Tuesday, 17 February 2015

Kenapa saya teruja tentang breastfeeding

Assalamualaikum..

Semakin tak dapat menahan rasa hati ingin berkongsi tentang breastfeeding. Yat memang teruja sangat tentang penyusuan ibu ni.

Ramai yang bertanya kenapa?? :-)

Yat juga suka share tentang penyusuan susu ibu di FB yat. Niat hanya satu, ingin berkongsi bersama ibu-ibu lain especially ibu yang bekerjaya. ;-)

Niat yang tidak kesampaian

 

Cewahh..metro betul subtopic tu ye.

Sebenarnya, selepas berkahwin kami memang teruja untuk dapat baby secepat mungkin. Almaklum la, dah tak sabar nak tengok muka 'mix' yat dengan hubby selepas bercinta sekian lama. Haha

Alhamdulillah, yat di sahkan bunting pelamin (kot???) sebab terus lekat rezeki baby selepas ber'honeymoon'.

Dengan perkahwinan jarak jauh (PJJ), kami di beri rezeki anak memang sangat-sangat membahagiakan. Bermula la impian suami, inginkan anak kami mendapat susu ibu sehingga usia 2 tahun.

Bagi yat, of course laa nak bagi yang terbaik buat anak dan suami kan? Bermula laa impian untuk menyusukan baby, tapi masa tu memang tak ada langsung ilmu penyusuan.

ZERO...NOTHING..TAK ADA APE-APE.. Itu lah yat pada masa tu. Yang ada cuma impian..angan-angan. 

Dalam fikiran, mudah je. Apa susahnya, susukan je la. Padahal masa tu tak tahu apa itu EBM, DEEP FREEZER, PAM SUSU, MILK STORAGE dan banyak lagi laa..Memang tak tahu langsung.

Sembilan bulan berlalu..

7 Mac 2011, lahirlah putera hasil cinta kami selama 14 tahun perkenalan.

Anak yang sihat dan sempurna. Lahir dengan 3.46kg di Hospital Kuala Krai, Kelantan.

Hari pertama kelahiran, nurse di hospital dah ajar macamana nak susukan baby. Alhamdulillah, baby cepat pandai belajar cara lekapan dan tiada "nipple crack".

Terasa nikmatnya bila bergelar ibu menyusu. Rasa macam hidup yat sebagai wanita dah lengkap. Dan yang paling gembira mestila en.suami kan? :-)

Hasrat dan impian dia tercapai.

So, menyusula si manja sepanjang berpantang sehingga la satu hari mak cakap kena ceraikan susu sebelum masuk kerja semula.

PAKSA cerai susu.

 

Bila mak cakap macam tu, yat question dia balik. Kenapa??

Alasan mak banyak sangat. Tapi semua demi kebaikan kami bertiga..Huhu

♥ Perkahwinan kami adalah jarak jauh. Suami yat di Kota Bharu atas urusan bisnes sendiri. Yat di Shah Alam berkhidmat dengan gov. 

Bagi mak, yat tak mampu untuk handle anak kecil sorang2 tanpa suami di sisi. Cara yang terbaik adalah tinggalkan si kecil di kampung bersama mak.

Lagipun, mak risau nak serahkan cucu dia yang se kecil 3 bulan umur kepada pengasuh. Lagi-lagi bila banyak berita yang keluar media sosial pasal penderaan baby.

YEZZZ..kerisauan mak ada benarnya. Yat memang tak boleh nak handle anak sorang2. Lagipun ank sulung dan ini adalah pengalaman pertama jadi mama.

So, AGREE laa dengan mak.

♥ Baby yat ada sawan tangis dan akan menangis berpanjangan sehingga kebiru-biruan. Tanpa sakit, tanpa apa-apa sebab.

Dan mak risau untuk tolong jaga kat Shah Alam. Maklum la, kat sini kami tiada sape2 yang boleh di minta tolong. Dan jiran2 pula bukan akrab atau mesra seperti di kampung.

AGREE juga dengan mak.

Jadi, cukup 2bulan setengah menyusukan Baby Dasuki berlakulah CERAI SUSU SECARA PAKSA :'(

Emosi Terganggu

 

Yat tak tahu jika anda juga pernah mengalami nasib yang sama macam yat atau tak.

Rezeki susu Dasuki juga melimpah. Banyak sangat-sangat sehinggakan bila menyusu belah kanan, WAJIB tadah 1 bekas di sebelah kiri.

Disebabkan tiada ilmu langsung pasal EBM dan penyusuan, yat GAGAL disitu.

Emosi terganggu habis. Menangis dan rasa bersalah bila melihat Dasuki menolak botol susu dek kerana nak nenen dengan mama.

Sedih dan tertekan bila melihat simanja meneguk susu formula S26, sedangkan dia layak menadapat susu terbaik dari mama dia.

Dia murah rezeki susu ibu dan kenapa yat sekat rezeki itu dari sampai kepada dia?

Tearssssss..menulis sambil menangis :'( :'(

Dan, sudah tentu la en.suami juga merajuk dengan yat. SEDEYYY!!!!

Menahan Kesakitan

 

Sungguh yat sedih dan menyesal dan rasa bersalah pada anak. Dan itu buat yat tanggung kesakitan dalaman..kesakitan emosi.

Bila dah paksa cerai susu, for sure la kena bengkak susu kan? Sakit sangat tau. Huhu

Masa ni mana laa kenal lagi Lecithin Shaklee untuk merawat masalah bengkak susu. Hehe

So, rawat je laa dengan daun kubis, pucuk kayu (nama lupa dah..hihi)..tapi memang sengsara laa. Kalau tak silap, 4-5hari juga laa bengkak susu tu.

TAPI...PALING SAKIT bila mendengar anak syurga itu menangis nak nenen dengan mama. Sampai sekarang masih terbayang-bayang tau.

Kenapa memilih untuk breastfeeding?

 

Jadi, kerana kisah pahit itu la yat berjanji dengan diri sendiri dan dengan suami yang anak kedua nanti yat nak fully breastfeed sehingga umur anak 2 tahun.

Itu nawaitu yang yat setkan selepas dah rasmi bercerai susu dengan Dasuki.

************************

Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut. Maksudnya:

Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.

Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..” Surah al-Baqarah 2: 233
 
************************ 

Dan suami adalah insan yang paling sokong niat yat itu walaupun ada satu dua orang di dalam keluarga yat memperlekehkan niat itu.

Dan terjadilah yat yang hari ini. Berkongsi ilmu tentang breastfeeding. Walaupun yat tak banyak mana ilmu seperti 'expertise" yang lain, tapi yat tetap nak berkongsi hasil pembacaan yat tu dengan anda.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...