan sape-sape yang nak buat servis untuk gigi boleh pergi ke Klinik Pergigian Dr. Fauzian ni ye. HARGA BERPATUTAN dan servis TIP TOP. Dengan Doktor yang comel dan peramah lagi tau.

Tapi, better buat appointment dulu. Just call no di bawah ye. ;-)

*** yat tak de share pun kat klinik tu.. just promote untuk anda..hehe

03 - 5511 8897
@
017 - 778 9897 (Dr.Siti Fauzian)

Saturday, 7 February 2015

10 Sebab Kenapa GLA Shaklee Menjadi Hot Item

GLA Complex? sebut je GLA, terus ramai yang bayangkan sebagai vitamin untuk kesuburan. Sebab dah ramai yang beri 'feedback' positif setiap kali mengamalkan GLA untuk kesuburan, dan selepas tu dapat berita gembira. Lagi-lagi yang telah lama menunggu cahaya mata.
Selain untuk kesuburan, banyak lagi faedah-faedah yang boleh didapati dengan mengambil GLA Complex ni sebagai makanan tambahan. Antaranya adalah seperti berikut yang sempat yat kongsikan dengan anda semua.
1.Herba tradisi yang dipercayai
- Borage adalah herba kegemaran orang barat.. Ianya merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal selia estrogen dan testosteron
- GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, MOOD SWING, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan menopause
- Memperbaiki keadaan menopause spt hot falshes, insomnia, ketidakhadaman ,depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Pelansingan dan menghalang pertambahan berat badan
- Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai berat badan cantik.

5. Memperbaiki tekstur rambut.
- Memperbaiki rambut kering dan rambut gugur.

6. Menentang kanser
- GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

7. Memeperbaiki Prostatomegaly
- GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

8. Memperbaiki inflamasi kulit
- Ianya mengurangkan inflamasi kulit ,eczema, allergi, kagatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap.
- Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yan terjadi dari RHEUMATISMA & ARTRITIS.

9. Menghalang komplikasi diabetis
- Merendahkan kadar kandungan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
- Meringan kan kebas dan kesakitan di sebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.

10. Menghalang tekanan darah tinggi

- Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti ARTERIOSKLEROSIS dan MYOCARDIAL INFARCTION....

Anda rasa anda ingin sihat secara semulajadi dengan 'bonus-bonus' kesihatan seperti yang yat kongsikan tu?? Dapatkan GLA Complex Shaklee sekarang laa. Hubungi yat untuk BEST PRICE, always there for you.

***************************************************
yat hayati
Shaklee Independent Distributor | ID: 866665
Facebook yat hayati
FB Fan Page HayatiVitaminz
SMS / Whats App 019-397 9157
Email: yat_1916@yahoo.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...