Tuesday, 3 March 2015

Review Tentang Breastmilk Storage Bag

Sepanjang lima bulan penyusuan Darwish (Awish) ni, yat dah pakai tiga jenis breastmilk storage bag. Yang mampu milik tau.

Yang sesuai dengan bajet kita. Lagipun plastik ni kan pakai buang je ;-)

First time nak simpan susu masa dalam pantang, yat pakai jenama FIFFY. Kemudian, yat pakai storage jenama AUTUMNZ.

Storage bag Autumn ni dah lama wujud masa yat beli breast pump lagi, tapi disebabkan kejakunan dan kemalasan nak mengetahui apakah bendanya dalam kotak itu, yat terlepas pandang pasal storage bag ini. ;-)

Dah habis storage bag ni, yat disarankan oleh kawan-kawan penyusuan untuk mencuba storage bag jenama JINGLE JUNGLE.

Yang ni memang buat yat jatuh cinta. Sesangat suka dengan brand ni.

Dan, ada satu kali tu yat nk restock storage bag ni tapi stock kat Butik Baby di Bukit Tinggi ni dah kehabisan. So, dengan keterpaksaannya yat beli la satu unit storage bag jenama APPLE TREE. First time beli and pakai tau.

Review FIFFY

Bagi yat, storage bag ni 'low on quality'. Nipis. Walaupun double zipper locked, tapi kualiti plastik yang nipis tidak menjamin keselamatan EBM didalam tu.

Yat pernah kehilangan 8oz EBM dalam storage bag ni. Bocor di bahagian bawah.

Nasihat yat, kalau dalam keadaaan terdesak dan masih nak cuba pakai brand ni, ELAKKAN isi stock EBM anda terlalu banyak ye. Cukuplah kalau setakat 4oz - 5oz. Kalau nak kurangkan lagi pun, much much better :-)

Review AUTUMNZ

Storage bag yang ni memang kesukaan semua mama kot. Mulanya yat suka, tapi material / plastik nya is not user friendly. hihi

Plastik nya "keras". Tak selembut yang namanya plastic storage bag okey. Pun mempunyai double zipper bag. So, susu akan selamat laa di dalam tu.

Mempunyai dua saiz, 7oz dan 12oz. Yat suka pakai yang 7oz.

Review JINGLE JUNGLE

Yang ni memang kesukaan dan kesayangan yat.

Material / plastiknya lembut. User friendly dan mempunyai double zipper locked. Datang dalam dua saiz
 

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YouTube D'hayati

Loading...