Thursday, 19 February 2015

Saya nak Deep Freezer!!

Salah satu wishlist yat setakat ni ialah Deep Freezer untuk stock EBM Awish.

Memang yat nak sangat-sangat. Apa taknya, stock EBM dalam peti ais kat rumah tu sudah melimpah ruah. Dah tak ada space dah nak letak yang baru. Apatah lagi nak letak lauk pauk.

Sejak menyusukan Darwish, kami dah lama tak beli lauk pauk untuk stock seminggu. Sebelum ni, kami memang suka sangat peri shopping barang-barang basah di NSK Sentosa. Berbaloi-baloi. Lauk memang penuh freezer.

Kekadang tu, stock tahan sehingga 2 minggu. Memang menjimatkan kitorang laa kan!

So, bila dah freezer tu dijadikan 'rumah' EBM Awish memang tak de chance laa nak beli lauk banyak-banyak gitu. :-)

Semakin hari semakin banyak stock susu Awish.

Secara kasar tau, yat nak share stock yang yat dapat kumpulkan. Yat start kumpul EBM selepas 3 minggu kelahiran Awish. Masa tu kat kampung, so tumpang laa freezer mak. PENUHHH tau susu kat situ. 

So mak pun tanya, bila nak pakai? Haha..

Memandangkan ruang untuk simpan stock terhad, jadi Awish pun start la minum EBM sekali sehari. Masa tu yat dapat kumpul 200+ oz EBM. Memang rasa excited giler tengok susu mencurah-curah.

Hari ke 45, yat dah balik kerumah kami di Klang. Masa ni bulan Disember, so yat tak de sangat buat stock. Banyak direct je dengan Awish. Tapi masih boleh dapat 100+ oz walaupun jarang-jarang pam.

Bulan Januari dan Februari'15, saya dah mula kerja. So, bermula la 'sesi mengepam' di pejabat. Yat memang disiplin dan konsisten mengepam. Hasilnya, secara purata yat akan dapat 8oz per sesi. Setiap hari yat akan cuba buat 4 sesi. So, in total yat boleh dapat 32oz per day.

Banyak kan???

Sebab tu yat nak sangat deep freezer / upright freezer tu...

Salah satu sebabnya, nak simpan EBM tu lama.. Bila simpan di dalam deep freezer / upright freezer, EBM boleh tahan sehingga 6 bulan. Sebab tu laaa...hehe

So, yat dan hubby pun memulakan misi mencari freezer ni. Kebanyakkan yang kami jumpa ialah Chest Freezer ataupun Deep Freeze yang mana bukan dalam imaginasi yat. hehe

Chest Freezer @ Horizontal Deep Freezer (ihsan: Google)

Harga Freezer ni RM539.00. Harga ni yat survey di Seksyen 23, Shah Alam. Kedainya tak ingat apa nama, tapi berdekatan dengan Sen Heng dan juga HLK.

Yang yat nak ialah Upright Deep Freezer. Yang ni senang nak organize stock EBM Awish tu sebab ada drawer. Dan yang paling best, nampak cantik la kan. Tak de la nampak macam peti daging ke apa.. :'(
 
Upright Freezer (ihsan: Google)

Kat kedai yang sama juga, yat jumpa upright freezer brand Khind ni dengan harga RM830.00. Bagi yat sangat mahal, sebab yat ada jumpa satu blog yang berkongsi harga upright freezer size macam ni dengan harga RM750.00. Mungkin jenama lain kot.

Tapi, tetap nak juga cari freezer ni dengan harga RM700+. Itu je budget yang mr.hubby luluskan. hehe

Pencarian diteruskan... yat berkongsi lagi nanti ye.. ;-)

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...